Kak Ros Tidur Sejak 07 Januari 2023

2:56 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 25 Januari 2023, sudah masuk hari ke-18 Kak Ros ditidurkan. 
Ditidurkan bukanlah satu pilihan, tetapi.....

Buat masa ini kita tiada kekuatan untuk menulis tentangnya.... Allahu Akbar!


Kita sangat kagum dengan semangat Kak Ju yang menjaga Kak Ros siang dan malam di hospital. Kak Ju baru sahaja pencen pada 23 November 2022.

Alhamdulillah, ada bilik khas yang boleh dihuni waris pesakit. Setiap kali waktu lawatan, Kak Ju sudah bersedia untuk masuk ke bilik rawatan Kak Ros. Kak Ros tiada sesiapa melainkan Bonda, dan kami adik-beradiknya.

Sebelah petangnya pula, sebaik sahaja tamat waktu pejabat, Kak Aton menyusul dari Kuala Selangor ke Hospital Sungai Buluh. 

Begitulah aturannya, saling bahu-membahu di saat ujian melanda. Terima kasih buat adik-adik kami yang lain, yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan di kala dugaan Allah pilih untuk keluarga kami menghadapinya.


Setiap hari selama tiga hari berturut-turut kita sempat lawat Kak Ros waktu tengahari dan terus menunggu waktu lawatan di sebelah petang pula. Setiap hari kita datang, hujan mengiringi kedatangan kita di hospital. 

Menatap wajah Kak Ros, dengan tubuhnya yang kering dan layu, dipenuhi pelbagai jenis wayar berselirat di tangan kiri dan kanan, di mulut dan hidung, membuatkan hati rasa sangat pilu. Allah ya Rahman ya Rahim. 
Setiap malam, sebelum tidur kita ingin mimpikan wajah Kak Ros yang ceria seperti dahulu!

Kak Ros:
Doa kami sentiasa bersamamu walau dalam apa keadaan sekali pun.


Berusaha mencari gambar tujuh beradik sebelum Covid-19 melanda negara pada 2020.



Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, in syaa Allah.
Riwayat al-Bukhari.

16 comments

  1. semoga Kak Ros diberi kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  2. Mudah2an Allah anugerahi keafiatan buat kak ros

    BalasPadam
  3. Ya allah, kurniakanlah kesembuhan buat Kak Ros...permudahkanlah untuknya...

    BalasPadam
  4. Semoga Allah menyucikan dosa Kak Ros dengan ujian ini dan Kak Ros dapat kembali ke samping bonda dan adik-beradiknya, insyaAllah.. Amiiinnn YRA.

    BalasPadam
  5. Semoga Allah beri kesembuhan buat Kak Ros dan dipermudahkan urusan ahli keluarga yang lain.

    BalasPadam
  6. Berilah kesembuhan pada Kak Ros.
    Semoga Allah ampuni dosa-dosa Kak Ros. Amin.

    BalasPadam
  7. Semoga diberi kesembuhan buat Kak Rod 🤲
    Sayu sy baca coretan Kak Amie:(
    Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan akk sekeluarga juga

    BalasPadam
  8. Semoga kak Ros kembali sembuh seperti sedia kala.

    BalasPadam
  9. Semoga AllH kurniakan kesembuhan untuk Kak Ros dan mudahkan urusan saudara mara yang menjaga Kak Ros 🤲

    BalasPadam
  10. Doa cepat sembuh untuk Kak Ros ya Amie.

    BalasPadam
  11. Allahu.. semoga Kak Ros cepat sembuh dan Allah permudahkan segala urusan keluarga Cikgu Amie.

    BalasPadam
  12. Saya doakan kak Ros kembali sedar dan diberi kesihatan yang baik

    BalasPadam
  13. syafakillah kak ros semoga kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. aminnn

    BalasPadam
  14. sedihnya baca kak, moga diberikan kekuatan dan kesembuhan buat kak Ros ya

    BalasPadam
  15. Semoga Allah sembuhkan Kak Ros, dan beri kekuatan pada keluarga Amie.

    BalasPadam
  16. semoga allah berikan kesembuhan amin

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe