Hendak Makan Coto Makassar Akhirnya Makan Nasi Saja!
7:45 PTGBismillahirrahamanirrahim.
Setelah berehat sekembalinya dari Cocoa Village, perut rasa laparlah pula. Jadinya, kami pun jalan-jalan cari makan di sekitar Garden City Tawau. Sayangnya tempat makan yang dituju sudah ditutup buat selama-lamanya. Akhirnya kami singgah masuk di sebuah restoran yang menawarkan aneka hidangan soto. Terasa-rasa panasnya kuah yang akan dihirup!
Sayangnya apabila kami memesan makanan yang ditawarkan, itu tak ada dan ini tak ada. Coto Makassar tiada. Sup tulang habis. Semua jenis soto termasuk soto perut, daging dan sebagainya yang terpampang dalam gambar tidak ada. Yang ada hanya Soto Banjar. Encik Suami hendak minum honey lemon, juga tidak ada. Oleh kerana malas hendak mencari tempat makan lain, duduklah kami menyerah diri di sini. Makanlah apa yang ada.
Jadinya, terima sahajalah pilihan yang ada ketika itu iaitu set nasi ikan putih goreng. Sebenarnya set nasi ikan talapia, tapi katanya ikan talapia habis. Yang ada hanya ikan putih. Ikan putih pun ikan putihlah.
Set Nasi Ikan Putih Goreng |
Beli air mineral saja. |
Wantan Goreng |
Encik Suami : Soto Banjar |
Soto Banjar |
Firdaus : Mix Platter |
Amie : Set Nasi Ikan Putih Goreng |
Ikan Putih Goreng |
Lauk : Ikan Putih Goreng, Sambal Tomato, Kerabu Mangga, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak & Sup Kosong. |
Bismillah. |
5 comments
Apa beza soto banjar eh?
BalasPadamIngat ikan tilapia tadi. Ikan putih macam tak pernah tengok.
BalasPadamBanyak betul yang habis ni, dah tak nak meniaga agaknya minggu depan, hahaha. Nak jadi macam kedai yg tutup selama-lamanya tu ke?
BalasPadamSoto banjar tu macam soto kita yang biasa tu ke kak? cer cerita sikit kak camne? Nampak sedap ikan putih tu bila di goreng dengan tepung gitu kak. Set Daus memang sentiasa sedap
BalasPadamTok nenek Saya org banjar...x pernah jumpa soto banjar lagi...
BalasPadam