Nasi Dagang & The Gang

6:57 PTG

Assalamualaikum.
Hari ini cuaca di LD mendung dari sejak tengahari. Sebelah petangnya hujan. Jadi, reduplah suasana petang di sini, nampak gelap malap sampai ke petang. Kita duduk di dapur masak Nasi Dagang & The Gang sendiri tanpa teman. Sesekali Firdaus menjenguk ke dapur, minta potongkan buah tembikai. Kemudian datang lagi minta roti telur. Akhir sekali muncul di tingkap dapur minta air untuk siram pokok bawangnya.
Nasi dagang bukanlah menu baru di LD. Selalunya Amie tempah melalui rakan sekerja yang memiliki restoran makanan Kelantan. Jualan utamanya ialah nasi kerabu, tetapi pada hari-hari tertentu diselang-seli dengan nasi dagang juga. Kalau bulan puasa, di setiap bazar Ramadhan memang ada peniaga nasi kerabu, nasi dagang dan nasi kukus ayam berempah. Jadi, kalau teringin menikmati hidangan pantai timur Malaya memang boleh saja berkunjung ke mana-mana gerai atau bazar atau juga ke pasar tani. Bukan setakat nasi kerabu dan nasi dagang, pelbagai kuih muih dari negeri yang sama juga ada seperti kuih cara, kuih akok dan sebagainya.
Cerita tentang nasi dagang ini sebenarnya Amie dan kawan-kawan sudah mempunyai rancangan untuk jalan-jalan cari makan di Terengganu pada musim cuti sekolah minggu lalu. Segala persiapan sudah di atur. Kami bercadang untuk terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 18 Mac 2020 dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada 20 Mac 2020, seterusnya terbang ke Tawau pada 21 Mac 2020. Kawan kami di Kuala Terengganu sudah bersiap sedia membawa kami ke mana sahaja kami ingin pergi. Homestay untuk penginapan 2 malam juga sudah ditempah. Kami pun sudah pastinya membayangkan akan dapat menikmati makanan yang enak-enak di Terengganu, termasuklah nasi dagang!
Namun segalanya hanya tinggal perancangan.
Kami tidak dapat meneruskan penerbangan ke Kuala Terengganu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (kini dipanjangkan lagi sehingga 14 April 2020). Malam itu juga kami terpaksa membeli tiket penerbangan baru dari Kuala Lumpur ke Tawau. Kami cuba meminta tukar tarikh 21 Mac 2020 ke tarikh 18 Mac 2020 tetapi pihak Air Asia mengenakan tambahan sebanyak RM750 seorang! Nak beli tiket baru Air Asia pula, harganya sudah mencecah RM960++ belum termasuk bagasi. Setelah bertenang seketika, akhirnya Amie minta Farid mencari tiket lain, iaitu MAS. Alhamdulillah. Tiket MAS lebih murah berbanding Air Asia. Memandangkan ada promosi bussines class, Farid cadangkan kami beli tiket tersebut kerana beza dengan economy class hanya RM20 sahaja. Kami memilih bussines class memandangkan berat bagasi sehingga 40 kg, berbanding economy class yang memerlukan kami menambah harga untuk bagasi kami. Pertama kali kami naik bussiness class dengan harga RM658.50 sen. Dan pertama kali jugalah menjadi tetamu kehormat di Golden Lounge sebelum berlepas menaiki pesawat.
Tiket penerbangan ke Kuala Terengganu pergi balik, dan dari Kuala Lumpur ke Tawau nampaknya hilang begitu sahaja. Sehingga hari ini tidak ada respon dari pihak Air Asia. Kami pun memahaminya dan menerima hakikat, memandangkan kemelut Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini. Apa yang penting kami dapat kembali ke LD dengan selamat.
Maka... hilanglah angan-angan untuk makan nasi dagang di Kuala Terengganu!

Entah mimpi apa, tiba-tiba hari ini bersemangat menyediakan hidangan nasi dagang! Resepi nasi dagang ini Amie simpan kemas-kemas kerana ia adalah perkongsian dari dua orang rakan sekerja Amie yang sudah kembali ke Kelantan dan Terengganu. Untuk resepi yang dikongsikan itu, bolehlah klik di sini: Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol.

Selain gulai ikan tongkol, Amie tambahkan lauk gulai udang, telur rebus dan sambal kelapa. Ikan tongkol yang Amie gunakan bersaiz kecil. Dalam keadaan sekarang, tidak boleh memilih sangat. Tak dapat ikan tongkol saiz besar, dapat yang saiz kecil pun boleh juga. Syukurlah masih ada pembekal ikan di LD walaupun tidak banyak pilihan.


