Cari Apa di Pasar Tani?
6:11 PTGOleh kerana tidak jadi masak, kita ceritalah sahaja apa yang dicari di Pasar Tani LD pagi tadi. Selain membeli sarapan, kami beli buah-buahan. Kami tidak beli sayuran hijau sebab masih ada stok dalam peti sejuk.
Mata terpandang petai! Harganya pun jauh lebih murah dari biasa. Sekilogram RM30.00. Alhamdulillah, sampai di rumah apabila dikopek, tidak ada orang di dalamnya. Selain petai, beli juga jantung pisang dan juga cili hijau. Itulah antara 'sayur' yang kami beli. Beli juga telur masin.
Paling tak sabar tentulah hendak makan petai!
| Petai, jantung pisang & cili hijau. |
| Beli buah-buahan tempatan. |
| Belimbing |
| Jambu Air Madu |
| Jambu Bol |
| Betik |
| Salak Madu |
| Manggis |
Esoklah kita masak asam pedas ikan.... ahaks!
26 comments
Frust nya tengok manggis tu dah la mahal. Sekarang ni buah2 tempatan lagi mahal dari buah import. Entahla kenapa jadi mahal kan.
BalasPadamBetul. Macam tak masuk akal pula harganya kan.
Padampetai tu nampak cantik je. sayang betul manggis tu... dahla mahal harganya. yg elok pula 2 biji je
BalasPadamAlhamdulillah dapat petai cantik.
PadamItulah... dua biji jew manggis yang elok.
Alahai, kesian Firdaus.. kadang buah muda diperam, jadi juga gitu Kak. Isinya melekat.
BalasPadamPetai tu mmg lawa la...
Mungkin juga diperam sebab warnanya pun tak berapa menawan. Alhamdulillah dapat perai lawa.
PadamBuah-buahan yang sedap..macam2 ada di Pasr Tani kan
BalasPadamAlhamdulillah. Dapat beli buah-buahan tempatan.
PadamPetai tu saya nampak dulu. Lama juga tak makan petai ni.
BalasPadamSaya pun lama tak makan petai. Rindu petai!
PadamBila dah ke pasar memang seronok la kan kak... kak lenkali kalau nk beli manggis picit dia sikit kalau lembut tu maksudnya elok la. Kalau keras memang dah rosak la buahnya tu. Buah jambu bol tu sangat menggoda lah kak, tak pernah jumpa orang jual.
BalasPadamOoo kena picit dulu ye kalau nak tahu isi manggis elok atau tak. Tq Dana.
Padamala siannya firdaus. Kat kg saya masih ada pokok jambu bol dengan jambu susu atau kita orang panggil jambul gelas sebab kadang besar cam gelas. Jambu bol pokok dah tua dan kadang bila berbuah buahnya dah kecil dan rosak. Sudah susah nak dapat makan. Ni jambu bol jenis kecil je nampak sixenya.
BalasPadamjambu bol di LD macam tak samalah dengan jambu bol kita di sana kan Notie.
Padamseronok pergi pasar tani. Macam macam sayur kampung dan ulaman ada. Murah murah pula tu.
BalasPadamAlhamdulillah, dapat yang segar.
PadamKalau jambu bol yang merah "meling" mesti manis kak.
BalasPadamSekarang jambu susu tak pernah dah nampak. Mungkin ada tapi tak jumpa.
Alamak, suka dengar perkataan meling, emak selalu kata meling-meling tu hihihii.... pokok jambu susu memang macam pupus dah.
Padamjambu air tu pun dah mahal dah sekarang ni. haritu singgah di R&R Serdang konon nak beli sekali tengok harganya hmmm takyahlah. Macam mahal melampau2 pulak
BalasPadamBetul. Bila difikir harganya macam tak masuk akal pula.
PadamMacam² ada di pasar tani.
BalasPadamTak menang tangan jinjing benda yang dibeli.
PadamSenang kerja jugak tu kak Amie tak payah masak. Panaskan je apa yang ada. Ye kak Amie, susah betul nak jumpa jambu bol tu. Kalau nampak mesti beli punya. Puas makan tu kalau masih ada pokoknya. Aduh, kecewanya dapat isi buah manggis yang rosak. Mujurlah ada yang elok 2 biji dapatlah Firdaus rasa sikit.
BalasPadamPetai nampak elok tapi tak ada orang pulak dalamnya ye. Aduhaii..Dah terbayang-bayang sambal petai. Tak pandai makan buat ulam macam kak Amie. Tapi jantung pisang buat ulam sedap!
Petai tu elok luar dan dalamnya. Tak ada orang di dalamnya maksudnya tak ada ulat. Hehehe... tak sampai maksud pula Kak Amie ye.
PadamAlahai kesiannya Firdaus...nasib baik ada 2 biji yang elok..jambu bol tu SA suka..lagi satu yang jambu susu...lama dah x makan....nak jumpa pun susah...betul tu kak..anak- anak zaman sekarangramai x kenal buah dan sayur- sayuran
BalasPadamAlaaah sayangnyaaaaa manggis banyak busuk. Saya pun sukaaa sangat buah ini.
BalasPadamJambu bol memang susah sekarang dicari. Kami sebutnya jambu monyet.
Dulu saya tak suka sebab kelat. Tp kalau dibuat rujak, ternyata sedap