Memakai Hanbok dan Melawat Namsan Seoul Tower (남산서울타워)
10:28 PTG
Setelah seharian menjelajah Everland, dan makan malam di Restoran Kampungku, kini tibalah masa untuk mencuba pakaian tradisi Korea. Sewa yang dikenakan untuk memakai pakaian tersebut ialah sebanyak 10,000 won sepasang setelah Christine berjaya menawar harga dengan pengusaha butik tersebut. Istimewanya, kami bukan sahaja boleh mengambil gambar di dalam studio tetapi dengan berpakaian hanbok tersebut kami diberi kesempatan menaiki lift untuk bersiar-siar menikmati suasana senja di Namsan Seoul Tower.
Rasa lucu, dan segala perasaan menggelitik di hati bila melihat semula gambar-gambar pakaian hanbok ini.
Kami menapak lagi sejauh 180 meter untuk sampai ke perkarangan Namsan Seoul Tower. Kami berpecah dua, sebahagian mengikut Christine untuk ke Hanbok Culture Experience Center di Seoul Tower Plaza dan sebahagian lagi yang tidak berhasrat untuk memakai hanbok bergerak bersama Nazatul ke Namsan Seoul Tower.
Suasana di dalam studio Hanbok Culture Experience Center.
Pada ketika ini memang tidak sedar rupa pakaian yang dikenakan...dengan lengan baju yang menutup seluruh tangan! Adeeehh... terseret-seret berjalan sehingga sukar untuk mengambil gambar.
Sama rupanya tangan kita ye Dayah!
Terkejut juga kami bila diberitahu akan menaiki lift menuju ke Seoul Tower Plaza. Memang kami menjadi tumpuan mata orang jugalah....hihiiiii!
Terima kasih kepada yang sudi menangkap gambar-gambar ini. Minta izin untuk paparan di sini.
Namsan Seoul Tower terkenal dengan 'tembok cinta' tempat merpati dua sejoli mengunci cinta mereka dengan mangga cinta. Huurrrmmm.... kalau muda remaja tentu berminat dengan suasana begini. Tak larat rasanya untuk menyeret hanbok menaiki tangga menuju bahagian atas semata-mata untuk mengambil gambar mangga cinta di sepanjang tembok....ahaks! Jadi, ambillah saja di bahagian bawah. Dan di kedai-kedai juga tersedia pelbagai bentuk dan warna mangga cinta (gambar atas)untuk diikat di pokok atau di tembok!
Sumber: Whatsaap Group
Sumber : Whatsaap Group
Menikmati angin senja di Seoul Tower Plaza.
Selamat tinggal Namsan Seoul Tower setinggi 235 meter!
Annyeonghi kyesipsiyo안녕히 계십시오
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
5 comments
dah sewa ramai2 cemni kedekutla dia kalo tak kasi 10000won tu.. hehe. tingin nak pakai insyallah kalo ada rezeki kembali kesana =)
BalasPadamcomel :D
BalasPadamseronoknya dapat pengalam pakai hanbok! saya follow sini #1322
BalasPadamhttps://sayesyadiya.blogspot.com
seronoknya makan angin... nak ole-ole.. hehe
BalasPadamSiti,
BalasPadamhe he heee...
Ann,
tq
Syadiya,
tq
Gee,
boleh jew.