Mula-mula Amie sediakan sambal kelapa. Sudahlah hari hujan, Amie sangai kelapa pula. Semerbaklah bau kelapa sangai di seluruh dapur! Sedap betul baunya. Tak sabar nak segera siapkan Nasi Dagang & he Gang! Amie gunakan 1/2 biji kelapa parut dan 4 ekor ikan kembung rebus. 

Bahan-bahan:
1/2 biji kelapa parut
4 ekor ikan kembung  - rebus dengan asam sekeping asam gelugor - ambil isi ikan sahaja

Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
2 batang serai - hiris halus
1 cm halia
1/2 sudu kecil lada hitam
garam dan gula melaka parut secukup rasa

Cara:
1. Sangai kelapa parut hingga kekuningan. Terus masukkan dalam lesung, dan tumbuk tapi jangan terlalu hancur.
2. Tumbuk isi ikan hingga lumat.
3. Dalam sebuah bekas, campurkan kesemua bahan dan gaul rata.

Sekarang kita lihat pula Gulai Ikan Tongkol. OLeh kerana ikan tongkol yang Amie gunakan ini bersaiz kecil, jadi Amie potong menjadi dua sahaja.

Bahan A:
1/2 kilogram ikan tongkol saiz kecil - bersihkan dan potong 2
2 keping asam gelugur
1/2 biji timun - buang biji - hiris 1cm tebal
gula melaka dan garam secukup rasa

Bahan B:
700 ml santan
2 keping asam gelugor
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu  makan gula melaka
garam secukupnya
4 sudu besar minyak

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering 
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Rebus bahan A hingga masak dan toskan airnya.
2. Gunakan air rebusan ikan untuk memerah santan kelapa.
3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar hingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan  timun dan asam gelugur.
6. Seterusnya masukkan ikan tongkol, garam dan gula melaka.
7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.

Sekarang kita lihat pula Gulai Udang. 

Bahan-bahan:
500 gram udang basah - bersihkan
600 ml santan segar - kisar dari 1/2 biji kelapa
2 biji tomato - belah 4
1 keping asam gelugor 
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah 
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas

Cara memasak:
1. Satukan santan, bahan kisar, dan asam gelugor ke dalam periuk.
2. Masak dengan api kecil, dan sentiasa kacau kuah hingga mula mendidih.
3. Masukkan udang dan tomato.
4. Setelah udang berubah warna, masukkan garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau lagi selama 1 minit dan kemudian padamkan api dapur.

Untuk acar pula, tak perlulah Amie tuliskan resepi...ahaks! Acar kali ini , selain mentimun dan lobak merahm Amie tambah hirisan sebiji epal hijau.

Bahan-bahan untuk nasi dagang pula seperti di bawah ini.

3 cawan beras wangi 
1 cawan beras perang
500ml santan pekat
5 biji bawang merah - hiris nipis
3 cm halia - hiris halus
1 sudu besar halba
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula melaka

Cara:
1. Rendam beras wangi dan beras perang selama 8 jam.
2. Toskan kedua-dua beras dan campurkan.
3. Kukus selama 20 minit.
4. Masukkan halba, bawang merah dan halia. Gaul rata. Tutup kembali periuk pengukus.
5. Campurkan gula melaka dan garam ke dalam santan.
6. Buka kembali tutup pengukus dan renjiskan santan pekat ke atas nasi. Gaul hingga sebati.
7. Kukus semula selama 10 minit.
8. Sedia dihidangkan bersama gulai ikan tongkolatau gulai udang, telur rebus, sambal kelapa dan acar mentah.

Sekian.
Perkongsian resepi untuk petang ini.
Jumpa lagi.

5 comments

  1. Zamang dulu masa duduk Tengganu, selalulah ngadap nasi dagang ni.

    BalasPadam
  2. Sedapnya nasi Dagang. Biasa beli je kat pasar malam. sekarang pasar malam pun xbukak. kena buat sendiri lah nampaknya.

    BalasPadam
  3. Warisan Petani,
    ya... dulu pernah ikut rombongan sekolah ke Terengganu, sarapan pagi makan nasi dagang, sebungkus harga 50 sen. Kenyang sampai tengahari.

    Azhafizah,
    kan... memang tak ada dah pasar malam dalam tempoh PKP ni.

    Dana,
    jempur Dana.

    BalasPadam
  4. nasi dagang ni kalo time raya kt klate mmg wajib ada...rindu nasi dagang mak masak...nasibaik pernah juga masak tp guna noxxa la..cpt masak..kalo yg manual tk pernah try sbb nk kena kukus byk kali

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe