Assalamualaikum. Alhamdulillah, dengan izin-Nya petang ini Amie dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan maya yang disayangi. Terlebih dahulu Amie ingin ucapkan jutaan terima kasih dan rasa terharu di atas kehadiran rakan-rakan blogger ke dapur Amie yang agak lama juga tidak berasap. Terima kasih atas doa sepanjang ketiadaan Amie. Terima kasih mendoakan Amie cepat sembuh, terima kasih yang tak terhingga! Hanya Allah yang mampu membalas...
Tahun 2020 walaupun penuh cerita Covid-19, namun dalam tempoh itu jugalah rancak menyiapkan entri sehingga mencecah angka 500! Dalam rancak-rancak menulis tiba-tiba diduga dengan keadaan kurang sihat. Rasa rindu ingin menulis walaupun baru beberapa hari tinggalkan dunia maya. Rasa kurang sihat itu hadir ketika sedang membantu menyiapkan tugasan Firdaus untuk menyiapkan dokoh pada hari Rabu lepas. Seminggu sebelumnya guru mata pelajaran Pendidikan Seni...
Agak lama juga tidak kongsi Menu Sarapan Pagi DSSS. Gambar dalam folder pun halus-halus. Mata tak berapa terang untuk memilih. Dapatlah 18 menu untuk paparan. Nanti kalau rajin boleh kongsikan menu yang masih duduk menunggu di dalam folder.Seperti sebelumnya, masih lagi amalkan DSSS dengan rasa gembira kerana tidak terkongkong dengan hanya mengambil hidangan yang sama setiap hari. Yang penting suku karbohidrat, suku protein...
Entri sebelum tidur. Kita cerita tentang rempeyek, kudapan tradisi masyarakat Jawa yang selalu ditemui ketika hari raya. Di sesetengah daerah, rempeyek juga dibubuh dalam nasi ambeng. Amie sudah berpuluh tahun tidak mengikuti perkembangan majlis kenduri kahwin orang kampung, tetapi seingat Amie dulu ada hidangan kuih-muih tradisi selepas makan hidangan utama, iaitu nasi minyak dan lauk-pauk. Tidak ketinggalan, hidangan rempeyek, kerepek dan keropok, lengkong...
Seboleh-bolehnya hari ini nak masak seringkas mungkin sebab nak gunakan sebahagian hari untuk selesaikan tugas hakiki. Pagi tadi memang tak masuk dapur. Alas perut seadanya sahaja. Ketika sedang berBDR, teringat nasi goreng KFC yang sudah lama viral di Jepun, dan kemudian merebak ke negara-negara sekitar Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Malaysia. Pernah nampak resipi ini di dapur Dana: NORHIDANA dan baru-baru ini jumpa ladi di...