Di Sana Mengembek Di Sini Menguak!
6:50 PTGHari ini ada kelas tambahan di ladang. Dalam perjalanan pulang minta Encik Suami singgah di Kedai makan Pakistan. Kebetulan setiap hari Jumaat kedai ini jual nasi briyani. Kami makan tengah hari, agak terlewat di sini.
Nasi Briyani Pakistan |
- Nasi Briyani Kambing
- Nasi Briyani Daging
- Teh Pakistani Panas
- Teh Pakistani Ais
Nasi Briyani Pakistan |
Lauk Kambing - Mbbeeeekkkk |
Lauk Daging - nguaaakkkkk |
Dagingnya sangat lembut, dan berlemak. |
Teh Pakistani Panas & Teh Pakistani Ais |
Rupanya anak buah beli buah laici dari Kota Kinabalu. Terima kasih atas ingatan untuk kami. Makanlah kami bertiga di dapur. Manis buahnya.
Firdaus tanya, bolehkah dia goreng nasi sendiri? Ada baki nasi semalam dalam peti sejuk. Eh, dia hendak makan nasi goreng pula. Amie pun dengan senang hati setuju dengan cadangannya. Jadi, selamatlah petang ini tak payah masak nasi. Kami berdua sudah kenyang makan nasi briyani, Firdaus pula makan nasi goreng! Pandai pula budak kecil itu goreng nasi. Ada rasalah juga nasi gorengnya.
Buah Laici |
Mangga Udang menyandarkan diri di perdu pokok. |
Sekian, celoteh petang ini.
Dari cerita makan nasi briyani menyimpang jauh ke bawah pokok mangga udang pula!
5 comments
Lauk kambing dan daging tu sedapnya rasa Kak Amie. Teh Pakistani Ais tu pun sama. Wahhh Firdaus bagusnya pandai goreng nasi ya.
BalasPadamSedapnya, makan nasi briyani pakistani. Nampak sungguh sedap! 😋
BalasPadamBuah mangga udang tu, nampak besar.
Alhamdulillah, dapat nikmati hasil nanas tanam sendiri. Saya punya pokok nanas masih belum berbuah. Huhu..
Terliur pulak tengok nasi beriani dengan kari kambing tu. Besarnya mangga. Laici tu pun sedapnya la. Semua terliur ni. Hahaah
BalasPadamIyee, sekarang ni sampai ke malam menu nasi lemak boleh dihidangkan. Agaknya bilalah nasi lemak tu akan dibuat oleh kak Amie. hihi..Bila tiba masanya. Yang pastinya akan dibuat jugak. Rezeki orang memberi buah laici. Agaknya musim buah laici kot sekarang. Di blog kak Dana pun ada cerita buah laici. Wah, pandai sudah Firdaus masak nasi goreng. Agaknya tengok mommy masak, dia pun dah pandai masak. Banyak juga hasil buah mangga udang tu, boleh juga berkongsi dengan keluarga terdekat. Lumayan besar buahnya. Elok tak ada musuhnya. Dapatlah merasa. Nanas tu macam lama juga dia nak menghasilkan buah. Kalau dapat makan buahnya memang seronoklah menanam.
BalasPadamtertarik dgn buah laici & seronoknya menjadi tanaman nenas dan mangga ❤❤
BalasPadam