Oleh-Oleh Miri
10:52 PGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun berlangsung sambutan Hari Gawai, tetapi kami berpeluang untuk membeli-belah di beberapa buah premis perniagaan di Miri. Sebelum ini kami mencari Oleh-Oleh Bintulu, kali ini kami mencari Oleh-Oleh Miri pula.
Miri bukan sekadar destinasi pelancongan biasa, tetapi titik budaya yang menghimpunkan warisan etnik Sarawak dalam bentuk seni visual dan ekonomi kreatif. Hampir kesemua kraftangan dihasilkan secara manual tanpa menggunakan mesin, menjadikan setiap item unik, penuh nilai emosional dan seni.
Miri dicanangkan sebagai hab kraftangan utama Sarawak, khususnya wilayah utara kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Brunei dan Sabah serta akses penerbangan langsung dari Singapura.
Video, selepas sarapan terus mencari oleh-oleh Miri.
Sebenarnya banyak keistimewaan budaya dan etnik serta tradisi kesenian di sini. Cuma, Amie tidak cukup ilmu dan pengetahuan untuk menghuraikannya. Melalui sembang bicara ringkas dengan peniaga di sini, dapatlah disimpulkan ragam kraftangan datangnya dari etnik Penan, Iban, Orang Ulu, Bidayuh, Melanau, Melayu dan sebagainya.
Marilah kita saksikan gambar-gambar hasil kraftangan yang halus dan penuh sentuhan tradisi!
Pelbagai jenis dan bentuk beg anyaman ini dikatakan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa seperti Jerman, Switzerland, New Zealan, Jordan dan Australia.
Walaupun peniaga di sini terangkan tentang beberapa jenis batik motif etnik tetapi Amie kurang faham. Maklumlah datang buat pertama kali dan melihat banyak pula hasil seni di sini, jadi kepala pun naik bingung. Mereka terangkan tentang motif Pua Kumbu (Iban), motif Orang Ulu yang terkenal dengan corak spiral, flora dan fauna seperti naga dan burung enggang serta geometri.
Antara motif alam semula jadi termasuklah flora iaitu corak daun paku, orkid hutan, bunga raya Borneo dan padi. Manakala corak fauna pula terdiri daripada buaya, ikan, rusa, gajah Borneo serta burung Sarawak iaitu kenyalang.
Orang Ulu banyak menghasilkan manik-manik halus yang digunakan dalam adat, pakaian dan perhiasan.
Industri kraftangan di sini sudah tentulah memberikan peluang pendapatan tambahan kepada komuniti setempat serta memperkukuhkan ekonomi tradisional. Kami, tidaklah melepaskan peluang membeli bakul yang cantik-cantik di sini!
16 comments
Kraftangan sana semuanya cantik2 belaka. Semua rasa nak beli buat kenangan. Teringin nak ke sana.
BalasPadamIn syaa Allah. Akan sampai juga ke sini suatu hari nanti.
Padamcomel beg kaler putih tu...beg2 lain pun cantik...design etnik, signature negeri Sarawak...
BalasPadamMemang lawa-lawa hasil kraftangan di sini.
PadamCantik dan unik hasil kraftangan ni.
BalasPadamBetul, kalau boleh nak beli banyak-banyak.
PadamManik sarawak ni unik .Pelbagai gubahan yang memang rambang kita tengok kan..wow! macam macam ada..
BalasPadamMemang sangat unik dan kreatif. Tangan ajaib ni yang menghasilkannya.
PadamTertarik dengan hasil kraftangan orang-orang tempatan yang sangat unik dan menarik.
BalasPadamRambang mata tengok.
PadamSeni kraftangan macam ni buat kita rambang mata nak memilih. Semua pun cantik dan menarik pandangan mata. Walaupun diterangkan oleh peniaga kadang buat kita lupa sebab banyak sangat motifnya. Mana nak ingat. hihi...Yang saya tahu dan biasa dengar pua kumbu tu lah. Dari gambar kak Amie, ada yang saya dapat dari kak Amie. Terima kasih kak Amie.
BalasPadamYa, ada dua oleh-oleh yang Kak Amie kirim, datangnya dari sini.
PadamBila banyak suku kaum di sana, banyak pula hasil seni mereka yang tersendiri.
BalasPadamUnik dan lawa-lawa kan Faizah.
PadamKerajinan manik2 dengan motif Dayak itu khas sangaaaaaat. Waktu suami tugas di Kalimantan, oleh2nya pun banyak kerajinan tangan dari kaum Dayak di sana. Tak tahulah dari suku Dayak apa. Krn banyaaak sangat mereka kan.
BalasPadamSaya betul2 teringin tahun depan bisa eksplor Kalimantan, juga Sabah Sarawak. Karena budaya satu sama lain mirip di sana
Kagum dengan emreka yang tangan sangat berseni ni kak..dari manik2 dijadikan wallet, handbag...kerja yang teliti tu kan...
BalasPadam