Nasi Lemak Beras Huma
8:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi ringankan kaki melangkah ke dapur. Kononnya hendak masak nasi lemak lauk sambal tumis ikan bilis. Masak yang ringkas-ringkas sahaja.
Nasi Lemak & The Gang |
Beras Kampung |
Apabila masuk dapur teringatlah beras huma @ beras kampung @ beras bukit yang dibeli di Kundasang sebulan yang lalu. Ketika itu dalam perjalanan pulang dari jalan-jalan ke Brunei dan Sarawak. Sempat beli tiga bungkus beras, satu bungkus beras pandan wangi dan dua bungkus beras bario. Setiap bungkus berharga RM20.00.
Pelbagai jenis beras bukit @ beras kampung @ beras huma. |
Kita gunakan beras pandan wangi untuk dijadikan nasi lemak. Oleh kerana beras huma tidak makan air, jadi Amie masak cara kukus supaya tidak benyek atau lembik.
Nasi Lemak Beras Pandan Wangi |
Encik Suami suka makan salad, jadi Amie tambahkan hirisan timun dengan tomato dan daun salad. Maklumlah apabila sudah berumur seperti kami, kenalah belajar lebihkan makan sayur walaupun nasi lemak biasanya hanya ada timun sahaja.... ahaks!
Inilah sambal ikan bilis idaman hatiku! Selalunya kalau masak nasi lemak, buat sambal bawang sahaja. kali ini hendak mengimbau kenangan lalu. makan nasi lemak dengan sambal ikan bilis.
Telur rebusnya pula bercampur-campur. Dalam satu tray 30 biji, ada telur ayam biasa, ada telur omega juga. Hasilnya, ada kuning telur, ada kuning telur warna oren.
Ikan Bilis Mata Biru & Kacang Tanah Goreng |
Sambal Kerang |
Sebenarnya terjumpa iisi kerang di dalam freezer. Kebetulan hendak masak sambal ikan bilis. Jadi sewaktu masak sambal, bahagi dua periuk. Satu periuk bubuh kerang, satu periuk lagi bubuh ikan bilis. Dapatlah dua jenis sambal.
Sup Ceker |
Selain isi kerang, jumpa juga ceker. Masak sajalah ceker dalam slow cooker. Tambahkan halia, bawang besar dan bawang putih serta kurma merah. Selepas tekan butang 'high' kita masuk bilik, berehat-rehat. Selepas solat asar turun semula ke dapur. Ceker sudah mula lembut, jadi kita tukar butang 'slow' pula. Lepas itu barulah mula masak nasi lemak.
Mangga Udang |
Bismillah |
Sekian, cerita masak nasi lemak yang tertangguh dari hari Rabu ke hari Khamis, tertunda lagi ke hari Jumaat. Tak jadi masak hari Jumaat, hendak masak pada hari Sabtu. Akhirnya nasi lemak siap pada petang Ahad.
9 comments
ceker tu kaki ayam eh?
BalasPadamBetul Uncle.
PadamMesti wangi kan nasi lemak Kak Amie ni ..
BalasPadamSambal tumis bilis dan kerang tu menarik hati sungguh
Wangi semulajadi, tak sekuat aroma beras wangi Siam tu. Sambal tumis tu agak kering sikit.
PadamMenarik beras yang dijual, ada macam-macam warna.
BalasPadamHidangan nasi lemak kak Amie pun sangat menarik, tersusun kemas semuanya.
Ya, ada Macam-macam jenis beras huma. Terima kasih Ujie.
PadamSedapnyaaaa..baru SAbtau beras huma x makan air...so kena kukus kalau nak makan dia ye....akak..mangga udang yg akak tanam ke tu?
BalasPadamKalau biasa masak, pandai sukatan airnya boleh masak cara biasa. Kak Amie takut terlembik, tu pasal masak cara kukus. Ya, mangga udang dari pokok sendiri.
PadamBanyak betul pilihan beras nya...kalau Linda, memang tak reti nak masak nanti tu...
BalasPadam