Siapakah Pengirim Misteri Penanda Al-Quran Logam?
3:21 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu bersiap-siap hendak merehatkan diri di katil, telefon berbunyi. J&T berada di luar pagar. Ada kiriman untuk Amie. Melihat nama pengirim, tertulis perkataan AIMAN, beralamat Bukit Jalil, Bandar Tun Razak. Membaca nama penerima dan alamat, betul nama Amie dan alamat rumah yang betul.
Dua tiga kali baca nama dan alamat pengirim serta nama dan alamat sendiri.
Siapa pula AIMAN?
Di bahagian bawah bungkusan tertulis : AWAS AYAT SUCI AL-QURAN.
Setelah benar-benar pasti penerima diri kita sendiri dan alamat memang betul tepat sekali, jadi kita pun buka bungkusan.
Ada dua kotak warna hitam. Apabila dibuka kedua-duanya mengandungi penanda Al-Quran logam yang sangat cantik! Rasa seronok sangatlah kitanya yang menerima. Tapi, siapa pengirimnya? Rasanya nama AIMAN itu nama pengirim dari Tik Tok Shop sebab ada tertulis berkataan Tik Tok Shop tersebut di bahagian atas bungkusan.
Sepasang Penanda Al-Quran Logam |
Siapa tidak suka terima hadiah kan?
Memang teruja sangatlah sewaktu membukanya.
Cantik sungguh Penanda Al-Quran Logam ini. |
Sayangnya tidak diketahui siapakah pengirim misteri itu. |
Teruja punya pasal, kita pun terus pasang dalam Al-Quran. |
Semoga pengirimnya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Terima kasih sekalung budi. Kita tidak jadi tidur, dan terus tulis entri ini. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, kalau mengaji Al-Quran kami gunakan lidi sebagai penanda. Paling istimewa apabila dapat bulu landak yang tajam dan cantik dijadikan penanda Al-Quran menggantikan lidi. Sekarang, kalau mengaji Al-Quran suka lipat hujung muka surat sebagai penanda. Sudah dapat penanda Al-Quran logam ini, in syaa Allah akan digunakan selepas ini. Semoga pahala terus mengalir untuk pengirimnya.
Siapakah pengirimnya?
Kalau ada di antara rakan blogger yang mengirimkannya, boleh beritahu tak empunya diri? Boleh juga emel atau mesej melalui WhatsAap.
15 comments
Wah...cantik penanda al-quran tu...tak pasti siapa yang kirim yang pastinya bukan SA..siapakah si dia yang misteri tu ye...
BalasPadamItulah SA... tertanya-tanya siapakah gerangan pengirimnya.
PadamWahhhhhh, pengirimnya tentu besar hati melihat penanda Al-Quran telah bertahta di tempat selayaknya. Syukur3, selamat sudah sampai ke tuannya tu.
BalasPadamSiapa tak gembira dapat hadiah kan SK. Tak disangka-sangka pula kedatangannya.
PadamAnak murid Kak Amie kot...
BalasPadamTak pernah ada nama anak murid Aiman.
PadamSaya baca senarai pemenang dari blog Saje Suka-suka, ada nama kak Amie. Boleh jadi dari kak Notie. Maafkan saya, kalau salah.
BalasPadamCantik, penanda Al-Quran. Dulu pun, saya guna lidi sebagai penanda.
Sewaktu J&T telefon, memang terdetik dalam hati kiriman Notie kot. Tapi rasanya Notie kirim kain. Tak tahulah kalau kirim penanda al-Quran pula.....ahaks.
Padamada ternampak iklan ni dalam FB tapi bila dah tenguk amie punya wow cantik lah.
BalasPadamEh, baru sebut nama Notie....hihihiii.
PadamCantiknya penanda Al-Quran ni. Sekarang ada macam-macam jenis penanda Al-Quran. Ada nampak jenis resin epoxy. Zaman saya dulu guna duri landak tu. Cantik betul. Misteri sungguh siapa pengirim ni. Harap pengirimnya muncullah supaya Kak Amie tak tertanya-tanya.
BalasPadamMasa kecik dulu guna duri landak atau lidi je. Sekarang macam2 dah ada penanda alquran ni. Semuanya cantik2.
BalasPadamcantik penanda alquran...baru tau ada jual jenis macam ni...mesti secret admire kak amie hehhehe
BalasPadamHarap dah dapat jawapan siapa yang hantar.
BalasPadamSungguh cantik penanda bacaan Al Qur'an itu, Mbak.
BalasPadamJadi belum diketahui siapa pengirimnya?
Alhamdulillah saja Mbak...
Salam,