Kenali Hasil Laut dari Tambisan
7:33 PTGAssalamualaikum dan selamat petang.
Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk bertemu walaupun cerita masih berkisar tentang ikan!
Di kesempatan ini Amie kongsikan ikan yang dibekalkan dari Tambisan, dan penduduk tempatan biasa menyebutnya sebagai Pulau Tambisan. Daerah perairan yang kaya dengan hasil laut ini terletak menghala ke laut besar sempadan Filipina. Seorang rakan Amie yang berasal dari Pulau Tambisan selalu menceritakan suasana pulau yang belum tercemar, nyaman dan terlebih rasa teruja mendengarnya sebab katanya dari situ kita akan dapat melihat matahari terbit dari arah laut!
Kali ini Amie paparkan sekali resepi tempatan yang sangat mudah, tetapi masakannya sungguh menyihatkan dan berkhasiat!
Salah satu jenis ikan yang sangat terkenal di daerah kami ialah ikan kutambak @ ketambak yang juga dikenali dengan nama ikan landuk. Ikan ini dikatakan dari keluarga ikan batu. Gambar ikan di bawah ini Amie ambil dari bawah tudung saji Amie di sini: LOHO'.
Loho' ialah sejenis masakan masyarakat Bajau. Di bawah nanti Amie akan kongsikan resepinya.
Keluarga sebelah Encik Suami memanggilnya ikan temparing dan MIL pula kadang-kadang menyebutnya sebagai Ikan Nek Da'im. Bagaimana ikan ini dapat nama Ikan Nek Da'im? Menurut ceritanya, seseorang yang bernama Nek Da'im sangat menggemari ikan ini. Oleh kerana itu, setiap kali melihat, menangkap atau mengolah dan menikmati ikan ini, mereka akan memanggilnya sebagai Ikan Nek Da'im, merujuk kepada penggemarnya! Untuk lebih lanjut bolehlah berkunjung ke blog Amie (Keluarga Habib Haris) yang lagi satu di sini:IKAN NEK DA'IM.
Pernah sekali ikut Allahyarhamah Bonda (mentua) ke pasar, mencari ikan untuk kenduri arwah. Semasa memilih ikan, beliau memegang ekor ikan dan seakan-akan mematahkannya.Boleh tau ikan ini kaku atau tidak, itu jawabnya bila ditanya. Memang ada kebenarannya.... pernah sekali beli ikan ini, dan bila digoreng isinya kaku! Bila direbus terpaksa mengambil masa yang agak panjang supaya isinya jadi lembut. Pengalaman hidup MIL di tengah Lautan Hindi, memberi seribu satu ilmu pengetahuan tentang sifat ikan rupanya!
Ada kalanya ikan jenis batu atau kerapu yang kita beli, isinya kaku apabila dimasak. Untuk mengetahui sama ada isi ikan tersebut lembut atau kaku, dengan cara mematahkan bahagian ekornya kita akan dapat jawapannya. Sekiranya ekor ikan liat, bermakna isinya kaku dan bila digoreng, ikan ini akan menggeliat menjadi tegang dan kaku! Kalau boleh patah bahagian ekornya, bermakna isinya lembut.
Amie tak pernah buat.... hiks! Takut kena marah oleh peniaga ikan!
Apa sebab sesekali kita terjumpa ikan yang sedemikian?
Katanya, sebab ikan itu mati mengejut....entahlah!
Wokey...
Amie kongsikan resepi Loho' dengan menggunakan ikan kutambak yang segar. Mengikut cara tradisi masyarakat Bajau. loho' dinikmati bersama tomp[ek atau tinompek. Tapi makan dengan nasi pun sodap! Lihat sahajalah bahan lain yang digunakan untuk masak loho' di bawah ini.
Bahan-bahan:
Loho' dah siap untuk dinikmati!
Aromanya memang sungguh menggoda. Dan jangan lupa, sediakan limau kasturi dan cili padi untuk dinikmati bersama loho'.
Jom kita lihat keluarga ikan batu yang lain, yang juga selain disebut ikan kutambak @ ketambak juga dikenali dengan nama ikan mempinang dan ikan asuh.
