Sajian Tengah Hari Pilihan Hati : Seafood Salad, Chicken & Pasta
6:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jom singgah Perdana Square, kita cari makan tengah hari. Kami memesan sajian pilihan masing-masing:
- Seafood Salad
- Seafood Carbonara Spaghetti
- Mix Chicken & Fish
- Chicken Wings Cheese
- Fresh Orange
| Sajian Makan Tengah Hari |
| Fresh Orange |
| Fresh orange satu gelas besar kongsi tiga orang. |
| Encik Suami : Seafood Carbonara Spaghetti |
| Banyak aksesori di bawah timbunan spaghetti. |
| Firdaus : Mix Chicken & Fish |
| Besar saiz Mix Chicken & Fish pilihan Firdaus ini. |
| Ada dua keping ikan goreng. |
| Dan di bawah timbunan ayam dan ikan, ada kentang goreng. |
| Pandai budak ini makan salad sampai habis. |
| Tapi matanya asyik menjeling Chicken Wings Cheese di depannya. Sekejap dia makan ayam gorengnya dengan black pepper sauce, sekejap-sekejap tangannya menyeberang ke hadapan, celup cheese pula! |
| Chicken Wings Cheese |
Walaupun Chicken Wings Cheese ini Amie punya, tapi memang kena ada pembantu untuk menghabiskannya. Firdaus pantang dipelawa! Selepas habis makan menu pilihannya, dia sambung makan Chicken Wings Cheese pula.
| Chicken Wings Cheese ini kami makan bertiga. |
| Amie - Seafood Salad |
| Semangkuk Seaafood Salad ini habis licin dengan bantuan Encik Suami. |
16 comments
Sedap2 semuannya. Besar betul gelas jus tu. Memang tak habis kalau minum sorang2.
BalasPadamMemang saiz gelas untuk minum lebih seorang.
PadamKak Amie sekarang sedang jaga makan, ya? 😊
BalasPadamTidak jaga sangat Nur.
PadamCuma belajar kurangkan karbohidrat.
Sedapnya nampak seafood salad. Biasa jumpa chicken salad. Pandai budak kecik tu makan salad ya, yang penting tak membazir. Bagus, Daus.
BalasPadamFirdaus memang dari kecik makan daun salad, tapi tak berapa suka makan sayur.
PadamAduhhh sedap semuanya Kak Amie. Tengok Daus makan, lagilah rasa lapar.
BalasPadamBersungguh budak tu makan kan.
PadamMommy pun order makanan kesukaan dia, tak senang duduk Daus makan hehe... Seronok betul tengok gelagat dia makanan, berselera 👍🏻
BalasPadamBudak-budak memang tak tahan godaan ayam goreng kan PH.
Padambersungguh betul tu firdaus makan...
BalasPadamayamnya punnnn heee menggoda betul! trs lapar pulak niiii
Betul, ayam gorengnya menawan selera kami bertiga!
PadamNampak fresh betul orange juice tu, pekat! Dah tak dapat beza mana satu chicken, mana satu fish pada menu firdaus tu haha 🤣
BalasPadamYg kuning dalam salad tu, buah pic ke?
Sdapnya seafood salad..SA kalau makan tu memang kenyang sampai ke petang kak
BalasPadamMenggoda betul air fresh orange tu. Dapat minum rasa segar tekak. Kongsi 3 orang rasa macam tak puas tapi okaylah buat rasa-rasa kalau dah kenyang tak lalu minum air dah.
BalasPadamSafood carbonara spaghetti nampak aglio oglio pulak tak nampak sos putihnya. Kalau dah makanan favourite dia tak pandang kiri kanan dah tu. hihi...
Chicken and fish & chips dalam satu menu... jarang jumpa gitu.
BalasPadam