Makan Mi Segera di Lampung
8:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kami sambung perjalanan dari Rest Area KM116B Lampung yang memakan masa lebih kurang selama tiga jam untuk dan tiba di Rumah Makan Si Junjung Jaya pada pukul 9:15 malam. Dan entah untuk kali yang ke berapa, Pak Herman tetap juga memilih rumah makan Minang untuk menjamu selera.
Malam itu, dalam keadaan letih dilambung ombak daratan sepanjang jalan, selera untuk makan mula tumpul. Kami sepakat tidak mahu makan nasi, dan hanya memilih untuk alas perut dengan makanan yang agak ringan. Di rumah makan ini, pilihan selain nasi Padang, hanyalah mi segera. Mi segera pun, mi segeralah!
Dan minuman pula, banyak tekak hanya menginginkan air kosong, suam-suam panas. Selain masakan Minang atau Padang, agaknya apalah makanan tradisional masyarakat Lampung!
Rumah Makan Si Junjung Jaya Masakan Minang |
Terasa nikmatnya dapat minum air kosong suam-suam panas! |
Wajah-wajah letih! |
Memang puaslah kembara kami kali ini. Jauh perjalanan, banyak pengalaman dan memang keletihan! |
Tidak lama menunggu, sampailah mi segera yang dipesan. Ada yang berkuah. Ada yang digoreng. Walaupun sudah agak lewat malam, sedap juga dapat makan mi segera.
Nampak sedap telur dadar yang masih panas ini. Barangkali telur dadar ini disebut Talua Barendo yang kami makan di Rumah Makan Pongek Or Situjuah. |
Sue memilih nasi putih makan berlaukkan ikan goreng, talua barendo dan gulai pucuk ubi. |
Hidangan terakhir sampai ialah mi segera yang berkuah.
Kenapalah rasa sedap sangat mi segera ini!
Agaknya sudah rindu dengan masakan di rumah sendiri.
Alhamdulillah. |
10 comments
Saya tertarik dengan nasi goreng bersama telur dadar. Sedapnya! :)
BalasPadamKan. Sedap kan Nur.
PadamMenggugah selera semua kak...paling suka mbul ama yang ada slice tomatonya...juga telur dadar...enak
BalasPadamBetul Mbul. Sudah agak malam, harusnya makan yang ringkas sahaja sekadar alas perut.
PadamKelewat capai kak..jadi hilang selera makan,tapi mie rebus ya menarik juga
BalasPadamYa, memang kalau keletihan boleh hilang selera makan. Rasanya hendak berehat sahaja.
PadamSaya pun heran kenapa kebanyakan dibawa ke masakan Padang trus ya Ama guidenya kak.. Krn Lampung itu banyaak punya makanan khas. Yg saya tahu ada seruit, gulai tempoyak, geguduh, gulai taboh, trus keripik buatan Lampung trutama keripik pisang, enak2 semua.
BalasPadamKalo feeling saya, guide tak ajak utk coba makanan khas, Krn takut tak sesuai lidah orang asing. Jadi dia cari aman.
Saya pribadi, tiap kali traveling kemanapun, pasti makanan khas yg saya cari.
Nampak kelihatan di wajah masing-masing tu. Macam-macam hidangan mi segera dia. Menarik dan menyelerakan!
BalasPadamSa nampak mee segera tu, alahai kenapa macam sedap sanagt ye..walau nampak kosong hanya ada sebutir telur..terliur plak SA, nak plak SA sedang craving Maggi..hahaha..x beli maggi dah 2 bulan dah..asbab boikot..
BalasPadampuas makan nasi minang/padang di Sumatera...malam2 pekena yg hangat/suam, mmg enak..
BalasPadam