Cari Apa di Pasar Tani?

6:11 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini gantung periuk. Cadangnya hendak masak asam pedas ikan, tetapi dalam peti sejuk banyak lauk pula. Baru teringat malam semalam ada majlis ulang tahun cucu buah. Baki makanan dibahagi-bahagi sesama keluarga. Itulah sebabnya ada nasi, lauk-pauk, kek dan kuih muih dalam peti sejuk. Baiklah kita panaskan dan makan. 

Oleh kerana tidak jadi masak, kita ceritalah sahaja apa yang dicari di Pasar Tani LD pagi tadi. Selain membeli sarapan, kami beli buah-buahan. Kami tidak beli sayuran hijau sebab masih ada stok dalam peti sejuk. 

Mata terpandang petai! Harganya pun jauh lebih murah dari biasa. Sekilogram RM30.00. Alhamdulillah, sampai di rumah apabila dikopek, tidak ada orang di dalamnya. Selain petai, beli juga jantung pisang dan juga cili hijau. Itulah antara 'sayur' yang kami beli. Beli juga telur masin

Paling tak sabar tentulah hendak makan petai!

Petai, jantung pisang & cili hijau.


Telur Masin

Beli buah-buahan tempatan.

Beli buah-buahan pun ikut citarasa masing-masing. Encik Suami suka belimbing. Firdaus pula hendak manggis. Amie nampak jambu bol. Beli sajalah. Bukan selalu ada. Beli juga buah salak, betik dan jambu air madu.


Belimbing

Jambu Air Madu

Jambu Bol

Jambu bol ini susah hendak jumpa. Anak-anak zaman sekarang tak kenal buah ini. Zaman kanak-kanak dulu kita selalu panjat pokok jambu bol di tepi rumah arwah nenek. Sebelah pokok jambu bol ada pokok jambu susu pula! Kalau musim buah, kedua-duanya berbuah serentak. Apabila gugur ke tanah, nampak warna-warni merah putih antara jambu bol dengan jambu susu. Lagi satu, aroma kedua-dua jenis jambu ini masih lagi dalam ingatan!

Betik


Salak Madu

Manggis

Buah manggis ini ada yang harga RM18.00 sekilogram dan besar sedikit RM20.00 sekilogram. Kita beli saiz besar. 9 biji hanrga RM23.00. Apabila Firdaus hendak makan, rasa kecewa sangat! Kesemuanya isi rosak dan buruk. Hanya dua biji sahaja yang elok! 


Isi buah manggis yang rosak dan buruk!


Nampaknya tak ada rezeki untuk makan manggis. Kita pun tak sampai hati hendak makan sebab fikirkan Firdaus yang bersungguh-sungguh minta belikan di pasar tani. Biarlah Firdaus seorang yang makan. Bukan banyak pun yang elok, dua biji saja. 

Rezeki kita yang selama ini diharap-harapkan sudah tentulah petai!


Berangan balik dari pasar tani hendak masak nasi untuk hidangan tengah hari. Kononnya hendak masak asam pedas ikan pari, rebus telur masin, ulam petai dan celur jantung pisang! Boleh cecah sambal belacan atau sambal tomato. Datang rezeki yang lain pula, lauk-pauk yang banyak dalam peti sejuk.

Esoklah kita masak asam pedas ikan.... ahaks!

26 comments

  1. Frust nya tengok manggis tu dah la mahal. Sekarang ni buah2 tempatan lagi mahal dari buah import. Entahla kenapa jadi mahal kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Macam tak masuk akal pula harganya kan.

      Padam
  2. petai tu nampak cantik je. sayang betul manggis tu... dahla mahal harganya. yg elok pula 2 biji je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dapat petai cantik.
      Itulah... dua biji jew manggis yang elok.

      Padam
  3. Alahai, kesian Firdaus.. kadang buah muda diperam, jadi juga gitu Kak. Isinya melekat.
    Petai tu mmg lawa la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga diperam sebab warnanya pun tak berapa menawan. Alhamdulillah dapat perai lawa.

      Padam
  4. Buah-buahan yang sedap..macam2 ada di Pasr Tani kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Dapat beli buah-buahan tempatan.

      Padam
  5. Petai tu saya nampak dulu. Lama juga tak makan petai ni.

    BalasPadam
  6. Bila dah ke pasar memang seronok la kan kak... kak lenkali kalau nk beli manggis picit dia sikit kalau lembut tu maksudnya elok la. Kalau keras memang dah rosak la buahnya tu. Buah jambu bol tu sangat menggoda lah kak, tak pernah jumpa orang jual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo kena picit dulu ye kalau nak tahu isi manggis elok atau tak. Tq Dana.

      Padam
  7. ala siannya firdaus. Kat kg saya masih ada pokok jambu bol dengan jambu susu atau kita orang panggil jambul gelas sebab kadang besar cam gelas. Jambu bol pokok dah tua dan kadang bila berbuah buahnya dah kecil dan rosak. Sudah susah nak dapat makan. Ni jambu bol jenis kecil je nampak sixenya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jambu bol di LD macam tak samalah dengan jambu bol kita di sana kan Notie.

      Padam
  8. seronok pergi pasar tani. Macam macam sayur kampung dan ulaman ada. Murah murah pula tu.

    BalasPadam
  9. Kalau jambu bol yang merah "meling" mesti manis kak.
    Sekarang jambu susu tak pernah dah nampak. Mungkin ada tapi tak jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, suka dengar perkataan meling, emak selalu kata meling-meling tu hihihii.... pokok jambu susu memang macam pupus dah.

      Padam
  10. jambu air tu pun dah mahal dah sekarang ni. haritu singgah di R&R Serdang konon nak beli sekali tengok harganya hmmm takyahlah. Macam mahal melampau2 pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bila difikir harganya macam tak masuk akal pula.

      Padam
  11. Balasan
    1. Tak menang tangan jinjing benda yang dibeli.

      Padam
  12. Senang kerja jugak tu kak Amie tak payah masak. Panaskan je apa yang ada. Ye kak Amie, susah betul nak jumpa jambu bol tu. Kalau nampak mesti beli punya. Puas makan tu kalau masih ada pokoknya. Aduh, kecewanya dapat isi buah manggis yang rosak. Mujurlah ada yang elok 2 biji dapatlah Firdaus rasa sikit.
    Petai nampak elok tapi tak ada orang pulak dalamnya ye. Aduhaii..Dah terbayang-bayang sambal petai. Tak pandai makan buat ulam macam kak Amie. Tapi jantung pisang buat ulam sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petai tu elok luar dan dalamnya. Tak ada orang di dalamnya maksudnya tak ada ulat. Hehehe... tak sampai maksud pula Kak Amie ye.

      Padam
  13. Alahai kesiannya Firdaus...nasib baik ada 2 biji yang elok..jambu bol tu SA suka..lagi satu yang jambu susu...lama dah x makan....nak jumpa pun susah...betul tu kak..anak- anak zaman sekarangramai x kenal buah dan sayur- sayuran

    BalasPadam
  14. Alaaah sayangnyaaaaa manggis banyak busuk. Saya pun sukaaa sangat buah ini.

    Jambu bol memang susah sekarang dicari. Kami sebutnya jambu monyet.

    Dulu saya tak suka sebab kelat. Tp kalau dibuat rujak, ternyata sedap

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe