Hidangan Tteokbokki di I Love Sindangdong
8:53 PTG
Mesej yang disampaikan oleh Christine berbunyi begini:
Annyeong yeorobun☺ Today we leave at 0830 to go to Nami Island. Lunch will be at a restaurant in Nami as you ordered yesterday. After Nami we come back to Seoul to go to Dongdaemun shopping mall area. Dinner will be at ILOVESINDANG for delicious stirred spicy rice cake, tteokbokki, and gimbap, seaweed packed rice. Let's make another day full of fun. See you soon☺
Tak sabar rasanya untuk sampai ke I LOVE SINDANGDONG!
Kami disambut mesra oleh pekerja restoran, dan sebaik kaki melangkah masuk melepasi pintu mata terpandang deretan tandatangan dan autograf serta gambar-gambar selebriti Korea terpampang di situ. Wah! Terkenal juga I Love Sindangdong ini ye. Kaki dah letih berjalan seharian, tangan pun malas nak tangkap gambar apalagi keluarkan kamera...hiks!
Bagi yang belum pernah makan atau melihat tteokbooki 떡볶이 , mari kita berkenalan dengannya. Selain tteokbokki, ia juga disebut sebagai teokbokki, ddeokbokki, topokki, dan dukboki. Tteokbokki merupakan salah satu daripada pelbagai jenis makanan jalanan tradisional Korea.
Ini pula gimbap (김밥). Ada yang menyebutnya sebagai kimbap. Nasi berisi pelbagai inti ini dibungkus dengan rumpai laut. Biasanya Amie memang tak lepaskan peluang makan gimbap kalau mengunjungi Seoul Garden. Tak cukup makan begitu saya, tambahkan wasabi...hiks! Bila mengunyah terus pedas merenyam naik kepala...huhuhuuuk! Tapi di sini tak ada wasabe ler...
Terdapat pelbagai jenis bahan di dalam hidangan ini. Selain kuahsos cili merahnya yang agak manis (sebelumnya Amie bayangkan rasa kuah tom yam!), terkandung di dalamnya kek beras yang lembut, mee, sayur-sayura, hirisan daun leek, telur lobak dan sebagainya.
Sementara menunggu masakan mendidih, Nazatul ambil gambar terlebih dahulu. Terima kasih Nazatul kerana rajin tangkap banyak gambar. Dengan izin, memang ada gambar-gambar tanpa watermark Amie's Little Kitchen adalah milik Nazatul. Kita abadikan gambar-gambar dalam blog ini untukkenang-kenangan.
Mula-mula agak sukar juga kawan-kawan nak usik gimbap ini, tapi lama-kelamaan hilang pula separuh...hihiiii!
Mee kuning yang macam mee maggi tu ialah ramyeon atau ramen. Ada pes gochujang yang warna merah di tepi dan di tengah kuali.
Masih lagi menanti kuah mendidih.
Wokey.
Kuah sudah mula mendidih. Mari kita gaul-gaul. Ada lagi rupanya sejenis mee di bawahnya.
Dah boleh makan kot.
Mari kita sendukkan tteokbokki ke dalam bekas masing-masing.
Bismillah.
Ada rasa tom yam?
Sudah tentulah tidak! Ini ialah tteokbokki dengan sos soya manis atau gochujang.
Alhamdulillah. Habis satu kuali makan ramai-ramai!
Dah keluar dari restoran barulah teringat nak ambil gambar.
Seperti sebelumnya, selepas makan memang kami berjalan sedikit sebelum menaiki bas.
Tak terasa petang itu merupakan petang keempat kami berada di Seoul. Esok hari terakhir!
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
1 comments
Saya belajar makan gimbap masa makan kat seoul garden. Mula-mula macam tak sedap tapi banyak kali makan eh sedap pulak. Terus suka masuk seoul garden.
BalasPadam