Memborong Emping Melinjo Aceh & Lain-Lain di Kedai ARACO
7:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan keluar dari kawasan Aceh Tsunami Museum, Pak Arman bercerota tentang emping melinjo Aceh. Katanya, sekiranya kami berminat untuk membelinya, bolehlah singgah di salah sebuah kedai di Banda Aceh. Singgahlah kami di Emping Melinjo Aceh di kedai ARACO, Plaza Oleh-Oleh Khas Aceh.
| Emping Melinjo Aceh |
Menurut Pak Arman, ada perbezaan rasa emping melinjo Aceh berbanding di tempat lain di Indonesia seperti Jawa atau Sumatera Selatan. Perbezaan ini bukan besar, tetapi cukup ketara dari segi rasa, cara olahan dan tradisi.
- Rasa yang lebih pahit sedikit:
Emping melinjo Aceh biasanya sedikit lebih pahit kerana banyak dibuat daripada melinjo yang betul-betul matang @ tua. Penggemar emping di Aceh memang suka rasa pahit semula jadi melinjo. Di Jawa, banyak emping dibuat lebih nipis dan kurang pahit kerana dipilih dari melinjo lebih muda. - Tebal dan rangup berbeza:
Emping melinjo Aceh cenderung lebih tebal dan lebih rangup.Tidak terlalu nipis. Emping dari Jawa pula terkenal dengan versi yang lebih nipis dan lebih ringan. - Pengolahan tradisional:
Di Aceh emping banyak dihasilkan secara tradisional kampung, digeprek manual dan dijemur di bawah matahari. Kadang-kadang dilapisi sedikit garam sahaja agar rasa lebih semula jadi. Di tempat lain, ada yang sudah menggunakan mesin untuk meratakan dan menghasilkan bentuk yang lebih seragam. - Cara makan atau sajian:
Emping melinjo Aceh biasanya dimakan bersama mi Aceh Dengan nasi kari Aceh, kuah beulangong, atau kuah pliek u iaitu sejenis gulai tradisonal Aceh. - Sebagai kudapan dengan kopi Aceh:
Di kawasan lain, emping lebih biasa dijadikan kudapan manis atau masin dengan gula melaka atau garam
| Masing-masing terpikat dengan beg sulam bentuk ini. |
Selain memborong emping melinjo, kawan-kawan yang lain turut membeli kuih-kuih tradisional, beg sulam, kain sarung dan sebagainya.
Semua teruja melihat beg sulam yang kemas dan cantik dan pelbagai warna. Harga yang ditawarkan 290,000 Ribu Rupiah dan kami dapat tawar sehingga 250,000 IDR. Keesokan malamnya Pak Arman bawa lagi kami ke kedai cendera kenangan, dan kami borong lagi pelbagai jenis beg sulam. Tak menyesal beli sebab beg sulam Aceh memang berkualiti!
Oleh kerana mata dan tangan sibuk membelek segala benda di kedai ini, maka terlupalah seketika hendak bagi makan HP. Tak banyaklah gambar yang kami rakam di sini.
Cuma, emping melinjo itu memang sedaplah apabila digoreng di dapur sendiri. Yang tak berapa sedap sebab beli hanya setengah kilogram sahaja! Semua tumpang kotak ARACO Nano dan sampai LD emping melinjo tetap cantik tidak rosak sedikit pun. Alhamdulillah.
12 comments
Sy pernah makan emping malinjo, enak bangat ya buk 😁
BalasPadamCantik² beg sulam tu, masing² tak nak kalah ye memilih :)
Nampak cantik hasil gorengan emping melinjo acheh
BalasPadamAmboi! Segunung emping dia? Mesti banyak permintaan!
BalasPadamEmping melinjo ni kalau makan memang susah nak berhenti. Rasa pahit pahit lemak tu buat rasa ketagih.
BalasPadamMak saya suka betul makan emping melinjo. Saya pulak kurang suka melinjo pahit-pahit. Tudiaa menggunung emping melinjo. Menarik juga beg sulaman tu ada pelbagai jenis sulamannya. Untung juga tu tawar menawar dapat harga murah.
BalasPadamAlhamdulillah puas makan emping melinjo goreng sendiri. Menyesal pulak beli sedikit.
cie pernah makan emping melinjo tu. lama dah rasanya.
BalasPadamEmping melinjo yang pahit lagi sedap rasanya.
BalasPadamRambang mata eh dengan beg sulaman kat sana.
tudiaaa emping melinjo dia...SA suka...selalu dapat beli akt kedai acheh je kak...suka yang pahit2 skit macam ni...makan ngan nasi goreng sedap
BalasPadamOh, ini sama kan dengan belinjau jika sebutan sy di sini. Sy suka sangat!
BalasPadamKeropok kegemaran saya ni kak... aritu dana ada beli di shoppe kerepek melinjo mentah dari indonesia. Keropoknya putih nipis je, geram tengok longgokan keropok melinjau tu kak. Cantik beg tu kak... memang mesti terpikat kan
BalasPadamAgak mahal sekilo nya di sana ya kak. Tp memang harga emping Aceh ini beda2. Saya kemarin dari Aceh Utara, beli emping juga sekilo utk teman yg nitip. Tak semahal yg Banda Aceh ini.
BalasPadamTp memang pastilah beda2, apalagi kalo kandungan melinjo nya lebih banyak. Krn ada juga yg dicampur dengan kandungan lain.
Saya sukaaaa emping Aceh. Memang beda dibanding emping di Jawa 😅. Krn itu teman saya rela nitip saat tahu saya ke Aceh NOV kemarin.
Cantil beg nya...kalau saya pun harus berkenan jugak tu...Putih mulus gorengan emping belnjaunya...Saya masih fail menggorwng emping belinjau
BalasPadam