Jejak Kaki ke Sungai Petani : Berehat Semalaman di The Lourve Moslim Homestay

8:47 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Fairuz memandu santai-santai dari RTC Gopeng menuju ke Sungai Petani, Kedah. Kita pula beberapa kali terlena dan apabila terjaga terpandang sawah padi. Entah di kawasan mana! Sambung tidurlah. Pukul 5:35 sampailah kami ke tempat penginapan The Lourve Moslim Homestay yang terletak di:
137  Jalan Perdana 9/7
Bandar Perdana,
Sungai Petani
08000 Kedah.

Kalau tak silap pada hari yang sama pada 25 Disember 2023, Mama Cella pun balik Kedah! Mama Cella balik Pendang kot. Adik ipar kita pun orang Pendang juga.

The Lourve Moslim Homestay

Dari pintu pagar sudah nampak keluasan homestay ini.

Di sebelah kiri homestay ada pokok rambutan dan pokok mata kucing.

Permainan gelongsor di sudut sebelah kiri hadapan rumah.

Mmeja dan bangku batu di halama kanan rumah.


Inilah si Aruz yang kami sewa dari KLIA Terminal 1.

Pintu sudah dibuka. Mari masuk ke dalam rumah.


Firdaus dengan bantal busuknya!



Meja makan terletak di tepi tingkap.

Bilik tidur di tingkat bawah.

Ada empat buah bilik tidur. Sebuah di tingkat bawah dan tiga buah lagi di tingkat atas.



Bilik tidur ini dilengkapi dengan sebuah bilik air.




Jom kita ke dapur. Sebuah mini bar yang comel terletak di tengah-tengah jalan menuju ke dapur.



Di kiri ruangan dapur, dilengkapi dengan peti sejuk.


Ada alat penapis air minuman.



Di ruangan dapur sebelah kiri pula tersedia pelbagai alat kelengkapan memasak seperti oven dan sebagainya.




Jom naik ke tingkat atas.



Alat kecergasan turut disediakan.


Comelnya bilik! Firdaus suka sangat dapat tidur di sini.



Kalau anak-anak kecil tidur di sini, sudah tentu waktu tidur dipenuhi dengan pelbagai mimpi!


Bilik air ini dikongsi dengan sebuah lagi bilik tidur.



Sebuah lagi bilik tidur dengan katil queen.





Bilik tidur Amie & Encik Suami.



Ada entra bantal dan selimut di dalam almari.


Tuala dan sejadah turut disediakan.


Bilik air.
Semua bilik air dilengkapi dengan gel mandian dan syampu.



Di belakang rumah ada pokok kari dan pokok pandan.



Kami sempat berbual-bual dengan tuan rumah yang datang untuk mengisi gel mandian dan syampu. Peramah sungguh tuan rumah. Semoga homestay beliau terus menjadi pilihan pelanggan. Memang sangat puas hati bermalam di sini. Selain luas, homestay ini sangat bersih dan cukup lengkap dengan segala kemudahan. Harga yang kami bayar untuk penginapan dua hari satu malam di The Lourve Moslim Homestay sebanyak RM246.59 sen.


Pada petang itu juga kami menerima kunjungan rakan Encik Suami yang tinggal berhampiran homestay kami. Alhamdulillah. Bakal besan kami di Pagoh, bekalkan kami dengan pelbagai makanan. Jadi, kami hidangkan untuk minum petang bersama tetamu.

Bekalan dari Pagoh :
Butter Cake
Kek Batik
Bahulu Cermai
Buah Anggur

Encik Suami bersama tetamu yang diraikan.

16 comments

  1. Wah siapa akan kahwin lepas ini?
    Bersih dan kemas penginapannya.

    BalasPadam
  2. wah...puas hati nie..kemas, lawa, lengkap...
    tp bab minum ptg tu, dah mcm dekat rumah sendri pulak...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam rumah sendiri kan. Cukup lengkap kelengkapan dapur untuk menghidang.

      Padam
  3. siap ada almari dapur viral. suka tengok langsir dan cadar katil corak bunga ros tu

    BalasPadam
  4. Sy masih tertanya² tujuan Kak Amie ke Sg Petani. Melawat saudara atau sekadar jalan²?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada saudara mara di sini untuk dilawat SK. Terlajak tempah homestay di sini sebab tak nampak homestay kosong di Penang hihihiii.

      Padam
  5. cantik jugak homestay nya kak macam yang sebelumnya, cantik selesa sangat. Harga pun sangat berpatutan puas hati sebab luas dan lengkap semuanya. Memang 1 semenanjung kan akak selalu berjalan bila cuti, puas hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang besar dan luas, boleh muat satu keluarga besar ni Dana. Bilik tidur empat.
      Jalan-jalan mana yang dapat jew Dana. Nak ke Kelantan dan Terengganu, musim tengkujuh pula.

      Padam
  6. Ya Allah,satu ketika nanti temukanlah dengan Cikgu Amie🤲
    Luas dan lengkap homestay tu & sangat berbaloi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Saya pun ingin bertemu Mama Cella.
      Mari kita selalu zikir ye Mama Cella. Mudah-mudahan terkabul hajat kita.

      Padam
  7. Pasti Encik Suami gembira dapat bertemu rakannya.

    BalasPadam
  8. Luas betul rumah ni Kak Amie, cantik walau perabot dan hiasan tak banyak mana pun...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe