Chenggyecheon Stream di Kala Senja
3:50 PTG
Terasa bagai mengikuti satu aktiviti yang mencergaskan tubuh badan secara semula jadi!
Apa tidaknya, selepas makan malam, kami berjalan kaki menyeberang jalan menuju ke Chenggyecheon Stream. Kawasan ini terletak berhampiran Istana Deoksugung, Seoul Plaza, Pusa Sejong, Jalan Insadong, Istana Changdeokgung dan Istana Changgyeonggung. Memandangkan hari hampir senja, Amie pun tidak berhasrat untuk merayap ke seluruh kawasan seoanjang 11 km yang boleh melalui pusat bandar, bermula dari Chenggyecheon Plaza.
Dahulunya, sebelum 2005 tempat ini hanyalah sekadar jalan air yang tersembunyi di bawah jambatan. Namun kini ia telah diubahsuai menjadi tempat yang indah di tengah-tengah kesibukan bandar.
Sekali pandang ada rupa siput! Inilah lingkaran bentuk spiral warna biru merah di Chenggyecheon Stream. Ia menyambut kedatangan kami pada petang itu!
Sempat bergambar kenangan dengan Kak Rafeah.
Kemudian kami menapak sedikit ke bahagian aliran sungai. Memandangkan senja telah menjelma, hanya di kawasan ini sahaja Amie dan Dayah berlegar-legar.
Christine Lee memberitahu kami agar berjalan menyusur tebing di sini untuk menikmati keindahan suasana senja dan mengambil gambar. Sebenarnya, banyak pemandangan yang menarik di sekitarnya. Sayangnya, masa tidak begitu mengizinkan untuk meneroka keseluruhan kawasan di kedua-dua Chenggyecheon Stream dan Chenggyecheon Plaza.
Pada musim sejuk, suasana menjadi indah dan harmoni dengan cahaya pelbagai warna dan kehadiran para pemuzik, pelukis dan jurufoto untuk mengabadikan keindahan suasana.
Muka letih! Maklumlah, sebelum sampai ke sini, korbankan 2 malam untuk sampai. Rasanya nak terjun saja di situ, berendam untuk segarkan tubuh badan...ahaks!
Bila toleh ke belakang, spiral biru merah sudah mengeluarkan cahaya!
Duduk berehat di sini beberapa saat. Beberapa saat jew...bukan dua tiga minit!
Sewaktu menuruni anak tangga beberapa minit tadi, belum ada sebarang warna cahaya di sini. Sekarang sudah ada.
Cukuplah setakat ini dulu.
Ada rezeki di lain kesempatan, boleh berlama-lama di sini.
Katanya di sinilah selalu diadakan pelbagai acara terbuka seperti konsert, pameran dan sebagainya.
Christine Lee memahami semua peserta keletihan, dan kami terus dibawa untuk daftar masuk hotel.
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
2 comments
Sungai tu memang menjadi tarikan pelancung. Ada musim yang meriah sekali dengan macam-macam program diadakan. Bagus kan. Korea pandai manipulate tempatnya supaya menjadi tarikan pelancung.
BalasPadamNotie,
BalasPadamtak sempat nak teroka.