Ikan kutambak di atas dan di bawah ini mempunyai tanda tumpukan warna gelap di badannya. Ikan ini juga dikenali sebagai ikan laduk tanda. Banyak juga Amie jumpa ikan tanda, sebab sewaktu mengamat-amati pelbagai jenis ikan, bapa saudara sebelah Encik Suami kata : Ini namanya ikan tanda (merujuk ikan kunyit.... he heee ikan kunyit pun ada!) Ingatkan pokok kunyit, daun kunyit, isi kunyit dan serbuk kunyit saja yang ada, di laut pun ada kunyit juga!
Ini pun keluarga ikan batu juga. Bentuknya masih sama dengan ikan kutambak, dan di Tabanac Freshmart, mereka panggil ikan lausu.
Rupa bentuk dan jalur-jalur yang terdapat pada ikan ini menyerupai ikan timun, tetapi ikan timun berjalur kuning.
Barangkali ia keluarga ikan timun juga, dan ada tanda tompokan hitam di bahagian ekornya pula. Adakah namanya ikan timun tanda?
Sedap rasa ikan ini. Amie potong dua, dan goreng. Fairuz makan bahagian kepala, Firdaus makan bahagian ekornya!
Apabila terpandang anak-anak kerapu, Amie teringat MIL dan FIL yang tidak akan melepaskan peluang memborong longgokan anak-anak kerapu pelbagai jenis. Ada anak kerapu bara, kerapu batu, kerapu cicak, kerapu merah, kerapu hitam dan entah apa lagi. Mereka tidak pernah memanggilnya dengan nama kerapu sebaliknya menyebutnya sebagai ikan gelek! Menurut MIL dan FIL, anak-anak ikan gelek ini suka mengelilingi jukung (sebutan Melayu Cocos merujuk kepada sampan atau perahu kecil), dan dengan mudahnya mereka dapat memancing untuk dibawa pulang. Resepi istimewa ikan gelek ini sudah tentulah dibuat sambal. Bagaimanapun, sambal mereka mempunyai sentuhan yang tersendiri, misalnya jus limau diperah ke dalam kuali, sejurus sebelum api dapur dipadamkan!
Maafkan Amie...
Cerita tentang hasil laut dari Tambisan, melencong kisah ke Lautan Hindi pula!
Kali ini Amie paparkan sekali resepi tempatan yang sangat mudah, tetapi masakannya sungguh menyihatkan dan berkhasiat!
Salah satu jenis ikan yang sangat terkenal di daerah kami ialah ikan kutambak @ ketambak yang juga dikenali dengan nama ikan landuk. Ikan ini dikatakan dari keluarga ikan batu. Gambar ikan di bawah ini Amie ambil dari bawah tudung saji Amie di sini: LOHO'.
Loho' ialah sejenis masakan masyarakat Bajau. Di bawah nanti Amie akan kongsikan resepinya.
Ikan ini bersisik, dan isinya tebal dan padat.
Pernah sekali ikut Allahyarhamah Bonda (mentua) ke pasar, mencari ikan untuk kenduri arwah. Semasa memilih ikan, beliau memegang ekor ikan dan seakan-akan mematahkannya.Boleh tau ikan ini kaku atau tidak, itu jawabnya bila ditanya. Memang ada kebenarannya.... pernah sekali beli ikan ini, dan bila digoreng isinya kaku! Bila direbus terpaksa mengambil masa yang agak panjang supaya isinya jadi lembut. Pengalaman hidup MIL di tengah Lautan Hindi, memberi seribu satu ilmu pengetahuan tentang sifat ikan rupanya!
Ada kalanya ikan jenis batu atau kerapu yang kita beli, isinya kaku apabila dimasak. Untuk mengetahui sama ada isi ikan tersebut lembut atau kaku, dengan cara mematahkan bahagian ekornya kita akan dapat jawapannya. Sekiranya ekor ikan liat, bermakna isinya kaku dan bila digoreng, ikan ini akan menggeliat menjadi tegang dan kaku! Kalau boleh patah bahagian ekornya, bermakna isinya lembut.
