Bismillahirrahmanirrahim.Selamat tinggal 2023. Banyak impian dan harapan yang hampir terlaksana tetapi ada yang terkulai di hujung tahun. Sudah semestinya memberi kesan yang mendalam dan biarlah segala kenangan pahit itu bertukar manis apabila di kenang.Sebagai manusia kita hanya mampu merancang namun Allah Maha Perancang. Semoga apa yang berlaku ada hikmah dan iktibar yang boleh dikutip dengan hati yang reda dan berlapang dada. Segalanya sudah menjadi...
Bismillahirrahmanirrahim.Nampaknya Amie terpaksa tutup pintu dapur untuk sementara waktu sehingga penghujung tahun 2023. In syaa Allah, ada rezeki dan dipanjangkan usia kita akan bertemu lagi pada tahun 2024.Selamat bercuti!Kredit : Google ...
Bismillahirrahmanirrahim.Teringin hendak makan Anggur Shine Muscat. Nampak harganya sudah turun sedikit berbanding beberapa bulan dahulu. Belilah 500 gram, orang kata buat ghaso-ghaso. Rasanya rangup dan manis bersari. Walaupun harga sudah turun namun kualiti tetap sama.Hari ini : Anggur Shine Muscat 500 gram RM20.80 sen10 Ogos 2023 : Anggur Shine Muscat 500 gram RM29.90 senHarga KayanganAnggur Shine Muscat ...
Bismillahirrahmanirrahim.Apabila dipujuk dan dirayu, akhirnya Amie mengalah. Akibat selalu bawa ubi rebus dan sambal tomato ke tempat kerja, kawan-kawan minta Amie jual sambal tomato! Aduhai.... bab jual-menjual ini memang kita lemah. Untuk tidak menghampakan permintaan mereka, Amie masak sambal tomato tapi Amie tidak jual. Amie berikan saja kepada yang suka sangat makan sambal tomato hasil air tangan Amie.Untuk tahan lebih lama, kena lebihkan...
Bismillahirrahmanirrahim.Ada pun pada suatu petang yang panas, beberapa minggu lalu kami bawa Firdaus makan di Perdana Square. Sewaktu memesan makanan dan minuman, Firdaus memilih Kopi Tarik Sejuk! Budak kecil hendak minum kopi? Kita beri pilihan lain seperti minuman coklat, tapi dia hendak minum Kopi Tarik juga. Suka hati kamulah Firdaus. Kita pula memesan Teh Tarik Sejuk, manakala Encik Suami lebih berminat dengan Lemon...
Bismillahirrahmanirrahim.Memetik tulisan ruangan Bingkisan Penerbit, Ketua Editor Bulan terbit (dahulunya SyFE Management): Warisan budaya sesuatu komuniti atau kelompok masyarakat adalah berbeza. Maksud berbeza ialah warna-warna budaya yang lazim ditemukan dalam kelompok masyarakat, termasuk rujukan nama dan cara penggunaannya. Hal berkaitan budaya diketahui amat luas pengertiannya. Ia mencakupi seni budaya makanan, pakaian, permainan dan perayaan mengikut kaum atau etnik di sesuatu tempat, daripada kaca...
Bismillahirrahmanirrahim.Firdaus hendak makan kentang.Encik Suami hendak makan peria.Kita hendak makan tempe.Penyelesaiannya, masak sekali harung ketiga-tiga bahan menjadi sambal ditambah udang dan petai. Hasilnya, sudah tentu semua dapat makan bahagian masing-masing dalam satu hidangan. Hendak tulis nama resipi Sambal Kentang & Tempe Campur Peria, Udang dan Petai.... aduhai! Panjang sangat nak baca. Jadinya, namakan saja Sambal Kentang & Tempe.Sambal Kentang & TempeResipi Sambal Kentang...
Kuih Tradisional Nusantara
Kuih Penjaram - Kuih Tradisional Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas
Bismillahirrahmanirrahim.Jom sembang-sembang tentang sejenis kuih bernama kuih penjaram yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, masih mendapat tempat di hati dan selera penggemar kuih tradisional di Sabah. Nama lain kuih ini ialah:Kuih PinyaramKuih PenyaramCucur JawaCucur Gula MerahKuih UFOMexican HatsKuih PenjaramDulu Amie rajin juga try and error buat kuih penjaram. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang jelek kejadiannya. Lama-lama tak berminat untuk mencuba lagi,...
Bismillahirrahamanirrahim.Biasanya waktu tengah hari orang sibuk hendak makan nasi tetapi Encik Suami hendak minum kopi madras pula. Katanya kopi madras di Kopitiam Que Que lebih sedap dari kopi madras di Restoran XYZ.Ayoklah kita temankan dia minum kopi madras di tengah hari bolong. Tengah hari bolong merujuk maksud mata hari yang sedang panas-panasnya. Kita selalu dengar orang Cocos menyebut waktu tengah hari di tambah...