Telur Dadar & Sayur Petola Masak Bening
6:14 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selesai ziarah adik ipar Bonda di Sungai Yu Tanjung Karang, Encik Suami terus memandu ke Batang Berjuntai untuk hantar Wak Kanang. Hujan turun sepanjang perjalanan ke Batang Berjuntai. Kebetulan pada petang tersebut ada pasar malam di situ. Setelah hantar Wak Kanang di rumahnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah Bonda, dan sempat pula singgah di pasar malam walaupun keadaan masih hujan! Hanya Amie dan Encik Suami yang turun dari kereta. Kami berpayung berdua.
Selesai ziarah adik ipar Bonda di Sungai Yu Tanjung Karang, Encik Suami terus memandu ke Batang Berjuntai untuk hantar Wak Kanang. Hujan turun sepanjang perjalanan ke Batang Berjuntai. Kebetulan pada petang tersebut ada pasar malam di situ. Setelah hantar Wak Kanang di rumahnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah Bonda, dan sempat pula singgah di pasar malam walaupun keadaan masih hujan! Hanya Amie dan Encik Suami yang turun dari kereta. Kami berpayung berdua.
Sebenarnya Amie yang bersungguh-sungguh ajak Encik Suami singgah di pasar malam sebab hendak mencari sayur petola. Teringat Bonda berkata dengan Wak Niah di dalam kereta : Sedapnya makan nasi dengan telur dadar dan sayur petola masak bening!
Agaknya selera Bonda terbuka sewaktu makan telur dadar di rumah Kak Lijah di Hutan Melintang dan di rumah Kang Salleh di Tronoh! Amie teringat masih ada beberapa biji telur di dapur Bonda. Cuma sayur petola sahaja yang tidak ada. Amie beli dua biji petola muda, seekor ikan talapia dan 30 cucuk sate ayam.
Sampai di rumah, Amie terus tukar pakaian dan bergegas ke dapur. Bonda tegur : Berehatlah. Kan baru sampai rumah. Tak payahlah masak. Penat tu.
Amie buat-buat tak dengar kata-kata Bonda. Amie terus masak nasi. Lebihkan air sebab ingat pesan Bonda supaya masak nasi lembik sikit. Cepat-cepat Amie cuci ikan talapia yang sudah dibersihkan oleh penjual ikan. Lumur dengan garam kunyit, dan terus goreng. Ambil beberapa biji telur dan pukul ringan, tambahkan hirisan daun bawang serta garam dan terus dadar. Sayur petola pula, Amie masak bening tapi rebus lama sedikit supaya lembut dan mudah untuk Bonda kunyah. Amie tambahkan ikan bilis, bawang putih, halia dan sedikit lada putih tumbuk. Hujan-hujan begini memang segarlah badan dapat hirup sayur petola bening.
Telur Dadar & Sayur Petola Masak Bening |
Ikan talapia ini berharga RM17.00 sekilogram. Amie beli seekor dengan harga RM10.00. |
Telur dadar sudah siap. |
Sayur Petola Masak bening siap! |
Sate ayam beli di pasar malam pun siap! |
Bismillah. |
Kita makan sate dengan nasi himpit saja. Sedapnya sate ayam dari Pasar Malam Batang Berjuntai. Minggu depannya kita hendak beli lagi, tapi ada sesuatu yang tak diduga berlaku pada hari tersebut. Tak dapatlah makan sate ayam itu lagi. In syaa Allah lain kali kalau balik Malaya memang hendak cari sate ayam di Pasar Malam Batang Berjuntai.
Oh ya! Bonda hirup berkali-kali kuah Sayur Petola Masak Bening. Malam itu Bonda kata tidur lena sampai ke pagi. Mungkin penat dua hari berziarah, katanya.
26 comments
Sikit nau sate tu! Mana cukup
BalasPadamKenyang juga tu Uncle.
Padamsegerrrr tu hirup kuah bening.
BalasPadamTime cuaca sejuk, memang segerrr betul hirup kuah bening.
PadamSedap2 semuanya
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamAlhamdulillah.. sedap dan selera sangat petola masak bening begitu. Makan pula dengan ikan goreng lagi nikmat rasanya..
BalasPadamItulah selera orang kampung terutama yang sudah berusia seperti Bonda saya.
PadamSayur petola kuah bening, agak mirip dengan sayur oyong kalau di sini kak
BalasPadamOoooo... namanya sayur oyong ya kalau di sana. Terima kasih infonya.
PadamSeronok nampaknya bonda dapat petola muda masak bening. Talapia pun nampak sedap digoreng garam kunyit.
BalasPadamItulah lauk makan nasi Bonda dari dulu sampai sekarang. Apa-apa sayur hendak dibening saja.
PadamWow...bikin Mbul pingin icip...beningnya kelihatan segar snagat...telor dadar dan sate...itu mah kesukaan Mbul semua Kak Amie 😊
BalasPadamMenyelerakan ya Mbul.
PadamJemput makan Mbul.
sedapnya nampak petola bening tu
BalasPadamRingkas saja masakan untuk Bonda.
PadamKita tumpang seronok kalau bonda ada selera nak makan. Bertambah semangatlah kita nak masak kan. Buat buat tak dengar tu biasa. Kita mana kenal erti penat kalau buat untuk orang yang tersayang. Berselera bonda makan. Penat tu dah tentu sebab berjalan jauh.
BalasPadamMemang seronok tengok Bonda hirup berkali-kali kuah sayur bening. Kita yang tengok ini pun rasa kenyang tengok Bonda berselera makan.
Padamni pun dah ckp menyelerakan kak...waduhhh lapar balik dah ni hahaha padahal br lps lunch
BalasPadamMasakan kampung walaupun ringkas tetap mengundang selera kan Anies.
Padampetola muda macam tu buat cicah budu...memang nyakuk kata oghe Klate
BalasPadamNyakuk molek deh.
Padamkalau mak pah boleh makan petola kan senang, ni x boleh..hehehe..kalau boleh SA dah buat dah...esok x tau la nak masak apa untuk dia..
BalasPadamPetola muda sedap betul dijadikan sayur SA. Sayur bening atau sayur lemak putih memang sedap.
PadamOh dj sana disebut patola ya kak... Di sini sayur oyong. Memang sedap. Banyak kegunaan sayur oyong ini.
BalasPadamTapi selain makanan, bisa diolah jadi sponge cuci piring. Saya dah lama tak pakai sponge biasa, Krn tak ramah lingkungan.
Jadi waktu itu pas ada yg jual sponge terbuat dari oyong yang dikeringkan, langsung beli. Dan memang awet , sama saja seperti sponge yg lain.
Wah, saya dapat ilmu baru : Petola = Oyong.
PadamBagusnya oyong kering dibuat sponge cuci piring! Menjimatkan dan turut melestarikan alam sekitar.