Ikan Senangin Lemak Tempoyak

9:25 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita nak kongsikan resipi masakan hari ini yang sangat mudah dan ringkas iaitu Ikan Senangin Lemak Tempoyak. Yang dikatakan mudah sebab tak bubuh bawang putih atau bawang merah seperti masakan Negeri Sembilan, dan satu lagi gunakan santan kotak sahaja. Hasilnya, kuah nampak mulus suci bersih tanpa gangguan perencah. Cilinya pula dibiarkan sebiji-sebiji. Jadi tiada rasa pedas sebab Encik Suami kurang gemar masakan yang pedas, dan kalau ketika makan bolehlah picit-picit cili padi tadi dalam pinggan nasi.

Ikan Senangin Lemak Tempoyak


Resipi Ikan Senangin Lemak Tempoyak
Bahan-bahan:
  • 2 kepingan ikan senangin seberat 450 gram 
  • 120 gram santan kotak
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • 1 keping asam gelugur
  • 10 tangkai cili padi
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk.
  2. Masukkan tempoyak, serai, cili padi, serbuk kunyit, ikan senangin dan asam keping.
  3. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Tuangkan santan kotak.
  5. Perasakan dengan garam / gula  / perasa pilihan.
  6. Masukkan daun kunyit dan kacau sekali-sekala sehingga daun kunyit layu dan terbit baunya.
  7. Keluarkan asam gelugur.
  8. Padamkan api dapur.
Ikan Senangin Lemak Tempoyak

23 comments

  1. Ikan senangin tu dah ok…tp sy x berkawan dengan tempoyak

    BalasPadam
  2. Wahhh.. simple sangat cara memasaknya tapi nak kena ada tempoyak.

    BalasPadam
  3. Sedap nya Kak Amie masak. Terasa2 je kat tekak ni. Sebab kami memang suka makan tempoyak.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Besar saiznya Dana. Kak Amie beli yang sudah dipotong-potong.

      Padam
  5. Tak pernah cuba lagi ikan senangin dengan tempoyak... sayang pulak nak pairkan senangin dengan tempoyak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... masakan paling mudah ni, main campak-campak saja.

      Padam
  6. sedapnya aii masak tempoyak
    ciknur byk lg tempoyak hari tu blh la nk masak ni he hee terliur tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap! Lagilah kalau masak sekali-sekala.

      Padam
  7. Pasti ikan senangin tu besar bila dapat potongan begitu.

    BalasPadam
  8. Adui sedapnya kaka. Ni lauk bahaya. Menambah kang ada lauk gini

    BalasPadam
  9. Kalo pakai tempoyak, dan saya bayangkan tempoyaknya sama dengan tempoyak sumatera, berarti saya pasti suka menu ikan iniii 😄😍❤️. Mama dulu sukaaa banget bikin Gulai udang tempoyak kak Amie. Wangii kan jadinya kalo pakai tempoyak durian ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan di Sumatera itu tidak jauh bezanya dengan masakan di Malaya terutamanya di Negeri Sembilan.
      Gulai udang tempoyak memang enak banget tu.

      Padam
  10. Tempoyak nih ada durian ya kak amie, dulu kawan seasramanya mbul orang riau sering ceritakan kelezatan tempoyak dengan lauk padanannya. Resep kak amie mbul cuba kapan kapan ah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya Mbul. Tempoyak diperbuat dari isi durian.

      Padam
  11. tambah belimbing buluh ni kak fuhhhhh memang terangkatttt 3 pinggan nasi pun x sedar😁

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe