Dongdaemun Shopping Mall
7:59 PTG
Setelah penat meronda Pulau Nami, kami kini menambah jejak kaki ke Dongdaemun Shopping Mall pula. Berbeza sedikit dengan beberapa tempat shopping di Seoul, di sini terkenal dengan jenama, kualiti dan sudah tentu harganya juga sangat cantik! Menurut Christine kebanyakan pelancong kurang berminat untuk berbelanja di sini, dan untuk menambah pengalaman beliau mencadangkan kami singgah di sini untuk tempoh selama satu jam.
Setelah melihat beberapa ketika pelbagai barangan di Hyundai City Outlets, Amie mengambil keputusan untuk melihat-lihat di bahagian luar shopping mall.
Sesekali datang ke Seoul, cuba masuk ke Migliore dan Doota Mall.
Syoknya shopping!
Sama seperti di negara kita, di kaki lima bangunan banyak gerai jualan pelbagai pakaian, makanan dan sebagainya. Jadi untuk menghabiskan sisa waktu yang ada, Amie tinjau-tinjau kawasan berhampiran.
Kebanyakan warna pakaian yang Amie jumpa ialah warna-warna pastel. Nampak lembut sangat! Sedap mata memandang!
Topi pun nampak cantik... ahaks!
Sesekali nampak terselit sebuah dua gerai menjual makanan dan minuman.
Harga di sini pun memang harga mampu beli, sama seperti di Gwangjang Market, Namdaemun dan Myeongdong. Tapi kalau nak lebih banyak pilihan, jenama, kualiti dan puas hati bolehlah teroka kedai-kedai di dalam shopping complex. Teringat pesanan seorang kawan: Jangan lupa beli baju, beg tangan dan kasut! Di mana tu? Hahahaaa....
Hurrmmm...face mask memang ada di mana-mana!
Dan para peniaga di dalam kedai memang akan sentiasa berdiri di hadapan kedai untuk mempromosikan barangan mereka.
Jom lintas jalan raya.
Tinggalkan Migliore yang sangat menggoda itu!
Wokey!
Semua sudah berkumpul semula?
Mari kita teruskan perjalanan.
Nak ke mana?
Makan malamlah... Tak rasa lapar ke?
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
1 comments
Bangunan Doota tu pun banyak yang murah. Fashion kat sini memang uptodate. Suka cuci-cuci mata kat area sini walaupun banyak fasion terkini tapi hanya boleh lihat saja sebab tidak sesuai dengan kita yang bertudung ni.
BalasPadam