Terbang Pulang Ke Pangkal Jalan
3:14 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, akhirnya pesawat mendarat dengan selamat di KLIA Terminal 2 dan kami menaiki aerotrain untuk ke terminal satelit. Ketika entri ini ditulis, sudah ada perkhidmatan penerbangan MAS dan AirAsia terus dari Kota Kinabalu ke Jakarta. Sebelum ini kami terpaksa terbang dulu ke Kuala Lumpur kalau hendak ke Jakarta atau Pulau Sumatera. Jadi selepas ini kalau hendak ke sana, tak perlulah transit Kuala Lumpur terlebih dahulu.
Rasa syukur dan gembira yang hanya mampu dizahirkan melalui keceriaan yang terpancar dari wajah masing-masing kerana dapat menghirup kembali udara di tanah tumpah darah! |
Tempat pertama dituju setelah mengambil bagasi masing-masing sudah tentulah di Medan Selera. Rindu sangat rasanya hendak menjamah hidangan tempatan. Ketika ini kami tidak lagi bersama Kemi dan Liza kerana kedua-duanya meneruskan perjalanan pulang ke Melaka.
Masakan yang sungguh menyelerakan! Amie memilih nasi putih lauk ikan keli masak lemak cili padi, sambal belacan dan sayur peria! |
Gee pun pilih ikan keli juga, dengan sayur rebung masak lemak. |
Fresh Orange |
Jus Tembikai |
Nampaknya ramai yang memilih ikan keli. Nanti sampai LD memang tak jumpa ikan keli atau ikan air tawar yang lain. |
Boleh tarik nafas lega. Hanya tinggal satu lagi penerbangan untuk sampai ke sarang masing-msing. |
Sudah banyak kali naik kapal terbang tapi apabila sampai masa untuk self drop bagasi dan pasang tag itulah yang menjadi masalah! Jadi, kenalah saling bantu-membantu... ahaks! Kemudian kami sama-sama solat di musolla dan seterusnya menuju ke pintu masuk. Sempat menyimpang ke pintu sebelah untuk beli kek pisang dan kemudian patah balik ke pintu masuk sebenar pesawat yang akan kami naiki.
Begitu dan begini, sampailah di Lapangan Terbang Tawau. Van yang kami sewa sudah sedia menanti. Dalam perjalanan pulan ke LD, singgah di masjid di Kunak untuk tunaikan solat jamak. Pukul 11:35 malam, Encik Suami hantar video Firdaus sedang duduk di tepi pagar menunggu kepulangan kita. Ya Allah... hibanya rasa hati!
Firdaus sedang menunggu kepulangan kita. Tepat pukul 12:00 malam van sampai di depan rumah! Tak sabar-sabar Firdaus hendak peluk kita, sambil bergenang air matanya!
Seperti biasa, kita kena tunjuk wajah gembira dan ceria, sebab Encik Suami tak mahu dengar perkataan kita penatlah, sakitlah dan yang sewaktu dengannya. Kalau penat, kata Encik Suami lain kali jangan jalan-jalan lagi. Ayoyoyooooo!
13 comments
Alhamdulillah
BalasPadamJauh perjalanan luas perbelanjaan
Alhamdulillah. Selamat pergi dan selamat kembali.
PadamSadis sungguh ayat encik majid. Dah le travel tu minat amie. Tapi sain pulak tenguk daus. alolo rindu kat amie le tu
BalasPadamHahahaa... dia tak minat travel dan lasak-lasak macam kami. Yang penting, diizinkan hehehee. Itulah, Firdaus sudah faham kalau ditinggal. Memang rindu sangat tu.
Padamkoteau tu nmpk sgt sedapp
BalasPadamMemang sedap. Tambah sedap sebab seco'et hihihiii.
PadamAlhamdulillah. Dah selamat pulang
BalasPadamAlhamdulillah. Boleh atur rancangan untuk terbang lagi.
Padamrindu Daus pd maknya...travel mmg letih, tapi pengalaman tu yg mahal..
BalasPadamBetul. Sungguh meletihkan, tapi tambah manis setelah semuanya jadi kenangan.
PadamJauuuuh juga ya ke tempat akak dari KL. Tapi memang pulau Kalimantan itu jauh sangat. Dari jakarta pun lumayan juga lamanya 😄.
BalasPadamItulah kenapa sampai skr saya blm kesana lagi. Selain jauh, tiketnya juga mahal.hrs cari waktu yg pas
Memang jauh Fanny.
PadamKalau travel, terpaksa terbang dahulu ke Kuala Lumpur. Boleh terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, dan sambung ke Kuala Lumpur tapi biayanya tinggi. Jadi kami pilih samada dari Tawau atau Sandakan.
Walaupun halangannya disebabkan jarak yang jauh, namuan kerana suka travel, diusahakan juga agar rajin menabung untuk memenuhi impian.
Baguslah sekarang dah ada flight direct dari KK ke Jakarta, tak perlu transit dah ke KLIA.
BalasPadamMasing2 macam balas dendam je makan masakan Malaysia bila dah sampai. Tapi best kan.. kita melancong dapat merasa masakan negara lain pula.