Makan Malam di Hibiscus Asian Restaurant (하이비스) 통일로
1:47 PTG
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam bas, kami diberitahu akan dibawa ke sebuah restoran untuk makan malam. Waktu makan malam sepanjang kami berada di sini lebih awal, iaitu sekitar pukul 5 atau 6 petang.
Tidak banyak masakan Korea yang Amie ketahui selain nama-nama yang popular seperti kimchi dan juga bibimbap, dan gochujang iaitu sejenis pes kacang pedas dan beberapa jenis makanan lain. Bagaimanapun, kami sekeluarga memang menggemari masakan Korea terutama sekali jika berkesempatan menikmatinya di Seoul Garden.
Amie juga meminati Judy Joo, chef Amerika Syarikat yang merupakan penaung chef di Restoran Jinjuu di London dan Hong Kong. Suka sangat melihat gaya persembahannya dalam rancangan Korean Food Made Simple. Orangnya nampak manis, dan bersahaja, tetapi bukan calang-calang penglibatannya dalam dunia masakan. Pernah menjadi hakim untuk pertandingan Iron Chef America.
Wokey...
Petang itu kami di bawa ke sebuah restoran makanan halal yang terletak di tingkat dua bangunan restoran di 33 Euijuro 1(il)-ga, Jung-gu, Seoul, Korea Selatan, iaitu Hibiscus Asian Restaurant (하이비스) 통일로
Jom berkenalan dengan menu Korea. Walaupun baru pertama kali, dan tidak tahu namanya, tapi teruja nak rasa sebab bentuknya yang kecil-kecil comel!
Ini Amie suka sangat!
Cukup rasa, sedikit pedas, masam, manis, masin semua ada. Rasanya liat-liat sedikit seakan rasa sotong.
Ikan bilis pun ada. Dicampur dengan hirisan cili hijau dan kacang.
Pertama kali melihat kimchi di depan mata!
Pencuci mulutnya pun comel-comel potongannya.
Sup cendawan.
Cuba serba sedikit makanan yang dihidangkan.
Selain makanan Asia, western food pun ada disediakan.
Cuba makan nasi goreng. Memang sedap. Apalagi bila ditambah dengan ikan bilis dan ayam masak dengan cendawan.
Selesai makan, bergambar dengan Nazatul. Adeeehhhh... muka berkilat-kilat penuh minyak!
Perut pun dah kenyang.
Selepas ini kami berjalan-jalan menikmati pemandangan senja di seberang jalan. Entah apa namanya tempat itu, Amie pun lupa! Susah sikit nak ingat patah perkataannya. He he heee.... terima kasih sudi baca. Kamsahamnida. Nanti sambung tulis lagi ye.
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
2 comments
Pi korea rasa je semua masakannya. Ada yang kita suka ada yang kita kureng suka terpulang tekak masing-masing. Tapi bila dah tempat orang, baiklah rasa pelbagai masakannya yang jarang dan tak tahu memasaknya. hehehe. Saya suka kalau tenguk rancangan masakan tv korea apa lagi kalau cerita korea zaman dahulu kala yang kalau makan penuh satu meja. Mereka mempunyai pelbagai adat dan jenis masakan. Seronok tenguk.
BalasPadamNotie,
BalasPadaminilah masanya kita berpeluang merasai sendiri masakan tempatan.