Meranduk Air Laut di Pulau Timbun Mata

9:37 PTG

Akhirnya Amie buka kasut! Tangan kiri pegang kasut, tangan kanan kepit beg! Jalan berlahan-lahan takut terpijak batu karang atau terperosok dalam lubang, maklumlah berjalan di atas pasir berlumpur! Syukurlah, tidak ada batu karang dan tidak ada kulit siput atau kulit kerang yang Amie pijak. Lantai laut berpasir lembut tetapi lumpur tidak boleh dibuat kawan. Memang basahlah sampai ke paras lutut, tapi Amie terpaksa harungi juga, meranduk air laut bersendirian. Bot semakin ditolak ke bahagian air yang lebih dalam, dan bermakna air kini sudah sampai ke peha pula!

Apabila masuk ke dalam bot dengan sebahagian pakaian yang basah, memang rasa kurang selesa. Menoleh ke arah jeti, kelihatan Kavvy, Kam dan Risa sudah sampai ke hujung jeti. Mereka juga teragak-agak untuk masuk ke dalam air laut!

Tiba giliran Kavvy, Kam dan Risa untuk meranduk air laut!

Kelihatan Misa di belakang sanun sedang bergerak ke hujung jeti.

Risa, Kavvy dan Kam sudah berada di dalam air dan sedang mencari jalan menuju ke arah bot.

Tour guide kami kutip obor-obor di tepi bot.

Kata Daddy Kavvy, sewaktu bekerja dengan orang putih di laut, kalau mereka terjumpa obor-obor mereka akan cantas kaki obor-obor dan kemudian perahkan limau, lalu dimakan begitu saja! Alamak! Tak ada racunkah? Entahlah, kata Daddy Kavvy. Orang putih tak mati pulak makan obor-obor tu.

Tour guide tadi menuju ke arah kawan-kawan, dan membantu Kavvy mencari jalan untuk sampai ke bot.

Di belakang sanun, muncul Akmi bersama Yantie!

Kenapa tu? Oh! Rupanya ada perahu menuju ke arah jeti!

Teruskan Kam dan Risa! Tak jauh lagi.

Aduhai! 

Menangiskah kau Risa?

Relaks saja si Misa.

Okey Risa. Naik tangga... 1, 2...3.

Ahahaaa...ahahaaaaaaks!

Akmi dan Yatie menaiki perahu.

Amboi! Tak aci. Orang lain basah, awak berdua kering baju duduk dalam perahu!

Tak apalah! Rezeki hari kemerdekaan! Tak sia-sia bawa Jalur Gemilang.

Kami tinggalkan Pulau Timbun Mata.

Cantik betul warna air laut yang sekejap biru muda sekejap warna hijau zamrud!

Sekali lagi kami diuji dan teruji!
Tour guide kata kami kena masuk air lagi!

Rugi kalau tak turun bot, kata tour guide. Cantik ambil gambar di Pantai Kahona ini, katanya lagi.


Satu persatu kawan-kawan turun meranduk air laut untuk sampai ke Pantai Kahona. Kam kata, tak ada batu karang. Pasirnya putih dan lembut! Huurrmmm...! Alang-alang sudah separuh basah di Pulau Timbun Mata, biarlah basah terus di Pantai Kahona. Bukan selalu dapat beraksi di Pantai Kahona. Pantai Kahona? Macam filem Kal Ho Naa Ho saja bunyinya nama pantai di sini.... ahaks!

22 comments

  1. best betul meranduk air laut tu, kalau saya berendam sekali lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasa Mulia,
      baju cukup-cukup saja, tu tak berani berendam.

      Padam
  2. haha alang-alang dah masuk air tu.. mandi je terus! seronok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK,
      betul juga, sayangnya baju hanya du badan saja, sebab lepas tu nak balik.

      Padam
  3. Sedap obor obor. Yang Kering banyakbada dijual dipasar.

    https://youtu.be/5K6b4tgIs6o


    https://youtu.be/jZVNtvBuq24


    https://youtu.be/K9Q0Bl6iXxQ

    Banyak khasiat.. collagen kak oii..kulit rambut etc..

    BalasPadam
  4. Lagi satu lebihkan bawang putih, besar Dan halia bila masak . Serta peria, peria katak...elok untuk Cuci darah. Bila kena bisul etc..

    Vitamin c..juga.. semoga sehat selalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. G,
      Tq for sharing. Setakat ni belum pernah makan obor-obor.

      Padam
  5. Jauh kena randuk, nasib ada juga perahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dunia Zumal,
      nak buat macamana, air laut tiba-tiba tohor.

      Padam
  6. Best juga tu merandai air. Sesekali basah kak amie. Kalau tak bawa barang mungkin dah main air sekali tu kan. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      memang best basah ramai-ramai hahahaaa.

      Padam
  7. Alamak seronok tengok pemandangan laut dan awan putih. Cuaca pun cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. NA,
      pulau-pulau yang tak dicemari memang cantik.

      Padam
  8. Saya ingat ada Bollywood movie Kaho naa Pyaar Hai,movie pertama Hrithtik Roshan berlakon.
    Tiba2 air tuhur ke Kak.

    BalasPadam
  9. diorg mkn obor2 mcm tu je? eee x bahaya ke? takutnyaaa ada racun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Anies,
      yang dah biasa makan tu agaknya dah tahu mana bahagian obor - obor yang ada racun.

      Padam
  10. kutip obor obor pgg macam tu je? aduhhhhhh scaryyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      dia nampak obor-obor mengambang di permukaan air, terus dia ambil gitu jew.

      Padam
  11. Seronoknya main air! Cantik pemandangan sekitar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farrah,
      memang seronok tapi yg tak seronok sbb tak rancang nak masuk air heheheee.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe