Sayur Labu Siam Masak Lemak

9:32 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi dalam cerita-cerita dari dapur. Oleh kerana semenjak dua menjak ini agak berat kaki untuk melangkah ke dapur, jadi belek-belek galeri sahajalah. Terjumpa lagi gambar-gambar masakan yang belum dijadikan entri. Ada kurma dalam gambar, bermakna ini merupakan masakan untuk berbuka puasa enam Encik Suami pada Syawal lepas.


Resipi yang hendak dikongsikan, Sayur Labu Siam Masak Lemak.


Menu:
  • Nasi Putih
  • Ikan Layar Panggang
  • Sayur Labu Siam Masak Lemak
  • Telur Masin
  • Sambal Belacan
  • Kurma Yusuf Taiyoob
Sayur Labu Siam

Isi Labu Siam

Kupas kulit labu siam dan hiris/potong.


Sewaktu dikupas, labu siam ini agak bergetah. Jadi, bubuh satu sudu besar garam halus. Gaul dan peram seketika sehingga keluar air labu siam. Kemudian ramas-ramas dan bilas bersih. Toskan.

Labu Siam yang sudah dibilas bersih.

Bahan-bahan untuk memasak labu siam.


Resipi Sayur Labu Siam Masak Lemak
Bahan-bahan:
2 biji labu siam - kupas kulit - potong ikut citarasa - gaul dengan garam halus - biarkan sehingga keluar air - perah - bilas bersih - toskan
500 ml santan
1 cawan hirisan lobak merah
1 cawan hirisa kacang panjang
1 cawan hirisan putik jagung
1 cawan udang basah
2 batang serai- diketuk
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
2 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan
2 tangkai cili merah

Cara memasak: 
1. Panaskan minyak dalam kuali / periuk.
2. Masukkan serai dan biarkan seketika.
3. Tuangkan bahan kisar. Tumis sehingga terbit minyak.
4. Masukkan santan diikuti dengan labu siam, lobak merah, kacang pancang, putik jagung dan udang basah.
5. Kacau sekali-sekala sehingga kuah santan mendidih dan sayur masak.
6. Masukkan garam / perasa pilihan.
7. Padamkan api dapur.



Tambahkan sambal belacan sebagai pelengkap. Sambal belacan ini Amie buat banyak. Bakinya boleh simpan dan peti sejuk. Tak perlu selalu buat sambal belacan setiap kali hendak makan nasi.

Jemput ye.

Video masak sayur labu Siam.

12 comments

  1. Boleh juga ya buah labu siam buat masak lemak, mesti sedap ni. Biasanya saya rebus buat ulam cicah dengan sambal belacan je.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap tu.. Aini tk pernah makan sayur labu sebab xtahu nak masak apa.
    Ni K.Amie dah share leh la Aini ikut resipi akk.. TQ (^_^)

    BalasPadam
  3. Oh nama nya labu siam ya. Kenal masa duduk Vietnam dulu sebab belum pernah jumpa dan makan sebelum tu. Sedap tumis kosong bawang putih dengan udang.

    BalasPadam
  4. Lama kak Amie peram hidangan ni dalam draft. Pertama kali tahu ada labu siam dan pertama kali tengok rupa parasnya. Unik betul rupa dia, macam doh pandan tunggu kembang gitu. Oo begitu masak dia kena cuci dengan buang air dengan garam. Bila dah dipotong-potong tu nampak macam buah mangga lemaklah pula. Mesti sedap hidangan lauk labu siam ni kak Amie.

    BalasPadam
  5. sedapnya...labu siam ni manis rasanya kan...pernah sekali buat sup...ikan layar panggang cicah sambal belacan...perghhh...kecur ailio..

    BalasPadam
  6. Baru nak tanya labu siam tu camno. Tak pernah makan. Tenguk amie masak lomak layan dgn sambal belacan mesti nasi menambah ni. hehehe, Nasib baik le baca tulisan amie tak naik berat badan sebab terlior tenguk masakan amie. Kalau tak emmm bertambah le berat saya hanya dgn melihat gambor. nasib baik. hehehehe

    BalasPadam
  7. sedapnyaaa kak ..terliur tengok 😍😍😍

    BalasPadam
  8. Pertama kali sy tengok labu siam ni, Kak Amie. Memang nampak sesuai sangat kombinasi semua lauk tu, menyelerakan selepas seharian berpuasa.

    BalasPadam
  9. oo... sejenis sayur rupanya.. labu siam namanya... ingatkan selama ni sejenis ulam macam timun tu...

    BalasPadam
  10. Sayur labu siam ini antara sayur yang dana tak pernah cuba masak lagi kak, kadang teringin nak beli tapi risau macamne lah rasanya.

    BalasPadam
  11. kena letak garam dulu yer sebelum basuh labu siam tu....saya suka org bagi tips memasak...boleh buat makanan jadi sedap dah memudahkan kerja didapur...tq kak amie

    BalasPadam
  12. Aelalu nampak sayur labu siam ni tapi x pernah cuba makan..nampak sedap la...nak beli la sebiji cuba makan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe