Orang-orang tua kata, yang pahit itulah ubat. Memandangkan rasa diri sudah mulai tua, kita pun makanlah yang pahit-pahit.... ahaks! Gurau saja! Kebetulan ada lebihan pucuk betik dengan bunga sekali di dapur, hari ini Amie masak lodeh cara mak mentua.Sayur Lodeh Pucuk & Bunga PetikInilah pucuk dan bunga betik yang Amie olah menjadi sayur lodeh gaya masakan orang Cocos. Biasanya pucuk betik dicampur dengan...
Kelmarin sempat meraikan seadanya ulang tahun gang jalan-jalan, si Nano. Nano pilih sendiri temat makan kami di The Keju Cafe, milik kawan kami yang sudah bersara tahun lepas. Walaupun namanya 'keju' tapi ada juga menu kampung-kampung untuk memenuhi selera orang macam kami.Sejambak bunga & coklat untuk Nano. Muka-muka kaki jalan yang terikat kakinya selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.Selamat uang tahun buat Nano.Amie mengembara...
Bismillahirrahmanirrahim.Pagi-pagi lagi sudah melawat taragon @ tarragon yang dibawa pulang dari Kundasang tiga minggu lepas. Bersama tarragon, kita bawa pulang juga pokok rosemary dan pokok selasih thai. Sayangnya rosemary umurnya tak panjang. Seperti biasa, rosemary mati sebagaimana riwayat hidup rosemary-rosemary sebelum ini. Selasih thai pula nampak hidup segan mati tak mahu. Jadi, kita harap tarragon dapat hidup subur.Tarragon ialah sejenis herba wajib dalam...
Mama Win Cafe yang terletak di Bandar Sri Perdana merupakan salah sebuah tempat makan kegemaran kami. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami makan di sana. Banyak hidangan yang sedap ada di sini. Amie memang sudah jatuh cinta dengan menu Laksa Nyonya Seafood. Walau ribut melanda, tetap juga hendak makan Laksa Nyonya Seafood kalau sudah sampai ke sini!Petang tadi Amie pesan makanan dari Mama...
Tahun lepas, banyak jugalah Amie menyertai projek penulisan swaterbit beberapa buat syarikat penerbitan. Tidak sia-sia korbankan banyak waktu mengikuti seminar dan bimbingan penulisan yang dianjurkan oleh penerbit. Oleh kerana disiplin diri yang tidak berapa cemerlang dalam mematuhi etika masa, jadi biasanya sudah sampai waktunya masih terkial-kial mengedit karya sendiri. Editor kami orangnya sangat tegas dan sangat teliti terutama sekali dalam bab tata bahasa!...
Jumpa lagi.Kali ini Amie nak cerita tentang bunga betik atau dalam bahasa sebelah Encik Suami disebut kembang kates. Boleh bayangkan tak rasa bunga betik? Sebelum kahwin dengan Encik Suami Amie tak pernah makan sayur bunga petik. Suatu hari mak mentua masak sayur lodeh (masakan lodeh versi Cocos), pucuk ubi, jantung pisang dan pucuk betik serta bunga betik. Kita cuba makan dan rasanya memang...