Anekdot Lompat Tikam : Pudin Cocos
2:32 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Memetik tulisan ruangan Bingkisan Penerbit, Ketua Editor Bulan terbit (dahulunya SyFE Management): Warisan budaya sesuatu komuniti atau kelompok masyarakat adalah berbeza. Maksud berbeza ialah warna-warna budaya yang lazim ditemukan dalam kelompok masyarakat, termasuk rujukan nama dan cara penggunaannya. Hal berkaitan budaya diketahui amat luas pengertiannya. Ia mencakupi seni budaya makanan, pakaian, permainan dan perayaan mengikut kaum atau etnik di sesuatu tempat, daripada kaca mata pengkarya.
Terima kasih peluang yang diberi oleh pihak penerbit Bulan Terbit, edito Tuan Munsyi Mohamad Musip dan penyelenggara, Alya Nabilah Mohamad sehingga lahirnya Siri Warisan Budaya hasil nukilan 11 pengkarya di bawah judul Anekdot Lompat Tikam. Kali ini Amie menampilkan karya fokus makanan tradisional masyarakat Melayu Cocos dengan tajuk anekdot Pudin Cocos.
Anekdot Lompat Tikan |
Kebanyakan karya yang Amie hasilkan sememangnya berlatarbelakangkan budaya masyarakat Melayu Cocos. Barangkali inilah sahaja kesempatan yang ada untuk Amie memperkenalkan dan mengetengahkan budaya hidup suku kaum minoriti di negeri Sabah (Cocos) kerana Amie sentiasa ada dalam kalangan mereka. Sedikit-sebanyak Amie menghayati kehidupan mereka dan dapat mengabadikan dalam bentuk tulisan. Ada buku Siri Warisan Budaya yang diterbitkan, dan dalam kempat-empat buku tersebut memang Amie memilih latar budaya Cocos.
Sudah tentunya kenangan sewaktu hayat ibu dan bapa mentua masih ada, turut abadikan di dalam setia coretan. Anekdot Pudin Cocos membawa kisah tentang kuih tradisional masyarakat Melayu Cocos yang dipanggil pudin. Adunan kuih pudin dikukus selama 12 jam menggunakan dapur kayu. Kuih pudin hanya ditemui sewaktu sambutan hari raya sahaja.
5 comments
nampak seakan-akan kek buah juga ye kak
BalasPadamBanyaaak buku2 yg sudah kak Amie terbitkan yaa 👍🏿👍🏿❤️. Ceritanya pun bagus2 kalo lihat sepintas dari halaman yg kakak screen shot. Semoga nanti kalo saya kesana, bisa membeli buku Kakak di bookstore.
BalasPadamLamaaa kue ini dibuat ternyata 😍. 12 jam?? Saya pikir kue 8 jam khas Palembang udh paling lama, ternyata masih ada yg lebih lama lagi 😅
Tahniah kak Amie berjaya menulis anekdot lagi. Semoga terus berkarya. Ohh begitu rupa pudin cocos. Macam bingka tapi versi keras sikit nampak. Tengok tajuk lompat tikam tu macam rasa dah lama tak makan kuih tu.
BalasPadamtahniah kak!
BalasPadambtw berapa lama akak ambil masa untuk siapkan cerita ni?
Pasti istimewa pudin ni hingga menjadi salah satu kuih istimewa orang Cocos
BalasPadam