Tom Yam Untuk Firdaus & Keputusan Pertandingan Choral Speaking
7:30 PTGSetiap hari pukul 5:20 petang, Firdaus tamat sesi pembelajaran di sekolah agama. Biasanya sampai ke rumah pukul enam lebih, ketika maghrib sudah menjelma. Sebenarnya, sesak di jalan! Sudah tentulah akan terlewat sampai ke kelas malam kalau pulang dahulu ke rumah memandangkan waktu itu lalu lintas masih sesak!
Kelmarin nampak sungguh letih wajah Firdaus. Tengah hari tadi sebelum ke sekolah agama, Firdaus mengeluh penat. Kita pujuk, kita beri kata-kata semangat bahawa untuk berjaya bukanlah mudah. Perlu sabar dan jangan cepat putus asa. Tambahan pula, Firdaus sudah tiga minggu tidak hadir ke sekolah agama kerana mengikuti latihan untuk pertandingan Choral Speaking setiap petang!
Sebelum turun dari kereta, kita tanya : Sayang Mommy nak makan apa malam nanti? Jawabnya: Bolehkah Mommy masak tom yam?
Boleh.
Wah! Terima kasih Mommy. Jangan lupa masukkan putik jagung dalam tom yam.
Tiga hari lepas Amie masak sayur campur kacang Holland, ditambah cendawan shiitake dan putik jagung. Sewaktu makan, Firdaus tanya: Bolehkah Mommy masak tom yam? Masukkan putik jagung? Kita senyum saja, tak menyahut.
Tom Yam Daging & Ceker |
Kita ikutkan sahajalah keinginannya. Yang penting Firdaus bersemangat untuk mengikuti kelas tambahan. Harapnya, balik nanti sukalah dia makan tom yam. Amie dengan Encik Suami sudah makan sebelum pukul enam petang tadi. Nanti sewaktu Firdaus hendak makan, bolehlah panaskan semula.
Keputusan Choral Speaking Competition 2025 Daerah Lahad Datu. |
Tom Yam untuk Firdaus. |
Nanti, pukul 8:30 malam Encik Suami akan ke sekolah agama untuk mengambil Firdaus.
29 comments
Alhamdulillah dan Tahniah Firdaus dengan pasukan Choral Speaking. Sedapnya Tomyam tu Kak Amie.
BalasPadamTerima kasih Mulan.
PadamAlhamdulillah, Firdaus makan dua mangkuk tom yam.
Macam tajuk drama melor untuk firdaus tapi ni tomyam untuk firdaus. Hihi. Nampak sedap tu pasti berselera makan nanti. Cie paling suka tengok choral speaking masa sek rendah. Dulu2 ada kat tv sekarang takde dah nampak.
BalasPadamSaya pun suka tonton choral speaking. Ini merupakan tahun ketiga Firdaus ikut choral speaking sejak tahun 4.
PadamKesian budak sekolah sekarang.
BalasPadamNgalahkan orang bekerja.
Takde masa nak main sungai macam wak sekolah jaman dulu kala.
Betul Wak.
PadamSaya pun kesian tengok dia.
Budak-budak sekolah sekolah sekarang waktu persekolahan macam orang bekerja. Pergi awal pagi balik lewat dekat nak Maghrib. Mujur jugalah Firdaus tak balik. Kalau balik nak ke sekolah kena hadap jem lagi. Mesti seronok Firdaus balik rumah mommy masak makanan yang dia nak. Suka betul Firdaus dengan putik jagung tu ye. Sedap tu rangup dan manis-manis rasa dia. Bertambah seronok tu kalau dia tahu jadi Johan. Alhamdulillah, tahniah Firdaus and the gang jadi Juara Choral Speaking peringkat daerah Lahad Datu.
BalasPadamKan. Penat tu pagi petang sekolah.
PadamFirdaus terkejut sapat rahu Johan pertandingan. Kak Amie beritahu sewaktu dia makan tom yam. Memang seronok sangat dia.
wah tahniah firdaus. Tak sia-sia usaha. Dapat lagi tomyam kesukaan dia. Lagi hepey dia
BalasPadamTerima kasih autie Notie, kata Firdaus. Budak ni memang suka hirup kuah yang masam-masam pedas.
PadamTahniah anakanda Firdaus diatas kemenangan choral speaking & all the best untuk peperiksaan sekolah agama nanti, padat jadual Firdaus. Sedapnya air tangan kak amie 😍😍😍
BalasPadamTerima kasih auntie, kata Firdaus. Betul, padat sangat jadual hariannya.
PadamTahniah Firdaus...makan tom yam panas2 sedap...
BalasPadamTerima kadih auntie Sueann, kata Firdaus. Kena panaskan semula kuah tom yam tu waktu Firdaus sampai rumah.
PadamTahniah buat Daus dan kawan-kawan, nampak sedap betul tomyam tu. Dana pun suka dengan putik jagung, rasa dia yang agak manis-manis tu memang tambah selera untuk dimakan.
BalasPadamTerima kasih auntie Dana, kata Firdaus. Selera bydak ni macam selera orang tua kan Dana .... ahaks.
PadamSungguh menyelerakan tomyam untuk Firdaus. Tentu Firdaus double happy sebab dapat makan tomyam dan dapat berita kemenangan dalam choral speaking tu, Kak Amie.
BalasPadamMemang seronok sangat dia dapat berita jadi Johan. Hirup kuah tom yam sampai berpeluh-peluh.
Padamwaaahhh tahniahhh firdaussss! tak sia-sia berlatih! plus mommy masak tomyam sedap pula tu! hehehe
BalasPadamBerbaloi setiap petang buat latihan hampir sebulan lamanya. Terima kasih auntie Ana, kata Firdaus.
PadamAlhamdulillh, tahniah Firdaus...
BalasPadamsedap nya tomyam tu, walaupun tenok gambar je..memang firdaus suka nie
Alhamdulillah. Lama tak makan tom yam memang sedap betul. Terima kasih auntie Linda, kata Firdaus.
PadamSemoga berjalan dengan lancar ... Harap buat yang terbaik
BalasPadamIn syaa Allah.
Padamtahniah firdaus xsesia usahanya tomyam mesti ganding dgn jejari kentang goreng kesukaannya
BalasPadamTerima kasih auntie PI, kata Firdaus.
PadamTahniah kejayaan adik ya ..teruskan usaha..pasti adik pergi jauh
BalasPadamTerima kasih uncle Etuza, kata Firdaus. In syaa Alkah Firdaus akan teruskan usaha pertandingan ke peringkat negeri.
PadamSaya yakiiiin firdaus akan semangat lagi Krn makanan fav nya sudah dimasak oleh kakak. Dari foto saja, saya pun tahu rasanya sedaaap sangat. Terbayang pula asam pedas bercampur jadi satu 🤤🤤🤤❤️
BalasPadam