Berkenalan dengan Ikan Basung @ Ikan Selayang

7:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom tambah ilmu tentang hidupan akuatik terutamanya ikan di laut pantai timur Sabah khususnya di Lahad Datu. Kali ini Amie kongsikan ikan basung. Ikan basung ini sebenarnya ada beberapa jenis. Seorang peniaga ikan di Pasar Ikan LD pernah beritahu Amie bahawa ikan basung ekor hitam lebih sedap berbanding ikan basung ekor putih. Sebenarnya Amie pun tidak tahu perbezaan rasa di antara keduanya kalau peniaga tersebut tidak beritahu!

Bagaimanapun, Amie tahu bahawa ikan basung ekor merah memang sedap! Lagilah kalau dapat saiz agak besar dan digoreng lembik-lembik maka terbitlah rasanya yang lemak dan terasalah manis segarnya. Namun begitu, kewujudan ikan basung ekor merah agak jarang ada di pasar. Kalau kami terjumpa, memang tidak akan lepaskan peluang untuk membelinya.

Ikan Basung Ekor Merah

Terlebih dahulu mari kita cerita sedikit tentang  keluarga ikan basung ini. Badannya bersisik halus, bentuknya memanjang, langsing dan isinya padat. Nama lain bagi ikan ini ialah:
  • Ikan Selayang / Ikan Selayang Mata Besar
  • Ikan Sardin
  • Ikan Curut
  • Ikan Tumoh
  • Ikan Selayang Lampai
  • Ikan Layang Benggol
  • Ikan Layang Jepang
  • Ikan Korok
  • Indian Scad
  • Mackerel Scad
Rujukan : Talk About Fish

Kadang-kadang dalam longgokan ikan basung yang dijual di Pasar LD sama ada ikan basung ekor putih, ekor hitam atau ekor merah terdapat bentuk yang berbeza. Misalnya ada yang bentuk bulat panjang, ada yang agak pipih sedikit dan matanya pula ada yang kecil dan mata besar. Pakar ikan tentu tahu ada nama yang membezakannya tetapi Amie tidak arif tentang itu.

Misalnya dalam sekilogram ikan basung ekor merah yang kami beli, apabila sampai di rumah nampaklah perbezaannya seperti gambar di bawah.

Ikan Basung Ekor Merah : Ada yang bermata besar, dan ada yang bermata saiz biasa dan bentuk badannya bulat memanjang.

Ikan Basung Ekor Merah dengan bentuk badannya yang agak pipih.

Ini pula terselit seekor ikan basung ekor putih.


Gambar atas dan bawah : Ikan Basung


Ikan Basung Ekor Merah Mata Besar 

Biasanya penduduk tempatan akan goreng garing ikan basung dan dihidangkan dengan sambal kicap. Selain itu, untuk mengekalkan kesegaran dan keenakan ikan basung, biasanya mereka akan masak ampap. Ada juga peniaga yang membuat sambal ikan basung sebagai lauk nasi kuning.

Hari ini Amie goreng Ikan Basung Ekor Merah!

Set Nasi Ikan Basung

Ikan basung bukan hanya boleh dinikmati dari dapur sendiri tetapi sudah terkenal sebagai satu set hidangan di restoran di LD. Istimewanya, ikan ini akan digoreng apabila pelanggan membuat pesanan. Jadi, dapatlah menikmati keenakannya dijamah bersama nasi ketika masih panas. Ditambah pula dengan pencecahnya yang terdiri dari cili padi, sambal tomato, hirisan mangga muda serta ulam-ulaman seperti latok.


Biasanya ikan basung @ selayang goreng yang dihidangkan di restoran ialah ikan basung jenis ekor hitam atau ekor putih dan dalam satu set hidangan diletakkan lima ekor. Puaslah meratah!

8 comments

  1. Ammi biasa panggil ikan sardin. Tak perasan pulak warna ekornya yg pasti bukan merah.

    Kalau beli suka buat masa balado atau sambal

    BalasPadam
  2. ikan ni dapat ke sy, goreng je. pasti cicah dgn kicap + limau. ckp dah jd lauk. ada baki msk dlm nasi goreng😁

    BalasPadam
  3. PH panggil ikan sardin ...ikan selayang bagi kami ikan lain, byk sisik tapi sedap bila digoreng garing.
    Ikan basung/sardin ni favorite PH Kak Amie, tambah2 direbus dgn asam keping + garam dan esoknya digoreng garing, style orang Pantai Timur.
    Bagusnya ada set nasi ikan basung/sardin ni, nmpk special 👍

    BalasPadam
  4. PH panggil ikan sardin ...ikan selayang bagi kami ikan lain, byk sisik tapi sedap bila digoreng garing.
    Ikan basung/sardin ni favorite PH Kak Amie, tambah2 direbus dgn asam keping + garam dan esoknya digoreng garing, style orang Pantai Timur.
    Bagusnya ada set nasi ikan basung/sardin ni, nmpk special 👍

    BalasPadam
  5. saya tak berapa kenal jenis ikan kalau tak tengok label ikan tu...

    BalasPadam
  6. Thanks info, lepas ni ke kedai nak tengok jugalah ekor ikan ni kaler apa. Menarik juga nak tau.

    BalasPadam
  7. Saya tuh tak terlalu hapal nama2 ikan, tapi kalo lihat bentuknya setelah digoreng, langsung familier, ini ikan yg dulu sering dimasak mama, biasa di goreng atau balado. Tapi tuh lah, tak tahu nama memang 😅🤣

    BalasPadam
  8. ikan ni lady kenal.. satu satunya nama ikan yg ldy kenal.. :D.. kami di sini panggil ikan selayang .. mcm yg akak tulis tu namanya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe