Perjalanan di Lambung Ombak Lebuh Raya - Palembang - Lampung - Banten
5:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Lebih kurang pukul dua petang, selepas menunaikan solat jamak taqdim di surau Rumah Makan Singkarak Raya 03, Kota Palembang, kami meneruskan perjalanan menuju ke Lampung. Setelah perut kenyang, rasa mengantuk pun datang menyerang! Tidak tahulah apa yang ada di kiri kanan jalan, sebab yang terasa badan bagai dilambung ombak. Sekejap tergolek ke kiri, sekejap terlambung ke kanan!
Apabila celik mata, kami sudah berada di hadapan Masjid al-Hikmah yang cantik di Rest Area KM116B, Kecamatan Bumi Ratu Nuhan, Kabupaten Lampung Tengah, Lampung.
Kami menuju ke barisan warung berhadapan masjid. Ketika ini sudah pukul 5:30 petang. Kami bercadang untuk menunaikan solat jamak taqdim maghrib dan isya di surau sebelah warung ini sahaja.
Barisan warung ini kelihatan seadanya, tetapi nampak bersih dan kemas.
Suasana di sini nampak lengang dan sunyi.
Dari jauh kelihatan pelbagai jenis minuman shachet yang bergantungan di setiap warung.
Nampak meriah dengan pelbagai warna bungkusan minuman kan! |
Ada jajanan ringan juga. |
Leka mengambil gambar minuman sachet yang bergantungan sehinggalah rasa lain macam! |
Tak perasan, ada gantungan sabun dan syampu! Aduhai.......! |
Ambil gambar lainlah, terutama di bahagian bawah dan bukannya di bahagian atas tempat segala minuman shacet dan sabun serta syampu bergantung! |
Singgah di salah sebuah warung untuk basahkan tekak. |
Kami memesan teh panas iaitu Teh Pucuk Harum. |
Ada pelbagai jenis kudapan seperti kerepek tempe, ubi kayu, rengginang dan juga rempeyek kacang tanah. |
Tak rugi cuba kerepek tempe di sini. Kita makan dua bungkus! |
Rempeyek kacang tanah pun sedap! |
Pak Herman sempat makan mi goreng. |
Terima kasih Hajah kerana belanja kami roti pisang coklat. |
Selepas solat jamak taqdim maghrib dan isya, kami meninggalkan Rest Area KM116B Lampung menuju ke Banten. Gelap gelita di kiri dan kanan jalan. Dan apalagi yang boleh kami lakukan selain melayan mata mencari mimpi! Untuk kesekian kalinya, badan terus terlambung-lambung di dalam van. Entah lopak atau jalan berlubang yang Pak Rajaab langgar. Tidaklah dapat kami bayangkan kerana kami dimaklumkan sepanjang perjalanan dari Palembang - Lampung - Banten, kami berada di atas lebuh raya!
Baca semula catatan perjalanan yang Amie tulis dalam ruangan nota di HP:
- Perjalanan mengambil masa selama enam jam dari Palembang ke Lampung.
- Isi minyak kenderaan tidak boleh lebih 150 ribu rupiah / kalau tak silap diisi disetiap tol (maaf kalau silap info)
- Bayaran tol 410 ribu rupiah.
- Bayaran tol pertama ketika masuk lebuh raya / highway hanya diterima 100 ribu rupiah dan di perhentian seterusnya baru diterima baki 310 ribu rupiah.
Menurut Pak Herman dan Pak Rajaab, arahan tersebut mesti dipatuhi supaya apabila kenderaan berhenti di RnR, mereka boleh membeli makanan dan minuman untuk tujuan menyokong perniagaan penduduk setempat. Ini merupakan arahan kerajaanb supaya RnR hidup.
9 comments
Wah Kak Amie menunya mantab...mbul suka chiki ball keju makanan ringan waktu mbul skolah dulu. dan itu mie pake cesin nikmat tiada terkira
BalasPadamYang ada keju memang sedap kan Mbul.
PadamWah kak Amie ternyata nyebrang dari Lampung ke Banten ,mau ke Jakarta ya?..saya di Bandar Lampung nya, tapi memang kendaraan kak Amie tak lewat sana 😀
BalasPadamYa, perjalanan kami terus ke Banten untuk naik feri ke Jakarta dan tidak singgah di Bandar Lampung.
PadamTeh Pucuk Harum tu rasa seperti teh kita kat sini ke?
BalasPadamEh saya baru tahu aturan itu kak 🤣🤣🤣. Serius isi minyak kendaraan ga boleh lebih dr 150k?? 😅. Tapi memang saya tak pernah ke sumatera naik mobil. Selalunya pesawat. Ada planning nak kesana THN depan tapi ntahlah suami bisa atau tak
BalasPadamTerkejut tengok gambar pertama. Ingatkan bergambar atas pintu gerbang tu.
BalasPadamMesti harum bau tehnya. pasti sedap kerepek tempe tu sampai 2 bungkus masuk perut. hihi...
Wah..masa bila Kak Amie pergi Jakarta ni..tengok secawan teh panas tu rasa macam nak minum teh o pulak pagi ni
BalasPadamteh o di seberang mmg sedap..harum baunya, enak rasanya....jauhnya perjalanan..6 jam ikut highway...
BalasPadam