Bermalam di Ibis Ambassador Seoul Insadong
5:08 PTG
Kami menginap selama 4 malam di Ibis Ambassador Seoul Insadong yang terletak di 31, Samil-daero 30-gil, Jongno-gu, Seoul, 03132, Korea Selatan. Istimewanya di persekirannya banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi jika kami berkelapangan. Sayang sekali, setiap hari kami berangan untuk keluar pada waktu malam, hasrat tersebut sentiasa terbantut sehinggalah hari terakhir kami berada di sini. Bukan apa, aktiviti yang disediakan pada sebelah siangnya juga sudah cukup padat, dan bila balik ke hotel, bersihkan diri terus rebah di katil!
Christine Lee juga memberikan kami panduan untuk menaiki teksi dan sebagainya jika ingin keluar ke tengah bandar pada waktu malam, tapi semua itu kami lalui dalam mimpi sahaja....hiks! Memang seronok bunyinya, sebab bandar Seoul merupakan bandar hidup! Sayangnya, tenaga tak bolehlah diperah 24 jam tanpa rehat yang mencukupi. Nanti lain pula jadinya ye.
Pagi pertama di Seoul.
Alhamdulillah.
Cukup rehat.
Cukup makan.
Bersih segala-galanya.
Rasa segar dan tak sabar untuk meneroka kota Seoul.
Hotel ini bertaraf 3 bintang.
Pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk WIFI percuma.
Ada peti sejuk.
Bolehlah kami simpan susu pisang dan perasa lain yang dibeli.
Harga sebotol susu pisang atau banana uyu, dan yang lain itu kami dapat 1.300 won. Lebih kurang RM5.15 matawang kita (mengikut tukaran Amie di KLIA). Rupanya perut Amie agak sensitif dengan minuman begini. Memang rasanya sedap, tapi perut tak berhenti menari-nari. Malam pertama minum, terus lawas-selawas-lawasnya....hiks!
Jadi, sesiapa yang menghadapi masalah kurang lawas tu, eloklah minum banan uyu banyak-banyak.
Tapi, awas ya!
Tidak digalakkan minum ketika sedang bermusafir seperti kami....hiks!
Walaupun ada perasa lain, nampaknya susu pisang (banana uyu) ini juga yang menjadi pilihan ramai. Rata-rata ahli rombongan memilih banana uyu. Yang seronoknya, di sebelah hotel kami, ada supermarket ala-ala seven eleven yang menjual susu pisang ini. Betullah kata Salawati, banana uyu banyak dijual di sini. Pesannya, jangan lupa beli dan minum banana uyu!
Amie beli anggur juga semasa membeli banana uyu, dengan harga 6500 won bersamaan RM23.75 sen. Tak habis makan. Nak buang rasa sayang. Akhirnya bungkus bawa pulang ke LD.
Alat pemadan api pun turut disediakan!
Simplicity descending life line pun ada!
Inilah katil tempat peraduan kami berdua dengan Dayah, tempat melepas lelah setiap malam setelah seharian meronda kota Seoul.
Bilik airnya mempunyai keluasan yang agak terhad namun kebijaksanaan susun aturnya membuatnya tetamu merasa selesa ketika menggunakannya.
Penggunaan tandas yang moden.
Adeeehhh... terpaksa ambil masa juga untuk belajar menekan dan berkenalan dengan fungsi setiap butang...ahaks! Satu pengalaman baru yang tak mungkin dilupakan! Berdebar-debar pun ada, sebab takut entah air apa yang terpancut keluar sebab ada air biasa dan air panas! Dan terkejut jugalah bila ada butang pengering di situ! Berkipaslah kawan ye...hihihiii!
Selesai sarapan pagi, kami bersedia menanti kedatangan bas dan juga peserta lain yang menginap di homestay.
Antara tempat-tempat berhampiran hotel yang boleh dikunjungi sekiranya mempunyai masa, termasuklah Perkampungan Ikseon-dong Hanok, Istana Changdeokgung, Kuil Jogyesa, Istana Changgyeonggung, Istana Gyeongbok, Pasar Dongdaemun, Istana Deoksugung, Pintu Gerbang Sungnyemun dan sebagainya.
Bas dah sampai.
Semua peserta sudah berkumpul.
Pagi ini kami akan ke Everland!
Kamsahamnida (감사합니다)
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
0 comments