Amie tak pernah buat.... hiks! Takut kena marah oleh peniaga ikan!
Apa sebab sesekali kita terjumpa ikan yang sedemikian?
Katanya, sebab ikan itu mati mengejut....entahlah!
Wokey...
Amie kongsikan resepi Loho' dengan menggunakan ikan kutambak yang segar. Mengikut cara tradisi masyarakat Bajau. loho' dinikmati bersama tomp[ek atau tinompek. Tapi makan dengan nasi pun sodap! Lihat sahajalah bahan lain yang digunakan untuk masak loho' di bawah ini.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan batu @ kutambak - bersihkan dan potong 2
3 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 biji tomato - belah 4
1 sudu teh serbuk kunyit
asam jawa / asam keping - optional
800ml air
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan serai, bawang besar dan serbuk kunyit. Biarkan seketika.
2. Masukkan ikan batu @ kutambak dan masak sehingga ikan menjadi lembut.
3. Tambahkan tomato dan biarkan seketika.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
Loho' dah siap untuk dinikmati!
Aromanya memang sungguh menggoda. Dan jangan lupa, sediakan limau kasturi dan cili padi untuk dinikmati bersama loho'.
Ambil sedikit kuah loho', perahkan jus limau kasturi dan picitkan cili padi!
Wallaaa....
Berpeluh-peluh jadinya kalau kita makan tengahari dengan loho'!
Ikan kutambak di atas dan di bawah ini mempunyai tanda tumpukan warna gelap di badannya. Ikan ini juga dikenali sebagai ikan laduk tanda. Banyak juga Amie jumpa ikan tanda, sebab sewaktu mengamat-amati pelbagai jenis ikan, bapa saudara sebelah Encik Suami kata : Ini namanya ikan tanda (merujuk ikan kunyit.... he heee ikan kunyit pun ada!) Ingatkan pokok kunyit, daun kunyit, isi kunyit dan serbuk kunyit saja yang ada, di laut pun ada kunyit juga!
Ini pun keluarga ikan batu juga. Bentuknya masih sama dengan ikan kutambak, dan di Tabanac Freshmart, mereka panggil ikan lausu.
Ini pula dari keluarga ikan merah. Dan dikenali juga dengan nama ikan kunyit-kunyit!
Kalau terjumpa ikan kunyit-kunyit yang mempunyai tompok hitam di badannya, itu namanya ikan kunyit tanda. Begitulah yang bapa saudara Encik Suami jelaskan.
Ikan kunyit tanda atau kunyit tompok.
Rupa bentuk dan jalur-jalur yang terdapat pada ikan ini menyerupai ikan timun, tetapi ikan timun berjalur kuning.
Barangkali ia keluarga ikan timun juga, dan ada tanda tompokan hitam di bahagian ekornya pula. Adakah namanya ikan timun tanda?
Nanti Amie akan usahakan untuk mencari nama sebenar ikan ini.
Ikan siakap laut?
Menurut anak buah, ia keluarga ikan siakap.
Ini pula ikan kerapu bintik bulat.
Yang ini pula kerapu ekor hitam.
Maafkan Amie...
Cerita tentang hasil laut dari Tambisan, melencong kisah ke Lautan Hindi pula!
5 comments
first time tengok ikan ikan ni
BalasPadamterima kasih kak share info pasal ikan2 ni semua. siap resepi sekali. hehe
BalasPadamtambisan kampung arwah ayah saya.. tapi saya belum pernah menjejak kaki ke sana.. insyaAllah satu hari nanti akan sampai ke sana anak beranak.. :)
BalasPadamAisyah,
BalasPadamkaya sungguh lautan dengan ciptaan-Nya.
Hanis,
sama-sama kasih dik.
Wanie,
jejaklah ke sana, walaupun jauh nun di hujung negeri, tempatnya masih terpelihara, alam sekitarnya belum tercemar... Alhamdulillah.
Klu sya masak loho. ..bawang ditumis dulu agar wangi
BalasPadam