Tom Yam Untuk Firdaus & Keputusan Pertandingan Choral Speaking

7:30 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama akan tiba tidak lama lagi. Sebagai persediaan, guru-guru di sekolah Firdaus mengadakan kelas tambahan dari malam Isnin hingga Rabu, tiga malam berturut-turut. Firdaus perlu menghadiri kelas tambahan di sekolah agama bermula pada pukul tujuh sehingga sembilan malam. Memandangkan kesuntukan masa untuk pulang ke rumah dan datang semula ke sekolah agama, Encik Suami cadangkan Firdaus tukar pakaian di masjid dan beli makanan di kedai sebelah sekolah. Rupanya ramai kawan-kawannya tidak pulang ke rumah.

Setiap hari pukul 5:20 petang, Firdaus tamat sesi pembelajaran di sekolah agama. Biasanya sampai ke rumah pukul enam lebih, ketika maghrib sudah menjelma. Sebenarnya, sesak di jalan! Sudah tentulah akan terlewat sampai ke kelas malam kalau pulang dahulu ke rumah memandangkan waktu itu lalu lintas masih sesak!

Kelmarin nampak sungguh letih wajah Firdaus. Tengah hari tadi sebelum ke sekolah agama, Firdaus mengeluh penat. Kita pujuk, kita beri kata-kata semangat bahawa untuk berjaya bukanlah mudah. Perlu sabar dan jangan cepat putus asa. Tambahan pula, Firdaus sudah tiga minggu tidak hadir ke sekolah agama kerana mengikuti latihan untuk pertandingan Choral Speaking setiap petang!

Sebelum turun dari kereta, kita tanya : Sayang Mommy nak makan apa malam nanti? Jawabnya: Bolehkah Mommy masak tom yam?
Boleh.
Wah! Terima kasih Mommy. Jangan lupa masukkan putik jagung dalam tom yam.

Tiga hari lepas Amie masak sayur campur kacang Holland, ditambah cendawan shiitake dan putik jagung. Sewaktu makan, Firdaus tanya: Bolehkah Mommy masak tom yam? Masukkan putik jagung? Kita senyum saja, tak menyahut.


Tom Yam Daging & Ceker


Selera Firdaus memang macam selera orang tua... ahaks!
Kita ikutkan sahajalah keinginannya. Yang penting Firdaus bersemangat untuk mengikuti kelas tambahan. Harapnya, balik nanti sukalah dia makan tom yam. Amie dengan Encik Suami sudah makan sebelum pukul enam petang tadi. Nanti sewaktu Firdaus hendak makan, bolehlah panaskan semula.

Keputusan Choral Speaking Competition 2025 Daerah Lahad Datu.

Selepas kami makan tom yam, Amie terbaca mesej dalam kumpulan Choral Speaking. Alhamdulillah, sekolah Firdaus mendapat johan kategori sekolah rendah daerah LD. Pertandingan diadakan secara online pada hari Sabtu 12 Julai 2025. Sebelah paginya Firdaus menghadiri kelas tambahan di sekolah agama pada pukul 7:30 sehingga 11:00 pagi dan sebelum 11:30 perlu berada di sekolah rendah untuk pertandingan.

Setakat ini Firdaus belum mengetahui keputusan pertandingan tersebut.


Firdaus bersama ahli kumpulan Choral Speaking dengan tajuk : Anti-Corruption Heroes of the Madani Generation.

Tom Yam untuk Firdaus.

Nanti, pukul 8:30 malam Encik Suami akan ke sekolah agama untuk mengambil Firdaus.

4 comments

  1. Alhamdulillah dan Tahniah Firdaus dengan pasukan Choral Speaking. Sedapnya Tomyam tu Kak Amie.

    BalasPadam
  2. Macam tajuk drama melor untuk firdaus tapi ni tomyam untuk firdaus. Hihi. Nampak sedap tu pasti berselera makan nanti. Cie paling suka tengok choral speaking masa sek rendah. Dulu2 ada kat tv sekarang takde dah nampak.

    BalasPadam
  3. Kesian budak sekolah sekarang.
    Ngalahkan orang bekerja.
    Takde masa nak main sungai macam wak sekolah jaman dulu kala.

    BalasPadam
  4. Budak-budak sekolah sekolah sekarang waktu persekolahan macam orang bekerja. Pergi awal pagi balik lewat dekat nak Maghrib. Mujur jugalah Firdaus tak balik. Kalau balik nak ke sekolah kena hadap jem lagi. Mesti seronok Firdaus balik rumah mommy masak makanan yang dia nak. Suka betul Firdaus dengan putik jagung tu ye. Sedap tu rangup dan manis-manis rasa dia. Bertambah seronok tu kalau dia tahu jadi Johan. Alhamdulillah, tahniah Firdaus and the gang jadi Juara Choral Speaking peringkat daerah Lahad Datu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe