Makan Tengah Hari di Tawau Cocoa Cafe
11:58 PGBismillahirrahmanirrahim.
Setelah meronda di sekitar Cocoa Village, kami singgah di kafe untuk makan tengah hari. Cocoa Kafe seperti sebuah rumah banglo, ada bilik-bilik dan ruang tamu. Pengunjung kafe boleh memilih tempat duduk yang sesuai dan ikut keselesaan masing-masing.
Smoked Duck Aglio Olio |
Di atas meja makan ada hirisan daun pandan buat bau-bauan yang menenangkan. |
Setiap pengunjung yang datang boleh serahkan tiket masuk di kaunter pesanan di kafe, dan kami diberikan segelas kecil minuman coklat sejuk.
Tiga gelas coklat sejuk untuk kami bertiga. |
Firdaus mengisi borang pesanan makanan, dan pelanggan dikehendaki membawa ke kaunter untuk menjelaskan bayaran. Makanan akan dihantar ke meja pelanggan oleh pelayan cafe.
Firdaus : Blue Summer |
Yang warna biru itu kiub ais. |
Lemon masu sejuk. |
Encik Suami memesan Hot Honey Lemon tapi yang datang sejuk pula. Biarlah, kata Encik Suami. Tak payahlah minta tukar. Nampak pelayan kafe pun sibuk melayan banyak pelanggan dari meja-ke meja.
Amie : Tropical Pineapple |
Rasanya hendak memesan lagi segelas ... ahaks! Rasa Tropical Pineapple ini sama seperti yang selalu Bonda kita buat, nanas dicincang dan direbus bersama gula dan kulit kayu manis serta cengkih.
Hot Honey Lemon & Sebiji Coklat |
Tidak lama kemudian, datang pula Hot Honey Lemon. Encik Suami kata, sudah minum honey lemon ais yang datang awal tadi. Mungkin silap hantar, kata pelayan kafe. Nanti saya semak semula pesanan, katanya lagi. Kami beritahu, tidak mengapa. Kami akan bayar honey lemon ais itu. Pelayan kafe datang semula dan beritahu kami, tak perlu bayar honey lemon ais kerana itu kesilapan dari dapur. Nampaknya, rezeki Encik Suami dapat dua minuman dalam satu harga.
Encik Suami : Smoked Duck Aglio Olio |
Encik Suami suka makan itik, dan kebetulan ada Smoked Duck Aglio Olio. Itulah pilihannya. Spaghetti yang dihidang itu bukan dibubuh kicap, tetapi warna daripada koko. Spaghetti koko ini ada dijual di Elaies Hall. Itik salai itu pula Encik Suami pelawa kita makan. Makanlah sekeping.
Daging itik salai terasa asapnya dan lembut pula! |
Amie : Grilled Salmon |
Kulit salmon dipanggang garing. Isinya lembut berjus. |
Habis licin kita makan salad dan kentang goreng tetapi terpaksa minta tolong Encik Suami untuk habiskan ikan salmon. |
Firdaus : Korean Spicy Fried Chicken with Fries |
Macam sedap jew tengok Firdaus makan. Bebrapa kali jugalah dia pelawa kami makan ayam goreng tapi masing-masing sedang berusaha untuk menghabiskanb hidangan sendiri.
Dalam perjalanan keluar dari Cocoa Village, kami singgah beli aiskrim koko di hujung Elaeis Hall. Ada pelbagai produk koko dijual di sini termasuk sabun dan syampu. In syaa Allah, pada masa yang lain kalau berkesempatan datang lagi memang hendak beli beberapa produk penjagaan kulit di sini.
Ais Krim Koko - RM8.00. Jom balik. |
Sewaktu datang pagi tadi, tempat letak kereta di bawah pokok kelapa sawit masih kosong. Sekarang, sudah penuh.
Lebih kurang pukul 2:45 petang kami tinggalkan Teck Guan Cocoa Village.
Sampai di LA Hotel, tak sabar hendak mandi, bersihkan diri, solat dan berehat!
8 comments
Sedap semuaaaaaa 😍😍😍😍🤤🤤🤤. Saya pun baca ini saat belum makan 😅. Makin lah lapar.
BalasPadamMembayangkan salad, tp ada potongan nenas, drooling langsung kak. Nenas nih memang sedap kalo dibuat apapun. Makanan, minuman, asalkan manis yaa 😄
Rumah sy ada nenas. Rasa nak buat jugaklah nenas cincang tu, selalu blend terus.
BalasPadammenariknya ...makanan & air pon tergoda ❤❤
BalasPadamMenarik ais ketul warna biru. Pakai bunga telang agaknya buat ais.
BalasPadamMakanan dan minuman kat sini bukan je nampak sedap tapi nampak menarik.
Sy pun tertarik dgn jus nenas tu ...
BalasPadamFirdaus nampak kurus sikit la... Makin hensem :)
Mesti sedap air koko tu. Rezeki husband kak Amie dapat dua minuman yang sama versi panas dan sejuk untuk satu harga. Minuman sedap, makanan pun sedap. Seronoklah tetamu yang datang menjamu selera di sini. Kita tengok pun dah terliur.
BalasPadammenu2 yg mengoda, tertarik dgn air nenas tu, kebetulan semua bahan ada kat rumah, kalau tak fikir hari dah agak mlm, mmg ada ler yg try buat 😀
BalasPadamSajian menu makannya sungguh menggoda selera nih Mbak.
BalasPadamAduh,,,tapi saya tertarik sekali dengan es krim koko itu...sepertinya sangat menyegarkan...
Salam,