Dia Suka Makan Kulit Ayam Goreng Rangup
8:46 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi kami singgah makan di Warung Makan Malampek di Kampung Bugis. Encik Suami memesan Bakso Special tetapi minta tambahan kulit ayam goreng rangup. Entri kali ini Amie tambahkan gambar makanan di tempat yang sama yang belum dijadikan entri. Makanannya pun lebih kurang sama saja. Kalau tak bakso, coto makassar. Kalau tak coto makassar, bakso pula. Bakso Special berharga RM8.00 tidak termasuk kulit ayam goreng. Coto Makassar campuran perut dan daging pun harganya RM8.00 semangkuk.
Kulit Ayam Goreng Rangup rasanya memang betul-betul rangup. Lemak ayam tidak menempel bersama sebab sudah dibuang.
Kulit Ayam Goreng Rangup. |
Bakso & Kulit Ayam Goreng Rangup. |
Coto Makassar & Kulit Ayam Goreng Rangup |
Ini gambar Bakso Special yang Encik Suami makan tengah hari tadi.
Coto Makassar |
Kita minta Coto Makassar Special yang ada perut dan daging. Sekali sampai di meja, Coto Makassar isi daging dan ayam carik. Mana perutnya? Encik Suami panggil pekerja warung dan tanya: Mana perutnya? Jawab pekerja warung : Tidak ada perut. Yang ada hanya ayam.
Makan sajalah. Dalam katalog tidak pula ditulis daging dan ayam! yang ditulis daging dan perut.
Tambahkan buras dalam Coto Makassar. |
Perahkan limau kasturi dan tuangkan sambal lada sebagai penambah rasa. |
Sambal Lada |
Ini pula gambar bbeberapa minggu lepas semasa kita makan bakso di sini. Encik Suami minta Kulit Ayam Goreng Rangup. |
Kita pula makan bakso biasa dan sekeping roti canai. |
Jadinya, kita makan dua menu : Bakso dan roti canai dan minta sedikit Kulit Ayam Goreng Rangup dari mangkuk Encik Suami. |
15 comments
Aghhhhh Coto makasar dan buras memang pasangan paling klop kak Amie 😍😍. Saya pun kalo ke restoran Makasar, pesen Coto pasti pakai buras. Tak nak pakai nasi 🤣. Orang Makasar asli pun makannya dengan buras.
BalasPadamBuras wangi dengan aroma daun pisang. Seperti lontong juga kan.
PadamWow ini sih favorit Mbul semua...palagi kalau dimaem bareng buras...buras bentuknya kok rapi ya kak...kalau tempat mbul mirip arem arem...ga kotak rapi begini. Dan itu soto favorit banget Mbul biasa maem sama emping dan jeruk limo dikit supaya segar..Kerupuk kulit jangan imditanya itu mah favorit Mbul banget kak
BalasPadamBarangkali lain daerah lain bentuk burasnya ye Mbul. Maklumlah lain padang lain belalangnya.
PadamKita gang kerupuk kulit yah.
Bilalah nak dapat makn Coto Makasar dan buras tu.
BalasPadamTengok pun amat menyelerakan sekali.
Memang tak pernah ye di sana?
PadamBenar² kipas susah mati bakso.
BalasPadamHeheheee....
PadamSedapnya tengok bakso special tu. Ada kulit ayam rangup pulak tu. Nikmat! :D
BalasPadamSedap kuah supnya tu Nur.
Padamudah, terliur pulak kita nengoknya kak oi
BalasPadamMari sini Dana, makan sama.
PadamCoto tu macam soto ke rasanya kak?
BalasPadambiasa yg byk kolestrol tu kak memang sedapppp sy pun suka juga😁😁
BalasPadamSedap bila dimakan soto sama kulit ayam rangup itu.. Tapi kalau sy biarkan dilir supaya bila makan masih rangup gitu :D
BalasPadam