Hendak Makan Masak Bening Saja!
8:21 PTGTak mahu fikirkan itu semua, yang penting ringankan kepala. Jom kita jalan-jalan cari makan. Tengah hari tadi, Amie beritahu Encik Suami hendak makan masak bening saja. Maksudnya, masakan rebus atau sup yang ringan-ringan. Tak mahulah sup yang ada rempah. Mana hendak cari masak bening? Tanya Encik Suami.
Kita hendak makan bihun sup tapi pada masa yang sama hendak makan ikan masak halia! Bolehkah pesan menu begini? Pelayan restoran kata: Kami masak sahaja apa yang pelanggan pesan.
Wokey!
Bihun Sup |
Isi Ikan Kerapu Masak Halia |
Sebenarnya Isi Ikan Kerapu Masak Halia ini dihidangkan bersama nasi, tapi Amie tidak mahu nasi. |
Bihun Sup |
Bihun Sup dengan Isi Ikan Goreng. |
Encik Suami : Isi Ikan Goreng |
Encik Suami : Mi Goreng + Isi Ikan Goreng + Sup Kosong |
Encik Suami pula memesan bihun goreng dengan isi ikan goreng, tetapi yang datang mi goreng. Tak apalah, makan saja kata Encik Suami. Mungkin ketika itu ramai pelanggan jadi berlaku kesilapan tukang masak di dapur atau juga pelayan restoran yang mengambil pesanan.
Chinese Tea |
Dimsum Mentai Cheese |
Vietnam Roll |
Mentai Rice Daging |
26 comments
Kalau fikir kerja sampai bila2 tak habis kan. Perut tetap kena isi. Kat sana memang masak fillet ikan je senang nak makan.
BalasPadamSenang makan fillet ikan, tak fikir tulang hihihii.
PadamKadang-kadang bila badan kita dah penat itulah jadinya kan Kak Amie...selera terganggu..selagi x selesai kerja selagi tu la x tenteram
BalasPadamTengok makanan yang dipilih tu pun ikut bercelaru macam fikiran kita juga.
PadamKalau di Semenanjung macam tak jumpa hidangan lauk isi ikan ni kan? Atau memang ada, cuma saya yang tak tahu. Unik rupa mentai rice daging tu.
BalasPadamMentai rice daging tu sedap, kata Firdaus.
Padamsemua menu sedap...mcm chinese style masakannya 💗💗
BalasPadamYa, betul tu.
PadamSedap2 betul makanan disana.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamKadang-kadang ada juga yang ngam pada selera.
Kerja kerja juga Kak, badan kena cukup makan & rehat juga hihi...
BalasPadamBetul PH.
PadamStress betul ni, Kak Amie, hihi.
BalasPadamKalau di Johor tak ada restoran jual masakan yg sebegini rasanya. Nampak sedap ikan goreng tu cicah sambal begitu.
Kan SK.
PadamFikiran bercelaru, menu pun entah apa-apa yang dipesan
Ikan kerapu masak halia tu buat hirup je pun dah sedap kan. Dimsum tu aduhaiiiiiii
BalasPadamSaya kunyah halianya, muda dan lembut. Dimsum tu 6/8 Firdaus yang makan.
Padammasakan sup mmg pecah selera dapnya hirup lupa nasi ratah isi ikan ja
BalasPadamSaya begitulah, kalau kurang selera makan mesti nak cari sup.
Padamisi ikan masak halia dgn dlm bihun sup tu sedap nmpknya
BalasPadamAlhamdulillah. Masuk perut dengan penuh selera.
Padamsedap hirup kuah sup kan...
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamBerpeluh-peluh.
Menunya sedap-sedap belaka.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSedap semua.
Ikannya kliatan sedap, tapiiii pas tahu ada jahe (halia), langsung mundur sayaa 🤣. Tak bisa makan yg pakai jahe seperti ini kak 😅😅. Tapi anehnya kalo dalam bentuk minuman, saya suka jahe . Hanya saja tak suka kalo di makanan
BalasPadamSaya tengok jahe juga. Kalaubyang muda memang saya suja kunyah sehiris dua.
Padam