Assalamualaikum. Tak dapat cerita panjang sebab sakit gusi.... aduhai! Bengkak pipi den! Terus kepada isi cerita, Sotong Tumis Sambal Belacan. Encik Suami dan anak-anak kata sedap, maka jadilah tajuk resepi Sotong Tumis Sambal Belacan Yang Sedap! Bahan-bahan: 600 gram sotong - bersihkan - buang mulut dan mata - potong ikut suka - cuci dan toskan - perap seketika dengan 1/2 sudu kecil garam...
Setiap kali pulang kerja, terpandang jagung segar bergantungan di gerai tepi jalan. Selalu berangan untuk membelinya, dan masak bubur jagung. Akhirnya terlaksana juga hasrat tersebut. Selain jagung, ada juga keledek, ubi, cili, labu, terung dan sebagainya. Amie beli 5 batang jagung manis yang sudah dibuang kulit dengan harga RM5. Seperti biasa, kalau kita sedang masak sesuatu di dapur, anak-anak akan menyerbu bila terhidu...
Salam sejahtera buat semua. Jumpa lagi kali ini dengan paparan resepi Ayam Masak Asam Pedas Tempoyak. Beberapa hari tidak masak di dapur dan lebih seminggu tidak memegang kamera, rasa agak kekok juga...hiks! Alhamdulillah, dua anak bujang Fairuz dan Fuad sudah boleh diharap untuk menyediakan hidangan makan kami sekeluarga. Secara tidak langsung, berkuranganlah pula perkongsian resepi di dapur maya ini. Apa pun, Fuad hanya...
Bertemu lagi, sembang-sembang di dapur maya. Walaupun DSLR Nikon tidak dapat dikesan, hilang tanpa jejak bersama kad memorinya sekali, namun sempat Amie pindahkan gambar-gambar ke dalam folder. Pedih rasa hati sebenarnya masih bertakung di jiwa walaupun sudah dapat pengganti baru. Jom kita lihat gambar kenangan sewaktu kami bercuti bersama keluarga di Kundasang Disember 2018. Firdaus asyik sebut nak tengok lembu! Akhirnya kami pun...
Assalamualaikum semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen yang disayangi. Harap semuanya sihat dan ceria sepanjang hari. Ahamdulillah, malam ini dapur maya Amie kembali ceria dengan perkongsian gambar pelbagai jenis biskut raya yang Amie pelajari sepanjang hari. Alhamdulillah, setelah menanti kesempatan untuk meluangkan masa menghadiri kelas masakan, nampaknya hari ini tertunailah segala impian. Lama sungguh tidak menguli tepung dan berpanas dengan oven! Terima kasih...