Makan Tengah Hari : Nasi Lemak
3:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kita turun ke ladang, melaksanakankan program A.G.E - Aspire for Greatness in Education. Firdaus pula menghadiri kelas tambahan di sekolah agama dari pukul 7:30 -11 pagi. Kemudian Firdaus datang ke sekolah rendah untuk mengikuti rakaman pertandingan Choral Speaking dan dijangka selesai pada pukul 3 petang.
Menjelang tengah hari, Amie dengan Encik Suami jalan-jalan cari makan. Singgahlah kami di Nasi Lemak & Co berhadapan pejabat Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) bersebelahan dengan TOYOTA.
Nasi Lemak Sotong Goreng |
Fried Popiah - RM8.90. |
Sementara menunggu nasi lemak sampai, kami makan popia. Kedai yang tadinya hanya empat meja makan penuh, kini semakin didatangi para pelanggan. Tiba-tiba terperasan ada dua orang anak murid, lelaki dan perempuan lalu di sebelah tempat duduk kita. Melalui ekor mata, kita nampak mereka duduk di tempat makan paling hujung. Ada tiga orang semeja, mungkin bersama ibunya.
Kita tarik nafas perlahan-lahan. Dia murid lelaki, tinggi lampai dan segak. Tahun lepas dia inilah yang membuat Amie menangis sendiri. Dia sangat rajin. Tidak perlu diarahkan, setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, dialah yang akan bersihkan papan tulis. Dia juga yang menyusun kerusi di tempat asalnya yang ditinggalkan oleh kawan-kawannya.
Suatu hari Amie minta bantuan dia dan rakan-rakannya menyusun kertas modul SPM, lebih kurang 52 muka surat, dan siap distapler. Amie ucapkan terima kasih setelah mereka selesai membantu. Rupa-rupanya semua muka surat tidak disusun mengikut urutan nombor. Barulah Amie sedar, merekalah enam orang murid yang tidak kenal huruf termasuk angka! Peristiwa inilah yang membuatkan Amie menangis kerana Amie menyangka mereka boleh membuat kerja menyusun kertas seperti murid lain!
KPI sudah dirangka. Kami dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian pengurus ladang supaya mereka semua lulus SPM. Mereka ini setiap hari selepas tamat sesi persekolahan, akan mengikuti program PROBIM - Program Bimbingan Membaca, Menulis & Mengira. Selepas tamat sesi PROBIM, mereka mengikuti kelas tambahan termasuk subjek yang Amie ajar.
Murid yang sangat lemah asas 3M terpaksa mengikuti sepenuhnya sesi akademik untuk menduduki SPM! Mereka memang boleh menulis, tetapi tidak faham bahasa. Bukan sahaja lemah bahasa Melayu tetapi juga bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Ada yang menulis nota dan jawapan soalan latihan (dibimbing) tetapi semua perkataan bersambung dengan perkataan seterusnya! Ada yang menulis dengan perkataan terbalik!
Mereka anak yang baik! Masuk kelas tepat waktu. Tidak pernah ponteng sekolah apatah lagi ponteng kelas. Tetap menyiapkan tugasan walaupun semuanya salah! Amie tidak pernah pangkah jawapan mereka, sebaliknya Amie tulis : USAHA LAGI.
Oh, kedatangan minuman yang dipesan menghentikan lamunan.
Amie sengaja memesan Hot Chocolate, sebab sudah memasang harapan untuk tidur di sebelah petang. Memang tambah berlemaklah, makan nasi lemak minum chocolate panas! Encik Suami pula memesan Kopi Caramel Macchiato.
Amie - Hot Chocolate - RM8.90 |
Encik Suami - Kopi Caramel Macchiato - RM14.90. |
Amie - Nasi Lemak Sotong Goreng - RM18.90. |
Banyak sotong gorengnya! |
Encik Suami - Nasi Lemak Udang Goreng - RM18.90. |
Separuh udang goreng Encik Suami, pindah ke pinggan nasi lemak kita. |
Nampak sedap pula udang goreng di pinggan nasi lemak Encik Suami. Kita minta tukar dengan sotong. Encik Suami ambil semua sotong kita kecuali janggut sotong, dan kita ambil udang goreng Encik Suami. Nasi lemaknya cukup rasa, lemak dan wangi pandan. Sambalnya pedas-pedas manja. Encik Suami kata sedap ikan bilis gorengnya. Pendek kata semua sedaplah.
