Oleh-Oleh dari Pasar Tani Lahad Datu

3:14 PTG

Pagi minggu, bersama Encik Suami, kami berdua menyusuri lorong-lorong sempit di Pasar Tani Lahad Datu. Pemandangan di situ sama seprti minggu-minggu sebelumnya. Ada pelbagai gerai jualan seperti gerai bunga-buangaan, anak benih pelbagai tumbuhan seperti jambu, limau, mata kucing, mangga, nangka dan sebagainya. Tidak ketinggalan ada juga gerai menjual pakaian dan kraftangan, arnab, ikan dan burung.
Nampaknya sayur-sayuran yang dijual tiada yang berbeza. Paku pakis tanjung, paku rawan, pucuk ubi, avocado, siput laut, kima, lokan, rebung dan seumpamanya.
Kami singgah membeli di beberapa buah gerai makanan. Kemudian kami ke Darvel Bay Plaza, cuci-cuci mata dan cuci dompet sikit. Basahkan tekak di salah sebuah restoran di situ, dan selepas itu berangkat pulang.

Pada mulanya, ingin mencari kuih katirisala (katirisala'), tapi tak jumpa. Sesetengah orang mengatakan katirisala sama dengan kuih seri muka, tapi bagi Amie ia berbeza. Bahagian atas kuih katirisala ini rasanya seperti puding karamel, dan menurut rakan-rakan yang biasa membuat kuih katirisala, tiada sebarang campuran tepung untuk bahagian atas atau kepalanya. Bahagian atas hanya menggunakan gula merah, santan dan telur serta gula pasir.
Barangkali juga kuih katirisala ini salah satu daripada versi kuih talam yang pelbagai itu!

Bila terpandang kuih nona manis, teringat Firdaus yang suka sangat makan kuih ini. Amie beli dua bekas. 

Memandangkan kami tiba di pasar tani menjelang pukul 11 pagi, banyaklah kuih-muih yang sudah habis dijual. Yang ini kuih putu Bugis. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras yang dikukus dan kemudian digaul dengan parutan kelapa.

Nampaknya nama 'putu' tidak terhad kepada putu piring atau putu bambu seperti di Malaya, atau putu ubi kayu makanan tradisi masyarakat Bajau!

 Putu Bugis dihidangkan bersama sambal!

Sempat juga beli buras. Yang di bahagian hadapan (gambar di atas) buras daripada nasi biasa dan di belakangnya, yang agak panjang dan berlekuk itu buras pulut. Harga dua batang buras yang diikat menjadi satu ialah RM1.50.

 Biasanya lauk buras terdiri daripada serunding kelapa dan juga sambal ikan bilis. 

 Jalan-jalan lagi terjumpa pula buras yang cantik dan kemas buatannya!

Sama juga lauknya, beli dua batang buras nasi dan dua batang buras pulut dapat lauk serinding kelapa dan sambal ikan bilis.

 Boleh beli lauk lain kalau mahu. Amie beli ayam masak palekko. Pedas tau ...ada cili padi!

 Fairuz dengan Fuad tak sabar nak makan buras dengan ayam masak palekko (disebut palekko').

 Wokeyyyy...
Makanlah anak-anak.
Cantik buras tu kan?

 Tidak ketinggalan, rembat juga kuih barongko.

Banyak kali juga Amie kongsikan kuih barongko di dapur maya ini. Minggu lepas rakan sekerja, Jusna beri Amie sebungkus kuih barongko. (gambar atas) Unik bukan cara pembungkusannya? Siap diikat dengan daun pisang!

Kadang-kadang Amie dapati warnanya berbeza. Ada yang putih, ada yang kuning seperti dalam gambar di atas. Ada yang kurang manis, ada yang sedang-sedang manisnya, dan ada juga yang tersangat manis!

Ada juga yang disemat dengan lidi, selain diikat dengan tali daun pisang atau kadang-kadang dengan tali plastik.

Ini kuih cincin, kuih tradisi masyarakat Bajau. Biasanya bentuknya kecil dan berangkai-rangkai tapi kali ini Amie jumpa macam gelang tangan pula saiznya. Tuan punya gerai kata, kuih cincin pun boleh dibuat begini. Wallahua'lam. Nampaknya kuih cincin juga empunya pelbagai versinya yang tersendiri.

Ini pula rempeyek kacang tanah dengan ikan bilis. Peniaganya dari keturunan Cocos. Memang beginilah kalau MIL buat rempeyek. Kacang tanah dipecahkan dan tidak banyak digunakan dalam sekeping rempeyek.

 Singgah sebentar di Darvel Bay Plaza untuk basahkan tekak.

Dan sempat juga hirup semangkuk Coto Perut @ Makassar panas-panas!

Nampaknya setakat ini dahulu yang sempat Amie coretkan. Encik Suami tak sabar-sabar ingin segera pergi ke kedai anak buah. Katanya ikan segar baru sampai!

 Bila Amie tengok gambar yang dihantar pun memang rasa teruja untuk segera ke sana!

 Wokey!
Jumpa lagi!

 Selamat menjamu mata!

4 comments

  1. Mesti Pasat Tani tu peniaga ramai orang Bugis kan Kak Amie, banyak makanan masyarakt Bugis situ...rindu pula nak makan Katirisala, Burongko, burasak sama nasu palekko tu..

    BalasPadam
  2. Cantiknya burasak tu. Macam-macam nama makanan saya baru tahu.

    BalasPadam
  3. Ayam masak Palekko tu macam mana rasanya? species rendang juga ke?

    BalasPadam
  4. Coto Makasar tu macam soto juga ke?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe