Welcome To Mummy Firdhan Homestay Rembau
10:20 PGBismillahirrahmanirrahim.
Jalan-jalan bersama keluarga diteruskan. Kali ini tanpa Abang Farid. Semoga Aseeyah semakin sembuh. Pemandu kereta bertukar-tukar di antara Fairuz dan Fuad. Encik Suami lebih banyak menjadi penumpang.
Selesai urusan di Pagoh, kami bergerak menuju ke Rembau dan sampai di tempat penginapan tepat pukul 7:29 malam. Kali ini Abang Farid tempahkan di Mummy Firdhan Homestay, Jalan Dato' Raja Diraja, Rembau, Negeri Sembilan.
Welcome To Mummy Firdhan Homestay RM280.00 Penilaian Kualiti Booking.com - 10 : Luar Biasa |
Dari luar pagar terlihat keluasan kawasan rumah. |
Kawasan sebelah kiri sebelum masuk ke dalam rumah. |
Ruang tamu / ruang tamu. |
Ruang menonton. |
Bilik tidur. |
Bilik tidur dilengkapi dengan almari pakaian. |
Bilik air. |
Bilik tidur utama. |
Bilik mandi turut dilengkapi dengan sabun mandi, syampu, tisu dan sebagainya.
Satu lagi bilik tidur dilengkapi dengan tiga buah tilam dan tiga buah bantal serta sebuah katil bertingkat. Semua bilik juga disediakan sejadah dan penunjuk arah kiblat.
Katil bertingkat. |
Bahagian dapur dilengkapi dengan meja makan, peralatan memasak, peti sejuk, air minuman dan seumpamanya. Nampak bersih dan kemas.
Mesin basuh turut disediakan. |
Cerek air, rice cooker dan oven. |
Di sudut halaman rumah, ada serumpun pokok pisang yang sedang berbuah.
Ada meja dan bangku batu di sebelah kanan halaman dan di belakangnya ada pokok ciku. |
Bergambar kenangan pada keesokan paginya, 25 Disember 2023. |
15 comments
cantiknya homestay ni.. kemas...
BalasPadamTenang saja apabila kaki melangkah masuk dan dapat berehat dengan selesa.
PadamHarga dan rating tu memang berpadanan. Saya juga doakan Aseeyah sembuh
BalasPadamKami biasa tempah di Booking.com.
PadamTerima kasih doa untuk Aseeyah. Alhamdulillah, sudah sembuh dia.
HOMESTAY SELESA UNTUK MENGINAP SEBENTAR DI SANA
BalasPadamYa Kak PI. Kita menginap hanya untuk berehat dan bersihkan diri serta solat sahaja.
Padammemang sesuai sangat dapat full star kak sangat cantik dan kemas. Dapat penyewa yang cermat macam akak ok dapat yg dari neraka habisla, sebab suka tengok dia susun mcm nak duduk sendiri.
BalasPadamTiap kali menginap di mana-mana homestay memang siap pesan dengan anak-anak: Sebagaimana keadaan waktu kita masuk, begitulah keadaannya sewaktu kita keluar.
PadamWahhhh.. macam rumah sendiri dah ni.
BalasPadamMemang cukup selesa untuk merehatkan diri dan kembalikan tenaga. Tidur pun lena.
Padamkemas dan bersih hs nya...
BalasPadamSelesa berada di dalamnya.
PadamSemua homestay pilihan cikgu kemas dan menariks
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSetakat ini memang puas hati tempah dengan Booking.com.
cantik homestay nyer..berkenan SA, kat area situ memang ramai yang mengusahakan homestay...menambah pendapatan...
BalasPadam