Traditional Korean Food
10:49 PTG
Sedar tak sedar, kami sudah menghabiskan masa selama 5 hari bersama untuk trip musim panas ke Seoul dan Pulau Nami. Hari terakhir ini Christine membawa kami menikmati makanan tradisional Korea. Selama ini hanya tahu makan masakan Padang yang pelbagai, tetapi di sini tidak kurang hebatnya!
Masakan tradisional Korea yang dihidangkan pada tengahari 23 Ogos 2018 itu termasuklah nasi (rasa nasi pulut dibubuh kekacang, dan dalam keadaan masih panas, dihidangkan dalam mangkuk panas berwarna hitam). Selain sup dan ikan mackerel, meja kami dipenuhi dengan pelbagai lauk sampingan (banchan).
Disebabkan begitu banyak banchan, sampai tak tahu nak pilih mana satu. Akhirnya kembali kepada sunnah Rasulullah, ambil mana yang dekat dengan kita. He he heee... sesungguhnya memang tak terjamah kesemua hidangan yang disajikan itu!
Jom Kak Peah.
Apa tunggu lagi.
Bismillah.
Selain air sejuk, kami turut dihidangkan dengan teh panas. Sedap betul hirup teh panas yang wangi selepas makan. Tak gitu, Kak Rafeah...hihiiii!
Kalau nak minum selain air sejuk dan teh panas, boleh ambil sendiri minuman sejuk lain di sebelah kaunter pembayaran.
Alhamdulillah.
Selesai makan tengahari.
Pandai rupanya kami makan masakan Korea.
Dah kenyang makan, mata pun mulalah melilau melihat-lihat kiri kanan.
Dari pengamatan di restoran ini, nampaknya ada sesuatu yang baru Amie pelajari.
Kalau di Bukit Tinggi, lauk-pauk masakan Padang secara tradisionalnya pinggan mangkuk disusun satu persatu di atas lengan, tetapi di sini berbeza pula caranya.
Restoran ini memang telah menyediakan troli untuk mengambil meja makan setelah pelanggan selesai menikmati hidangan, dan akan menghantar meja penuh berisi hidangan juga dengan menggunakan troli lalu diletakkan di atas meja pelanggan.
Nampak cekap, cepat dan tersusun betul pekerja restoran menjalankan tugasnya melayan pelanggan.
Memang jempul gue bagi!
Satu lagi, kalau nak masuk toilet, sila dapatkan nombor ID di kaunter...he he heeee!
Wokeeeyyy...
Sebelum mengakhiri entri kali ini, Amie paparkan beberapa keping gambar kenangan pada hari terakhir berada di Seoul.
Sumber : Whatsaap Group
Lepas makan, jangan lupa uruskan kami di Incheon Airport tau...hihihiii!
Rasa sayulah pula bila dikenangkan hari itu.... Khamis, hari terakhir menjejak kaki di sini.
Rasa sayulah pula bila dikenangkan hari itu.... Khamis, hari terakhir menjejak kaki di sini.
Walaupun kami tiba pada muism panas, tapi kami pulang ketika musim luruh akan menjelma tidak lama lagi. Daun-daun marple pun mula kelihatan berguguran di atas anak-anak tangga yang kami lalui.
Dan sudah tentunya kami teringat bas besar berwarna ungu, yang penuh muatan kami seramai 39 orang termasuk tour leader, tour guide dan pemandu yang menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Lupa nak tanya nama pemandu bas kami ini. Orangnya sentiasa sopan, menepati waktu dan sangat penyabar. Moga sentiasa sihat dan bertenaga agar dapat meneruskan khidmat membawa pelancong demi memperkenalkan Korea kepada mata dunia.
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
1 comments
wah ni baru betul-betul adab makan ala korea dengan penuh makanan atas meja. Saya suka tenguk mangkuk dan bekas makanan yang comel semuanya serta sudu garpu dan chopstick dia yang cantik. Ni baru betul pi korea. hehehehe
BalasPadam