Sesekali kita minum chocolate panas, tapi tak rasa chocolate pulak dah. Rasa pahit sedikit. Ah, minum sajalah sampai hampir habis secawan.
Selepas habis makan nasi Encik Suami menghabiskan minumannya. Tiba-tiba Encik Suami kata : Ini coklatlah!
Sudah! Kami tersalah minum.
Ayoyoooo... nampaknya hendak tidur petang ini jadi tak tidur kot sebab terminum kopi! Memang tak berapa boleh nak tidur. Itu sebabnya tulis entri ini.
Hot Chocolate |
Sewaktu Encik Suami ke kaunter untuk membuat pembayaran, pekerja kaunter beritahu ada orang sudah bayarkan makanan kami. Amie minta tunjukkan siapa dan di mana mejanya insan yang belanja kami itu. Maka ditunjukkanlah ke arah meja hujung, katanya wanita berpakaian merah, yang sedang duduk bersama anak murid Amie!
Amie bersama Encik Suami menuju ke arah mereka dan wanita berpakaian merah menegur Amie dengan ramah. Tersipu-sipulah kita sebab dibelanja makan. Kami bersalaman, dan wanita berpakaian merah tadi tunjuk arah anak lelakinya sambil berkata: Cikgu, anak saya cakap cikgu baik.
Allahu Akbar!
Amie terus peluk bahu wanita berpakaian merah itu.
Amie kata: Anak puan anak yang baik. Sopan santun. Rajin tolong bersihkan kelas.
Amie kata: Anak puan anak yang baik. Sopan santun. Rajin tolong bersihkan kelas.
Si ibu memandang anaknya sambil tersenyum dan menuturkan beberapa patah perkataan dalam bahasa mereka, lalu disambut dengan senyum manis anaknya. Terpancar raut wajah ceria kedua-dua ibu dan anak.
Amie sambung lagi : Dia sangat rajin belajar. Mudah-mudahan nanti lulus SPM dengan baik.
Terlihat riak gembira di wajah kedua-duanya. Di hati ini hanya mampu membisikkan kata : Allahu Akbar! Tanpa disedari aku telah memberi harapan kepada mereka walaupun aku sendiri tidak pasti!
Setelah berbual seketika, kami minta izin untuk keluar.
8 comments
Allahuakbar...besar pengorbanan Amie dan cikgu² yg lain..menitis air mata Linda..semoga anak itu beroleh keputusan yang selayaknya..
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamSy berdoa, berkat sedekah ibu ini kepada cikgu anaknya, anaknya akan lulus spm nanti. Ianya tak mustahil, insyaAllah.
BalasPadamLupa nak komen, kelakar jugak bila tahu punca dia buat Kak Amie menangis, heheheh.
BalasPadamMana tak menangisnya SK, modul tu untuk program pecutan akhir calon SPM 2024, untuk 5 kelas! Jenuhlah buka balik stapler dan susun muka surat ikut urutan yang betul .... ahaks!
PadamAlhamdulillah...baiknya murid ni. Tetap kenang jasa kak Amie sebagai seorang guru yang baik. Kita pulak yang sebak baca kisahnya. Semoga dia mendapat keputusan yang baik dalam SPM nanti. Aamiinnn...
BalasPadamMenu nasi lemak dia menarik. Puas hati dapat makan ni. Macam biasalah menu pinggan orang sebelah mesti nampak menarik kan. hihi...boleh pulak tertukar airnya. Takpelah dapat rasa. Tapi dah minum kopi dapat tidur ke tidak tu nanti. hihi...
Macam kena frank kan cikgu..memang agigen yang sangat menyentuh hati..cikgu ni memang baik
BalasPadamMula2 follow kak amie dulu Cie tertanya2 kak amie ni kerja apa sebab sebut ladang. Hihi. Lama2 baru dapat tangkap cikgu rupanya. Bagus anak murid tu mesti dia selesa belajar dengan cikgu amie sebab tu mak dia belanja makan sebagai tanda terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.
BalasPadam