Jom Jalan-Jalan Cari Sarapan Bubur Ayam Telur Seribu Tahun

1:16 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi jalan-jalan cari sarapan berdua sahaja dengan Encik Suami. Di kepala suda membayangkan semangkuk bubur nasi ayam bersama telur seribu tahun. Rindu sangat hendak makan bubur nasi! Pukul 9:30 pagi kami menuju ke One Maez Dim Sum di Bandar Sri Perdana.

Kami memesan minuman panas kegemaran: Passion Fruit Lemon Tea dan makanan:
  • Century Egg Chicken Porridge 
  • Ginger Chicken Pau
  • Gyoza Chicken
  • Spring Roll
  • Fried Prawn Roll


Passion Fruit Lemon Tea (Pot)


Menu pertama sampai di meja sudah tentunya minuman panas, Passion Fruit Lemon Tea. Tidak sabar rasanya hendak tuang ke dalam cawan. Kami hirup perlahan-lahan sambil menanti makanan tiba dengan sabar.

Tidak lama kemudian pelayan restoran datang membawa bekas berisi tiga jenis sos dan meletakkan di atas meja. Kemudian muncul perkataan dari bibir pelayan perempuan memang tak sedap di dengar : 
Maaf, puan. Egg Century Chicken Porridge belum dapat disediakan. Pukul 11 nanti baru siap masak. Puan hendak tukar menu lain?


Amie memandang Encik Suami, kemudian meminta pelayan restoran bawakan sekali lagi katalog menu. Setelah belek-belek katalog, Amie pulangkan kembali kepada pelayan tadi.

Tak apalah.
Biarlah tidak ada bubur.

Geram kan?
Kita datang hendak makan bubur sebab malas masak bubur di dapur sendiri. 
Nasib baiklah Passion Fruit Lemon Tea sedap rasanya! Bolehlah minum bercawan-cawan sampai kembung perut, sebagai pengganti bubur!

Untuk pujuk hati terkilan tak dapat sarapan bubur, kami santai-santai sahaja duduk berdua bertuang-tuangan minuman ke dalam cawan kecil comel. Pelayan restoran datang lagi, bertanyakan kami, adakah ingin tambah air ke dalam pot? Sudah tentu!

Ginger Chicken Pau

Ginger Chicken Pau ini Encik Suami punya. Oleh kerana tidak dapat bubur nasi, kita pun kongsi makan berdua, seorang sebiji. Panas aaahhh... tak boleh terus masuk mulut terutama intinya itu! Takut melocot bibir!

Spring Roll

Gyoza Chicken


Fried Prawn Roll


Minum Passion Fruit Lemon Tea sebanyak dua pot, sudah tentulah berpeluh-peluh. Selepas ini kami hendak ke pasar raya, cari ikan dan sayur pula. Tak perlulah briskwalk kan. Letak kereta jauh sedikit dari pasar raya, kemudian jalan pusing keliling mencari barang. Terbakarlah juga kalori walaupun sedikit.

Egg Century Chicken Porridge dari entri lama.

Walaupun tak dapat makan bubur, renung-renung sahajalah gambar lama ketika makan bubur di sini. Nampaknya kalau hendak makan juga, petang nanti bolehlah masak sendiri.

Huurrrmmm.... terpandang beberapa keping gambar di tempat yang sama dalam galeri! Melihat tarikh, aduhai 9 September 2024! Waktu 1:15 tengah hari. Melihat dua gelas air sejuk, ini sedah tentu waktu pulang dari ladang singgah di sini dengan Encik Suami. Sebelum gambar dipadam, baiklah tumpang dijadikan entri di sini.

Red Dates Nourishing Tea (Cold)
Kitzai Lemon Sui (Cold)

Masih ada gambar resit untuk rujukan menu.

One Maez Fish Sauce Bihun Goreng

Har Gao

Har Gao ialah sejenis dim sum Kantonis. Kulitnya sangat nipis dan cantik. Isinya udang segar. Dalam banyak-banyak dim sum, salah satu yang sangat sedap sudah tentunya Har Gao.


Fried Prawn Roll

Fried Prawn Roll ini isinya udang segar dibalut dengan kulit tahu kering atau beancurd sheet. Kulit luarnya garing dan rangup, manakala bahagian dalamnya lembut berjus. Snack ini dimakan begitu sahaja tanpa pencecah pun sudah cukup sedap.

 Prawn Gyoza



Nampaknya waktu itu kami banyak memesan dimsum inti udang termasuklah Prawn Gyoza. Memang  sedap sungguh dapat makan inti udang segar. Terasa manisnya! Seolahnya banyak sangat menu yang dipesan tapi sebenarnya bentuknya kecil comel jew... masuk mulut terus sekali ngap... ahaks!


Century Egg Mai

Beancurd Roll

Begitulah cerita hari ini.
Masih terbayang-bayang bubur nasi. Nantilah, kalau rajin kita masuk dapur.

10 comments

  1. Kecewa la kan kita dah target nak makan bubur tu. Kat Lipis ni ada kedai yang ada timing baru boleh order. Contohnya 11am baru ada makanan sekian2, 3pm baru ada makanan sekian2. Kita kekadang dah kebetulan lalu terus la masuk. Tapi hampa makanan kita target nak makan tu belum boleh dijual.

    BalasPadam
  2. Bubur ayamnya belum siap, wah kasihan
    tapi tak apalah ya, ada dinsum ini

    BalasPadam
  3. Tiba-tiba Sha pun teingin makan bubur nasi.. sedapnya.. Nanti nak cari jugalah Century Egg Chicken Porridge, macam menarik ja untuk dicuba..

    BalasPadam
  4. dim sum nya sungguh menggoda...dimsum yg ada udang mmg sedap..

    BalasPadam
  5. Alahai...x masak lagi bubur ayamnya ye..kesian Kak Amie..kalau SA kat situ memang dah amukan dah tu...makanan semua sedap..semua tu SA suka...

    BalasPadam
  6. Saya tengah teringin bubur berlauk...

    BalasPadam
  7. wahhh semua makan nampak sedap tengok nya

    BalasPadam
  8. wow banyak menu ganding dgn teh panas dapnya

    BalasPadam
  9. aduhaiii mesti kecewa bila menu yg kita idamkan tak dapat.. nampaknya kak amie kena juga masak di dapur sendiri ehehehe

    BalasPadam
  10. Aduh, kecewanya tu sampai ke sini kak Amie. Siapa yang tak kecewa kalau tak dapat makan makanan yang dihajati. Dahlah bubur ambil masa nak membuatnya. Kena datang lagi lah tu nampaknya kak Amie. Datang waktu tengahari pula macam sebelumnya. Mujurlah makanan yang lain menyelerakan. Menarik tengok Har Gao tu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe