Sambal Tomato
8:18 PTGDahulu buah keras banyak digunakan dalam masakan orang kampung kami. Namun begitu, lama-kelamaan penggunaannya semakin berkurangan. Entah mengapa, Amie pun tidak tahu. Begitu juga dengan penggunaan pelbagai rempah dalam masakan 'semur' ayam atau semur ikan. Semur ialah masakan berkicap. Orang sekarang panggil masak kicap sahaja. Dahulu bagi kami masakan semur itu sangatlah sedap terutama semur ayam yang dihidangkan sewaktu hari raya. Memang agak bezalah juga cara masakan semur orang dulu-dulu dengan masakan semur orang sekarang.
Eh! Cerita bulu kening pulak dah!
Buah keras juga boleh dtambah sebagai salah satu bahan masakan rendang, kari, masak merah, sambal dan sebagainya. Dengar ceritanya, masakan akan menjadi lebih lemak.
Kenapa Amie tambahkan buah keras dalam Sambal Tomato? Selain rasanya yang lebih lemak, buah keras juga berfungsi mempercepatkan masakan sambal dengan cara memekatkan masakan! Memang cepatlah sambal menjadi pekat kalau Amie bubuh buah keras.
Wokey! Adakah Amie sudah menjawab soalan rakan-rakan?
Sebenarnya Amie pun tak tahu sangat segala fungsi dan manfaat buah keras dalam masakan. Tidak ada rasa atau bau tertentu yang dapat diterangkan apabila ada buah keras dalam masakan.
Sambal Tomato |
- 3/4 cawan minyak
- 3/4 cawan gula Melaka parut
- 2 keping asam gelugur
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 200 gram cili padi
- 600 gram tomato - potong dadu
- 7 biji buah keras
- 10 gram belacan
- 7 ulas bawang putih
- 10 biji bawang merah
- 2 labu bawang besar
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit aroma.
- Masukkan gula Melaka parut dan asam gelugur.
- Biarkan masak sehingga mendidih seketika.
- Perlahankan api dapur, dan kacau sekali-sekala supaya tidak hangus di bahagian bawahnya.
- Setelah bahan tumisan terbit minyak, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Bonda suka makan sambal tomato hasil air tangan kita.
Doakan semoga satu hari nanti kita dapat balik kampung.
18 comments
Oh ada letak buah keras dalam sambal tomato.
BalasPadamTahu kalau buat asam pedas letak juga buah keras untuk pekatkan kuah.
Sangat menyelerakan, sambal pekat memang sedap tambahan bertomato. Keliru juga buah keras dengan biji buah pala..
BalasPadamsedapppnya
BalasPadamblh ikut resepi Amie nanti
Ada org yg jual nasi lemak kt sini letak buah keras dlm sambal ikan bilis
BalasPadamSelain untuk masakan, buah keras digunakan untuk melebatkan rambut
BalasPadamnampak sedap , buah tomato peganti kepada asam jawa
BalasPadamSubahanallah..cukup sempurna..
BalasPadamsedap ni amie. nanti nak try resepi ni
BalasPadamBoleh try nanti bila buat sambal tomato bubuh buah keras.. Biasanya letak dalam sambal kacang je untuk bagi lemak.
BalasPadamsedapnya nampak.. yum yum!
BalasPadamsedapnya kak, tengok bahan-bahan dan rupa pun dah tahu mesti sedap...
BalasPadamDulu-dulu punya resipi sambal tumis harus ada buah keras sebagai bahan gilingan bersama sambal.Saya masih ingat dalam subject SRT,sambal tumis memang kena guna buah keras.Cikgu SRT beli whole cendle nut...Jenuh kami bungkus dengan kain & ketuk dengan lesung batu nak ambil isinya.Kulitnya keras macam batu.Patutlah dinamakan buah keras🤣
BalasPadamammi sentiasa ada je stok buat keras kat dapur..
BalasPadambab buah keras utk hitamkan kening..ye mungkin betul. sbb arwah mama memang ikut petua nenek ammi dan alhamdulillah..kening kami adik beradik elok terletak. cantik takyah nak trim bagai
belum pernah cuba tambah buah keras dalam masakan. smabal tomato ni memang bintang popular kat blog kak Amie kan. hehe
BalasPadamkalau buah keras tu boleh melebatkan kening dan rambut bak kata wak warisan petani, mungkin bole gunakan untuk melebatkan jambang... teringin nak jambang yg lebat, baru nampak kacak dan tampan
BalasPadamOhhhh,sedap ye kak kalau letak buah keras dalam sambal...erm..menarik ni..boleh cuba
BalasPadamOhh macam tu fungsi buah keras ni ye. Untuk pekatkan sambal. Macam spesis kekacang sebab berlemak seperti kata kak Amie. Tak tahu pulak petua lebatkan kening guna minyak buah keras. Buah keras ni tak pernah ada kat dapur saya Kak Amie. Tak tahu nak masak apa campur buah keras. Nanti bolehlah beli dan cuba masukkan dalam masakan yang sesuai. Terima kasih share kak Amie :)
BalasPadamDah byk kali nmpk sambal akk ni. Tp bla dapat tomato x penah nk igt buat sambal ni hehehe
BalasPadam