Sedap Juga Makan Nasi Lemak Lauk Kari Ikan Tenggiri

7:52 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini ladang kami cuti peristiwa setelah para pekerja dan murid-murid bertungkus-lumus menjayakan Program A.G.E - Aspire For Greatness In Education pada hari Sabtu. Sebentar lagi kami akan keluar cari sarapan. Sementara itu bolehlah tulis entri dulu.

Hari Sabtu malam Ahad, Firdaus ternampak gambar nasi lemak yang Encik Suami kongsi dalam group WhatsAap keluarga. Kata Firdaus : Kenapa tak bawa Daus makan sekali? Oh, sayang Daus. Waktu itu Daus sibuk membuat rakaman pertandingan Choral Speaking sehingga pukul tiga petang! 

Jadinya, kelmarin kami bawa Firdaus untuk makan nasi lemak di tempat yang sama. Terpulanglah kepadanya samada hendak makan nasi lemak atau memilih menu yang lain. Kami sampai di kedai ini pun sudah lewat pukul 11 pagi.

Nasi Lemak Kari Ikan Tenggiri



Menu yang dipesan:
  • Wat Tan Sang Mian
  • Fried Wantan
  • Nasi Lemak Chicken Chop
  • Nasi Lemak Ikan Tnggiri
  • Lemon Sui (Hot)
  • Calamansi Sour Plum Jelly Ball Ais
  • Strawberry Jelly Ball Ais

Encik Suami - Lemon Sui (Hot)

Firdaus - Strawberry Jelly Ball Ais
Amie - Calamansi Sour Plum Jelly Ball Ais

Wantan Goreng


Selepas sampai minuman ke meja, datang pula Wantan Goreng.
Snack ini memang sekelip mata saja licin!


Kemudian datang Nasi Lemak Ikan Tenggiri. Wah, dengan harga RM16.80 sen, dapat set nasi lemak berlauk kari ikan tenggiri yang sangat berbaloi! Asa dua keping, bahagian isi ikan tenggiri di bahagian bawah, dan bahagian ekor dibelah dua bertenggek di atas. Lengkap dengan di biji kacang bendi.


Sesekali hendak juga merasa lauk nasi lemak yang berbeza. Di sini banyak lauk pilihan, selain menu nasi lemak biasa. Boleh pesan udang, sotong, lobster, pelbagai jenis ikan, rendang daging, ayam, sambal paru dan lain-lain. Tidaklah pelik sangat rasa Nasi Lemak Ikan tenggiri sebab kuah karinya pekat dan boleh bersahabat dengan nasi lemak.

Nasi Lemak Chicken Chop

Firdaus pula apabila terbampak Nasi Lemak Chicken Chop terus jatuh hati. Dia tak nampak ada snack kentang goreng! Kalau tidak, itulah yang dipilihnya.


Banyak juga chicken chopnya, sampai Firdaus pelawa kami makan sama.

Wat Tan Sang Mian

Menu terakhir sampai ialah pesanan Encik Suami iaitu Wat Tan Sang Mian @ Wat Tan Hor Sang Mee. Menu ini merupakan hidangan Mi Kantonis yang terdiri daripada mi sang atau mi yang digoreng rangup, dihidang dengan kuah telur putih pekat dan campuran lauk udang, sotong, fich cake dan sayuran.


Wat Tan Sang Mian didatangkan bersama cili jeruk.

Cili Jeruk

Encik Suami simpan resit pembayaran. Sudah keronyok baru teringat untuk ambil gambar.

10 comments

  1. ini dah ala-ala nasi dagang ni kak amie... hihihi... selamat bercuti peristiwa yaaa

    BalasPadam
  2. Huntungnyer di daus nak makan apa semua dapat.

    BalasPadam
  3. Enak semua ini sih kak... Jadi nambah terus 😄

    BalasPadam
  4. fuhhh memang sedap tengok tu...tapi tang ikan tenggiri tu memang menggoda betul

    BalasPadam
  5. ikan tenggiri, kalau dpt ekor mmg habis sy kerjakan. sbb suka sgt rasa lemak2 kat bahagian ekor tu hahahaha

    BalasPadam
  6. sedapnyaaaa....ikan tenggiri tu mencuit hati.....kalau saya dah makan berat waktu pagi sampai ke petang kenyang....

    BalasPadam
  7. Nasi lemak dengan kari ikan tenggiri tu, feeling macam makan nasi dagang kot, Kak Amie. Sebab tu serasi bersama.

    BalasPadam
  8. Alahaiii Daus samale dgn acik notie nampak ada nasi lemak chicken chop terus order tu. Biasa nasi lemak layan dengan lauk paru goreng lah rendang lah sambal ayam lah jarang saya dengar layan dengan kari ikan tenggiri. Pekat kuah dia

    BalasPadam
  9. Menarik dan berbaloi bayar kalau begitu banyak ikan diberi.. Puas hatilah.. Sedap juga ni makan nasi lemak dengan lauk begini..

    BalasPadam
  10. Tertunai juga permintaan Firdaus. Menu pilihan bukan biasa-biasa tu Nasi lemak chicken chop. Lupa terus kentang goreng dia ye. Menu pilihan kak Amie pun apa kurangngya. Macam macam nasi daganglah pula. nasi berlemak dan lauk kari ikan tenggiri. Cuma beza gulai an kari tu je.
    Wat Tan Sang Mian tu nampak macam kuahnya sikit, cukup ke tu untuk lembutkan mi dia.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe