Myeongdong Street Market
11:22 PTGSepetang di Myeongdong Street Market.
Komen?
Bersih.
Ada apa?
Macam-macam ada.
Ada kasut.
Ada stoking.
Ada pakaian.
Ada kosmetik.
Ada jualan pelbagai makanan halal dan non-halal. Yang halal ada tanda halal.
Ada apa lagi?
Bayangkan suasana pasar malam yang tak bertepi.
Ada macam-macamkan?
Kali ini, biarlah gambar yang berbicara pula.
Jom.... terjun masuk syurga makanan!
Kita cerita tentang kosmetik pula.
Banyak sangat kedai kosmetik.
Peniaga akan berada di luar kedai untuk mempromosikan barangan kosmetik.
Pakaian pun cantik-cantik belaka!
Di penghujung kisah Myeongdong Street Market, Amie membawa pulang 120 keping face mask dengan harga 57,000 won. Dapat pelepasan cukai sebanyak 3,000 won tapi kenalah tunjukkan passport. Jadi Amie bayar 54,000 won bersamaan dengan RM213.30 sen. Bermakna sekeping face mask hanya berharga RM1.77 sen sahaja! Memang betul-betul murah berbanding harga di Watson dan Guardian! Amie juga dapat 6 keping face mask percuma. Haaa... semuanya berjumlah 126 keping. Oh! Lupa pulak...bukankah Amie beli 30 keping di pagi raya kelmarin dengan harga 15,000 won?
Tolak campur bahagi (156 keping) = sekeping berharga RM1.74 sen!
Rasa-rasanya nak datang ke sini lagi tak?
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
1 comments
wah shopping face mask ja. Tenguk makanan dia macam-macam jenis kan. Saya suka masuk kedai kosmetik walaupun tak beli sangat tapi suka kumpul barang free yang tukang jual bagi sebagai penarik pelanggan. Kalau banyak kedai banyaklah barang free dapat. hehehehe.
BalasPadamBorong face mask banyak, nampak gaya sebulan lah cantik dan lembut macam orang korea. hehehehe