Berkunjung ke Tempat Wisata Tsunami - Kapai di Ateuh Rumoh (Boat di Atas Rumah)

6:23 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 19 Oktober 2025 - Banda Acheh.
Selepas sarapan di Portola Arabia Hotel, tepat pukul 8:30 pagi Pak Arman membawa kami untuk lawatan ke Boat di Atas Rumah yang terletak  di Gampong Lampulo, Kecamatan Kuta Alam, Banda Aceh.

Orang Acheh biasanya menyebut Boat di Atas Rumah sebagai Kapai di Ateuh Rumoh. Kapal tersebut merupakan kapal nelayan yang tersangkut atas rumah semasa Tsunami 26 Disember 2004 dan kekal hingga ke hari ini sebagai tapak sejarah  bencana tsunami. Kawasan  tersebut masih di dalam kawasan kota Banda Acheh.


Perjalanan kami dari Portola Arabia Hotel untuk sampai ke sini kurang dari 15 minit. Amie sempat merakam gambar di sebelah kiri tempat duduk. Kebetulannya pemandangan tepi sungai dengan pelbagai jenis bot, atau perahu nelayan.


Beginilah antara suasana di tepi sungai Kecamatan Kuta Alam di Banda Aceh. Banyak perahu di tepi sungai dan ini menunjukkan tradisi maritim Acheh yang sangat kuat. Di pagi hari airnya sangat tenang. Permukaan sungai memantulkan bayangan rumah-rumah kayu, tebing hijau, dan di atas sana langit biru dihiasi awan nan putih.



Selain warna kayu,  cat perahu juga pelbagai warna. Ada perahu yang sudah tua dan lusuh, ada yang kelihatan baru  seperti dicat kuat. Semuanya kelihatan bagaikan aksesori indah di tepi sungai.



Mari kita fahami lebih mendalam kegiatan ekonomi Kuta Lama di Banda Acheh yang berada dalam kawasan pesisir, muara sungai dan berhampiran  laut arah Ulee Lheue. Sejak tradisi lama Aceh, kegiatan ekonominya termasuk:

  • Perikanan dan hasil laut.
    Nelayan pesisir laut memproses ikan basah,  untuk dijadikan ikan masin dan  keumamah. Aktiviti jual beli ikan turut dijalankan di pasar tepi sungai laut  atau pasar pagi.

  • Perdagangan kecil seperti kedai runcit dan warung makan banyak diusahakan dan banyak berderetan di tepi jalan.

  • Penduduk sekitar juga menjalankan aktiviti tanaman kecil-kecilan seperti sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri dan juga sebagai jualan.

  • Selepas tragedi Tsunami Acheh 26 Disember 2004, sektor baharu semakin meningkat hasil  pelancongan kecil seperti homestay dan warung makan untuk para pelancong.







Kegiatan ekonomi penduduk Kuta Lama di Banda Aceh kebanyakannya melibatkan perikanan, pemprosesan hasil laut, perdagangan kecil, perkhidmatan, dan pertanian kecil. Selepas Tsunami, kegiatan pelancongan dan ekonomi warisan juga semakin berkembang di kawasan ini.




Sekarang kami sudah berada di tempat letak kereta, di persimpangan jalan menuju ke Boat di Atas Rumah di Kampung Lampulo.

Wak Kolak menerangkan kegunaan belimbing buluh dalam masakan asam keueng.

Dalam perjalanan menuju ke Kapai di Ateuh Rumoh, Wak Kolak sempat memperkenalkan belimbing  buluh atau blieng reubong mengikut dialek Acheh. Sesiap yang pernah berkunjung ke Tempat Wisata Tsunami - Kapai Ateuh Rumoh sudah tentu masih mengingati sosok seorang wanita bernama Wak Kolak!


2 comments

  1. Singah di laman ini, rupanya sumber ekonomi mereka perikanan, nelayan..perahu besar2 Gigih mereka rajinn berusaha..

    BalasPadam
  2. Seronok juga tengok perkampungan nelayan. Lebih kurang macam di Malaysia je sumber ekonomi mereka.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe