Sambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2023 di Jakarta

7:59 PTG

Bismillahirrahmanirrahim. 
Sekitar pukul sembilan pagi, kami beramai-ramai meninggalkan Hotel Alma bersama Pak Herman untuk melihat-lihat kawasan sekitar. Sempat pula bergambar di pagi 31 Ogos 2023 di hadapan hotel. Selamat Hari Merdeka 2023!


Semangat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia walaupun berada di Jakarta!

Moga negaraku terus aman dan makmur : Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.


Jom kita jalan-jalan melihat suasana pagi di sekitar Bandar Petamburan.

Melintas jalan raya untuk ke sebuah lorong di seberang.


Perarakan kecil-kecilan Sambutan Kemerdekaan Malaysia 2023.


Ketika ini cuaca sangat cerah. Matahari bersinar dengan terang. Lorong yang kami lalui agak sempit dengan pelbagai kenderaan dari arah depan dan belakang. Kedai-kedai di kiri kanan jalan ada yang belum dibuka, dan sebahagiannya sudah memulakan operasi.


Perarakan merdeka!



Pengalaman dalam kembara tidak semestinya diperoleh di kawasan bandar dan tempat yang mewah sahaja. Sesekali menyelami kehidupan masyarakat setempat tidak kurang menariknya walaupun hanya seketika cuma.


Di tepi-tepi jalan, banyak gerai jualan goreng-gorengan seperti tempe dan bakwan serta pelbagai makanan lain seperti rojak.

Jika diperhatikan, terdapat banyak jenis jualan di atas gerobak ini seperti keropok, petai, ubi kayu, betik, honeydew dan seumpamanya. Macam-macam ada!

Nanas Madu




Jumpa lagi Rumah Makan Masakan Padang!



Kami leka menyaksikan penduduk tempatan, para peniaga dan pengguna lorong sempit di sini tetapi sebenarnya mereka pun asyik memandang ke arah kami. Agaknya di dalam hati mereka berkata : Dari mana pula datangnya sembilan orang perempuan yang tiba-tiba memenuhi lorong di sini!


Berpeluh-peluh jugalah kami sepanjang berjalan kaki di sini!


Rasa lapar pula apabila melihat pelbagai jenis lauk-pauk yang ada di gerai makanan. Tentu semuanya masih panas!



Sayangnya makanan di sini hanya untuk dibeli dan dibawa pulang sahaja!

Nampak sedap belaka!



Wokey! Setakat ini sahaja sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2023 di Jakarta. Kita berhenti di sini dahulu dan minta Pak Herman pilih tempat makan sebab kami semua belum menjamah sarapan! Semuanya sudah berasa lapar.

4 comments

  1. Hahahahaha saluuuut kak amiee 😄👍👍👍. Mencoba lihat kehidupan warga lokal begini saya pun suka.

    Bisa dibilang kalo jakarta itu segala macam ada. Sampe penjual sayur mayur keliling pun ada 🤣. Biasanya mereka jalan di kompelk perumahan yg mana jauuh dari pasar. Dan banyak langganannya di perumahan itu, Krn sebenernya terbantu juga kan, tak payah ke pasar jauh2, pedagang kliling dah menghampiri. Harga ofkorslah LBH mahal dikit. Tapi kita jadi tak capek

    Saya sendiri lain pula. Saya pakai jasa personal shopper. Jadi saya KSH list daftar belanjaan, dia yg pergi ke pasar beli semuanya. Lalu antar ke rumah. Biayanya tinggal saya transfer ke rekening termasuk biaya kirim dan tips lah. Tak mahal, lebih capek kalo saya yg beli sendiri 🤣

    BalasPadam
  2. Btw, kakak tak ke kedutaan Malaysia merayakan kemerdekaan wktu itu? Biasanya embassy pasti ada acara 😄. Daerah Kuningan embassy Malaysia

    BalasPadam
  3. amboiiiii 👍👍👍👍
    cuma tak ada perarakan je ni.
    kalau tak.lengkap dah

    BalasPadam
  4. Dapat juga pengalaman sambut merdeka di luar negara. Walaupun diluar, tetap kita raikan. Kena dengan tema bajunya pun.

    Banyak lauk pauknya tu. Nampak menyelerakan. Kedai pun bersih dan cantik susun aturnya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe