Kuih Penjaram - Kuih Tradisional Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas

8:31 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom sembang-sembang tentang sejenis kuih  bernama kuih penjaram yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, masih mendapat tempat di hati dan selera penggemar kuih tradisional di Sabah. Nama lain kuih ini ialah:

  • Kuih Pinyaram
  • Kuih Penyaram
  • Cucur Jawa
  • Cucur Gula Merah
  • Kuih UFO
  • Mexican Hats

Kuih Penjaram


Dulu Amie rajin juga try and error buat kuih penjaram. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang jelek kejadiannya. Lama-lama tak berminat untuk mencuba lagi, akhirnya beli sajalah kalau teringin makan. Kalau beli, kadang-kadang rasanya sedap, kadang-kadang sebaliknya pula.

Biasanya kalau sudah beli di sebuah gerai dan rasanya enak, maka akan berkunjung lagilah ke gerai tersebut. Oleh kerana kuih penjaram boleh disimpan sehingga tiga atau empat hari, jadi bolehlah beli lebih. Kalau hendak makan lagi, panaskan saja di atas nasi yang sedang mengering. Kalau rajin Amie akan kukus. Kalau digoreng akan makan minyak dan menjadi keras pula. Sebenarnya boleh dimakan begitu saja tanpa memanaskan terlebih dahulu, tetapi Amie sukakan rasanya yang lembut dan panas.

Amie telah kongsikan resipi dan banyak cerita tentang kuih penjaram di sini:

Kudapan petang tadi : Kuih penjaram & rempeyek kacang tanah.

Kuih Penjaram dari Gerai Seri Perdana, Lahad Datu.

Bahan untuk membuat adunan kuih penjaram tidaklah sukar untuk diperolehi seperti tepung gandum, tepung beras, gula putih atau gula merah dan ada yang tambahkan santan untuk rasa lebih lemak. Untuk aroma lebih harum, ada yang menggunakan jus pandan.


Barangkali bergantung kepada tangan pembuat kuih atau bahan adunan, kerana setiap kali membeli kuih penjaram di tempat yang berbeza akan terlihatlah sedikit perbezaan dari segi bentuknya terutama bahagian tepi dan tengah. Ada yang berkeruping-keruping cantik di tepinya, dan ada yang mendatar di bahagian tengah. Ada juga yang bergelembung di tengahnya dan kelihatan seperti bentuk topi!

Kuih penjaram hasil tiga jenis adunan : Penjaram biasa (gula putih), penjaram pandan dan penjaram gula merah. Kuih penjaram ini Amie beli di Pasar Minggu Kota Belud.


Penjaram Lahad Datu


Penjaram Lahad Datu

Penjaram dari Pasar Minggu Kota Kinabalu

Penjaram dari Pasar Tani Lahad Datu

Penjaram di Gerai Kota Belud



Nampak cantik kan kuih penjaram pandan ini?


Kuih penjaram sedap dimakan panas.


Tiba-tiba teringin pula hendak godek tepung dan goreng kuih penjaram di dapur sendiri!

9 comments

  1. tak pernah jumpa lg yg gula putih & pandan...cantik pula ada 3 jenis..

    BalasPadam
  2. Biasa nampak org panggil cucur jawa. Pernah rasa tapi tak kena pulak dgn tekak

    BalasPadam
  3. Biasa nampak org jual masa balik Msia. Tapi nak beli asik bertangguh sbb takut tak kena dgn selera.. tengok pada rupa parasnya mcm manis sgt.

    BalasPadam
  4. Banyak macam namanya ya kak...kami menyebutnya kue cucur.

    BalasPadam
  5. saya panggil kuih topi. rasanye org kelantan mmg panggil kuih topi. tapi saya tak makan kuih ni, tak kena dengan selera. Arwah abah saya suka sangat kuih ni

    BalasPadam
  6. antara kuih yang dana tak pernah buat sendiri kak....

    BalasPadam
  7. Haiyaaaa, nampak sedaaaaap semuaaa 🤣😄😍😍. Kami sebut ini kue cucur. Sama lah kak, saya kalo dah masalah kue2, give up. Beli aja dah paling betul 🤣. Pernah sekali bikin kue kastengel (kue keju), udahlah pakai butter wisjman yg mahal, keju edam tua, trakhir tak menjadi. Okaaaay, rugi besar sayaaa 🤣🤣🤣. Sejak itu males nak bikin kue. Better beli 😄

    BalasPadam
  8. Cantik kejadiannya. Baru jumpa masa di Melaka haritu tapi tak tergerak hati pula nak membeli sebab dah membeli kuih bakar, kuih keria dan kuih serabai. huhu...

    BalasPadam
  9. baru mkn mggu lps. pekena dgn teh tarik fuhhhh heaven betul!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe