Sayur Labu Siam Masak Lemak
9:32 PGBismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi dalam cerita-cerita dari dapur. Oleh kerana semenjak dua menjak ini agak berat kaki untuk melangkah ke dapur, jadi belek-belek galeri sahajalah. Terjumpa lagi gambar-gambar masakan yang belum dijadikan entri. Ada kurma dalam gambar, bermakna ini merupakan masakan untuk berbuka puasa enam Encik Suami pada Syawal lepas.
Resipi yang hendak dikongsikan, Sayur Labu Siam Masak Lemak.
Menu:
- Nasi Putih
- Ikan Layar Panggang
- Sayur Labu Siam Masak Lemak
- Telur Masin
- Sambal Belacan
- Kurma Yusuf Taiyoob
Sayur Labu Siam |
Isi Labu Siam |
Kupas kulit labu siam dan hiris/potong. |
Sewaktu dikupas, labu siam ini agak bergetah. Jadi, bubuh satu sudu besar garam halus. Gaul dan peram seketika sehingga keluar air labu siam. Kemudian ramas-ramas dan bilas bersih. Toskan.
Labu Siam yang sudah dibilas bersih. |
Bahan-bahan untuk memasak labu siam. |
Resipi Sayur Labu Siam Masak Lemak
Bahan-bahan:
2 biji labu siam - kupas kulit - potong ikut citarasa - gaul dengan garam halus - biarkan sehingga keluar air - perah - bilas bersih - toskan
500 ml santan
1 cawan hirisan lobak merah
1 cawan hirisa kacang panjang
1 cawan hirisan putik jagung
1 cawan udang basah
2 batang serai- diketuk
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
2 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan
2 tangkai cili merah
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali / periuk.
2. Masukkan serai dan biarkan seketika.
3. Tuangkan bahan kisar. Tumis sehingga terbit minyak.
4. Masukkan santan diikuti dengan labu siam, lobak merah, kacang pancang, putik jagung dan udang basah.
5. Kacau sekali-sekala sehingga kuah santan mendidih dan sayur masak.
6. Masukkan garam / perasa pilihan.
7. Padamkan api dapur.
Tambahkan sambal belacan sebagai pelengkap. Sambal belacan ini Amie buat banyak. Bakinya boleh simpan dan peti sejuk. Tak perlu selalu buat sambal belacan setiap kali hendak makan nasi.
Jemput ye. |
Video masak sayur labu Siam.
14 comments
Boleh juga ya buah labu siam buat masak lemak, mesti sedap ni. Biasanya saya rebus buat ulam cicah dengan sambal belacan je.
BalasPadamNampak sedap tu.. Aini tk pernah makan sayur labu sebab xtahu nak masak apa.
BalasPadamNi K.Amie dah share leh la Aini ikut resipi akk.. TQ (^_^)
Oh nama nya labu siam ya. Kenal masa duduk Vietnam dulu sebab belum pernah jumpa dan makan sebelum tu. Sedap tumis kosong bawang putih dengan udang.
BalasPadamLama kak Amie peram hidangan ni dalam draft. Pertama kali tahu ada labu siam dan pertama kali tengok rupa parasnya. Unik betul rupa dia, macam doh pandan tunggu kembang gitu. Oo begitu masak dia kena cuci dengan buang air dengan garam. Bila dah dipotong-potong tu nampak macam buah mangga lemaklah pula. Mesti sedap hidangan lauk labu siam ni kak Amie.
BalasPadamsedapnya...labu siam ni manis rasanya kan...pernah sekali buat sup...ikan layar panggang cicah sambal belacan...perghhh...kecur ailio..
BalasPadamBaru nak tanya labu siam tu camno. Tak pernah makan. Tenguk amie masak lomak layan dgn sambal belacan mesti nasi menambah ni. hehehe, Nasib baik le baca tulisan amie tak naik berat badan sebab terlior tenguk masakan amie. Kalau tak emmm bertambah le berat saya hanya dgn melihat gambor. nasib baik. hehehehe
BalasPadamsedapnyaaa kak ..terliur tengok 😍😍😍
BalasPadamPertama kali sy tengok labu siam ni, Kak Amie. Memang nampak sesuai sangat kombinasi semua lauk tu, menyelerakan selepas seharian berpuasa.
BalasPadamoo... sejenis sayur rupanya.. labu siam namanya... ingatkan selama ni sejenis ulam macam timun tu...
BalasPadamSayur labu siam ini antara sayur yang dana tak pernah cuba masak lagi kak, kadang teringin nak beli tapi risau macamne lah rasanya.
BalasPadamkena letak garam dulu yer sebelum basuh labu siam tu....saya suka org bagi tips memasak...boleh buat makanan jadi sedap dah memudahkan kerja didapur...tq kak amie
BalasPadamAelalu nampak sayur labu siam ni tapi x pernah cuba makan..nampak sedap la...nak beli la sebiji cuba makan
BalasPadamwaahhhh blm pnh cuba labu siam ni.. nti kalo jumpa blh la cuba sbb Abah Ana suka juga jenis camtu hehe
BalasPadamwah menu mengait selera sedapnya
BalasPadam