Jom Jalan-Jalan Cari Sarapan Bubur Ayam Telur Seribu Tahun
1:16 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi jalan-jalan cari sarapan berdua sahaja dengan Encik Suami. Di kepala suda membayangkan semangkuk bubur nasi ayam bersama telur seribu tahun. Rindu sangat hendak makan bubur nasi! Pukul 9:30 pagi kami menuju ke One Maez Dim Sum di Bandar Sri Perdana.
Kami memesan minuman panas kegemaran: Passion Fruit Lemon Tea dan makanan:
- Century Egg Chicken Porridge
- Ginger Chicken Pau
- Gyoza Chicken
- Spring Roll
- Fried Prawn Roll
Passion Fruit Lemon Tea (Pot) |
Menu pertama sampai di meja sudah tentunya minuman panas, Passion Fruit Lemon Tea. Tidak sabar rasanya hendak tuang ke dalam cawan. Kami hirup perlahan-lahan sambil menanti makanan tiba dengan sabar.
Tidak lama kemudian pelayan restoran datang membawa bekas berisi tiga jenis sos dan meletakkan di atas meja. Kemudian muncul perkataan dari bibir pelayan perempuan memang tak sedap di dengar :
Maaf, puan. Egg Century Chicken Porridge belum dapat disediakan. Pukul 11 nanti baru siap masak. Puan hendak tukar menu lain?
Amie memandang Encik Suami, kemudian meminta pelayan restoran bawakan sekali lagi katalog menu. Setelah belek-belek katalog, Amie pulangkan kembali kepada pelayan tadi.
Tak apalah.
Biarlah tidak ada bubur.
Geram kan?
Kita datang hendak makan bubur sebab malas masak bubur di dapur sendiri.
Kita datang hendak makan bubur sebab malas masak bubur di dapur sendiri.
Nasib baiklah Passion Fruit Lemon Tea sedap rasanya! Bolehlah minum bercawan-cawan sampai kembung perut, sebagai pengganti bubur!
Untuk pujuk hati terkilan tak dapat sarapan bubur, kami santai-santai sahaja duduk berdua bertuang-tuangan minuman ke dalam cawan kecil comel. Pelayan restoran datang lagi, bertanyakan kami, adakah ingin tambah air ke dalam pot? Sudah tentu!
Ginger Chicken Pau |
Ginger Chicken Pau ini Encik Suami punya. Oleh kerana tidak dapat bubur nasi, kita pun kongsi makan berdua, seorang sebiji. Panas aaahhh... tak boleh terus masuk mulut terutama intinya itu! Takut melocot bibir!
Spring Roll |
Fried Prawn Roll |
Minum Passion Fruit Lemon Tea sebanyak dua pot, sudah tentulah berpeluh-peluh. Selepas ini kami hendak ke pasar raya, cari ikan dan sayur pula. Tak perlulah briskwalk kan. Letak kereta jauh sedikit dari pasar raya, kemudian jalan pusing keliling mencari barang. Terbakarlah juga kalori walaupun sedikit.
Egg Century Chicken Porridge dari entri lama. |
Walaupun tak dapat makan bubur, renung-renung sahajalah gambar lama ketika makan bubur di sini. Nampaknya kalau hendak makan juga, petang nanti bolehlah masak sendiri.
Huurrrmmm.... terpandang beberapa keping gambar di tempat yang sama dalam galeri! Melihat tarikh, aduhai 9 September 2024! Waktu 1:15 tengah hari. Melihat dua gelas air sejuk, ini sedah tentu waktu pulang dari ladang singgah di sini dengan Encik Suami. Sebelum gambar dipadam, baiklah tumpang dijadikan entri di sini.
Red Dates Nourishing Tea (Cold) Kitzai Lemon Sui (Cold) |
One Maez Fish Sauce Bihun Goreng |
Har Gao |
Har Gao ialah sejenis dim sum Kantonis. Kulitnya sangat nipis dan cantik. Isinya udang segar. Dalam banyak-banyak dim sum, salah satu yang sangat sedap sudah tentunya Har Gao.
Fried Prawn Roll |
Fried Prawn Roll ini isinya udang segar dibalut dengan kulit tahu kering atau beancurd sheet. Kulit luarnya garing dan rangup, manakala bahagian dalamnya lembut berjus. Snack ini dimakan begitu sahaja tanpa pencecah pun sudah cukup sedap.
Prawn Gyoza |
Century Egg Mai |
Beancurd Roll |
Begitulah cerita hari ini.
Masih terbayang-bayang bubur nasi. Nantilah, kalau rajin kita masuk dapur.
10 comments
Kecewa la kan kita dah target nak makan bubur tu. Kat Lipis ni ada kedai yang ada timing baru boleh order. Contohnya 11am baru ada makanan sekian2, 3pm baru ada makanan sekian2. Kita kekadang dah kebetulan lalu terus la masuk. Tapi hampa makanan kita target nak makan tu belum boleh dijual.
BalasPadamBubur ayamnya belum siap, wah kasihan
BalasPadamtapi tak apalah ya, ada dinsum ini
Tiba-tiba Sha pun teingin makan bubur nasi.. sedapnya.. Nanti nak cari jugalah Century Egg Chicken Porridge, macam menarik ja untuk dicuba..
BalasPadamdim sum nya sungguh menggoda...dimsum yg ada udang mmg sedap..
BalasPadamAlahai...x masak lagi bubur ayamnya ye..kesian Kak Amie..kalau SA kat situ memang dah amukan dah tu...makanan semua sedap..semua tu SA suka...
BalasPadamSaya tengah teringin bubur berlauk...
BalasPadamwahhh semua makan nampak sedap tengok nya
BalasPadamwow banyak menu ganding dgn teh panas dapnya
BalasPadamaduhaiii mesti kecewa bila menu yg kita idamkan tak dapat.. nampaknya kak amie kena juga masak di dapur sendiri ehehehe
BalasPadamAduh, kecewanya tu sampai ke sini kak Amie. Siapa yang tak kecewa kalau tak dapat makan makanan yang dihajati. Dahlah bubur ambil masa nak membuatnya. Kena datang lagi lah tu nampaknya kak Amie. Datang waktu tengahari pula macam sebelumnya. Mujurlah makanan yang lain menyelerakan. Menarik tengok Har Gao tu.
BalasPadam